Marilah Mengucapkan Dua Kalimah Syahadah

Assalamualaikum warahmatullah
Ku mulai penulisan ini Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Sahabat-sahabat dan saudara-saudara seIslam
Ini adalah kali pertama saya menulis dalam ruangan di Soleh.Net ini, semuga dengan Rahmat dan Kekuatan yang dilimpahkan Allah SWT saya dapat meneruskan penulisan ini dengan sebaik yang mungkin dan semoga Allah SWT melimpahkan pengurniaanNya berupa kefahaman yang datang dari Allah SWT kepada kita semua.

Diriwayatkan daripada Muaz r.a katanya: Aku diutuskan oleh Rasulullah s.a.w. Baginda bersabda: Engkau akan mendapati golongan Ahli Kitab, oleh itu dakwahlah mereka supaya mengucap Dua Kalimah Syahadat. Jika mereka menerima Dua Kalimah Syahadat tersebut, ajarkanlah mereka bahawa Allah mewajibkan kepada mereka mendirikan sembahyang lima waktu sehari semalam. Sekiranya mereka tetap mentaati perintah tersebut, ajarkanlah pula kepada mereka bahawa Allah mewajibkan kepada mereka agar mengeluarkan zakat. Jika mereka tetap mentaatinya, beritahulah mereka supaya berhati-hati terhadap harta mereka dan takutlah doa orang yang teraniaya kerana doa mereka adalah mustajab.

Di atas kebenaran Muhammad Rasulullah SAW, sebagai memulakan tugasan ini, saya mengajak sahabat-sahabat dan saudara-saudara sekelian termasuk diri saya sendiri untuk kembali menghayati dua kalimah syahadah yang menjadi benteng ketahanan Iman kita. Sebutlah dengan jelas, sempurna, berendah diri sehingga menusuk ke dalam jiwa perkataan:

Ucaplah syahadah
LA ILAAHA ILLALLAH,. MUHAMMADDAR RASULULLAH.

Tuntunlah jiwa kita untuk menghayati pengakuan ini, bahawa sesungguhnya, tidaklah ada ‘Ilah’ selain Allah SWT dan Muhammad itu adalah Utusan/Rasul Allah SWT. Continue reading Marilah Mengucapkan Dua Kalimah Syahadah