Sunnah Rasulullah (bhg 2)

Ku mulai penulisan ini dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum sahabat-sahabat dan saudara-saudara seIslam.

Alhamdulillah, dengan rahmat dan kekuatan anugerah Allah SWT saya dapat kembali sekali lagi untuk meneruskan penulisan ke arah mencari petunjuk dan hidayah Allah SWT. Pada penulisan yang lalu saya lontarkan mengenai suatu peristiwa yang menyebabkan saya memulakan penulisan di atas tajuk ini dan untuk kali ini insyaAllah saya akan menyambung di atas tajuk yang sama juga.

Sahabat dan saudara seIslam ku.

Sekiranya kita mengkaji sunnah Rasulullah SAW, maka kita tidak boleh lari daripada mengkaji sejarah Rasulullah SAW. Sejarah kehidupan baginda dari semenjak kelahirannya sehingga kepada kewafatannya. Jika kita buta dalam sejarah kehidupan Rasulullah, maka hakikat sebenarnya kita bukanlah pendukung sunnah yang sebenarnya. Jika kita tidak kenal Rasulullah, bagaimana kita boleh mengatakan bahawa kita adalah pejuang sunnah Rasulullah? Continue reading Sunnah Rasulullah (bhg 2)

Sunnah Rasulullah SAW (bhg 1)

Ku mulakan penulisan ini dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum sahabat-sahabat dan saudara-saudara seIslam.

Alhamdulillah, dengan rahmat dan kekuatan anugerah Allah SWT saya dapat kembali sekali lagi untuk meneruskan penulisan ke arah mencari petunjuk dan hidayah Allah SWT.

Sahabat dan saudara seislam,

Sebenarnya saya ingin meneruskan mengenai persoalan “syahadah”  kerana persoalan itu adalah merupakan pokok utama dalam penentuan Islamnya kita. Waktu terkini di mana kita berhadapan dengan pelbagai cabaran dan fitnah akhir zaman, amat pentinglah untuk kita kembali kepada persoalan pokok yang menjadi dasar kepada iman dan taqwanya kita,  Kepingin benar saya berkonsi suatu ilmu kearah bagaimana untuk kita mendekatkan diri kita dengan Allah SWT sehingga kita dapat merasai bahawa Allah SWT sentiasa berada berhampiran dengan kita. Continue reading Sunnah Rasulullah SAW (bhg 1)

Salam kemaafan di hari lebaran

Sempena hari lebaran yang semakin hampir ini, rasanya sudah sampai masanya untuk saya memohon kemaafan, zahir dan batin, dari hujung rambut ke hujung kaki, kepada semua pembaca Soleh.Net yang dirahmati Allah s.w.t sekalian.

Minta halal segala yang termakan, terminum, terambil, kata mengata yang tersembul, umpat fitnah yang mungkin ada, kutuk mengutuk yang tidak pernah disengajakan, serta segala kelemahan diri, yang bergelar manusia biasa.

Semoga segala amalan baik di bulan Ramadhan ini membawa seribu keberkatan kepada kehidupan kita selepas ini. Diharap juga segala dosa yang lalu diampunkan oleh-Nya yang Maha Pengampun.

Dalam kesempatan ini, marilah kita sama-sama berazam untuk terus kekal sihat sepanjang Aidilfitri. Antara yang menarik perhatian saya ialah petua pemakanan yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. Continue reading Salam kemaafan di hari lebaran