Feedburner: Apa sudah jadi?

Apa sudah jadi?

Aku pun tak tau apa sebenarnya yang terjadi sepanjang 3 hari kebelakangan ni pada statistik pembaca feed Soleh.Net dari feedburner.com.

Apa itu pembaca feed? Pembaca feed ialah pembaca yang melanggan bahan bacaan Soleh.Net terus ke email mereka setiap hari, tanpa perlu berkunjung ke Soleh.Net.

Macam korang langgan surat khabar la. Tak perlu pergi kedai untuk beli dan membacanya. Mamak surat khabar tu yang akan hantar dengan motor cabuknya ke rumah kita setiap hari.

Berbalik kepada kisah feedburner aku nih. Masa itu statistik aku maintain menaik, perlahan-lahan. Aku pun masa tu menghitung hari jer dengan bangganya nak cukupkan 100. Itu adalah target pertama aku dalam tahun 2008 untuk Soleh.Net. Continue reading Feedburner: Apa sudah jadi?

Nufflets dan GrabMyAds

Nufflets.comNufflets.com merupakan satu lagi media pengiklanan untuk blog yang baru diperkenalkan awal tahun 2008 (tak tau laa kalo tahun lepas lagi).

Konsep yang digunakan lebih kurang macam Google Adsense, iklan teks pendek, saiz iklan pelbagai, warna boleh ubah dan sebagainya yang seakan-akan Adsense. Yang pasti, ia tidak menyalahi undang-undang dari pakcik Google. Jadi penggiat Adsense tak perlu risau untuk join iklan ni.

Tapi ada 2, 3 perkara pasal nufflets ni yang membuatkan aku heran. Sampai sekarang (since 01/01/08) iklan nufflets kat blog ni tak pernah dipelbagaikan. Dok asyik display link ke nufflets jer. Nufflets ketandusan advertiser ker?

Yang kedua, nufflets offer USD15 untuk setiap pendaftaran baru, tapi tak boleh digunakan untuk advertising. Macam takde makna. Konon-konon nak bagi senang sikit publisher (blogger) dapat cek. Ish, tak perlu macam tu kot. Dah lah akaun advertiser ngan publisher berasingan, menyusahkan.

GrabMyAds.comBegitu juga dengan GrabMyAds.com. Aku tak tau bila diorang mula bisnes ni, tapi aku sendiri pun baru jumpa. Tak pasti dari mana pemiliknya, yang aku tahu konsepnya macam nuffnang.com.my. Iklan berbentuk flash, berwarna, dianimasi, dan menarik. Cuma terdapat sedikit persamaan dengan nufflets, iaitu masih kekurangan advertiser.

Walau apa pun, tak salah mencuba, kan? Mana la tau, untung-untung dapat income lebih. Rezeki ni mesti dicari. Ia tidak datang bergolek.

Wallahu a’lam.

Nuffnang.com.my: Apa Sudah Jadi?

Nuffnang.com.my Baru-baru ni Advertlets.com buat hal. Hari ni, pada ketika ini, (dari tadi lagi) nuffnang.com.my pulak yang buat hal. Nasib baik tak redirect ke page lain. Kalo tak, bikin panas jugak dibuatnya.

Harap-harap tak berpanjanganlah perkara ini. Tadi Soleh.Net ambil masa 441 saat untuk loading. Bayangkanlah, betapa menjengkelkan. Semua ni disebabkan oleh nuffnang, di mana status bar dok asyik display ayat “Waiting for nuffnang.com.my…” pah ceroh.

So, untuk sementara waktu ni, kena buang dulu lah ‘sekejap’ ads nuffnang ni. Esok lusa ada lah tu apa-apa penjelasan dari nuffnang.

Advertlets Kembali Pulih, Nuffnang Makin Rancak!

Advertlets.comTengah hari tadi aku dapat email dari Josh Lim dari Advertlets.com, memohon kemaafan dan menerangkan tentang masalah ‘domain expired‘ baru-baru ini.

Menurut beliau, masalah tersebut berpunca apabila syarikat web hosting yang bertanggungjawab terhadap domain Advertlets.com gagal dihubungi. Namun setelah bertungkus lumus berusaha, akhirnya mereka berjaya memulihkan Advertlets.com kembali seperti sedia kala. Aku rasa mungkin diorang dah tukar hosting ke syarikat lain.

Walau apa pun, akaun kita sebagai publisher masih sama dan tidak mengalami apa-apa masalah atau kerugian. Aku harap Advertlets.com akan kembali bertenaga seperti dulu. Hidup Advertlets.com!

Nuffnang.com.my Cuba Monopoli Pasaran
Nuffnang.com.my Lain pula ceritanya dengan Nuffnang.com.my. Pagi tadi aku dapat email tentang program terbarunya. Aku rasa macam diorang ni nak monopoli pasaran pengiklanan blog Asia Tenggara jer.

Mana taknya, program eksklusifnya yang dinamakan Nuffnang Glitterati ini mengenakan syarat yang agak keras (pada pendapat aku laa) untuk tackle pasaran Asia Tenggara.

Untuk menyertai program tersebut, publisher dilarang keras daripada meletakkan sebarang iklan dari syarikat pengiklanan yang berasal dari Asia Tenggara!

Program ini akan dilancarkan pada 13 Januari 2008. Untuk itu, semua blog Nuffnangers akan di-‘scan’. Jika didapati blog tersebut mematuhi syarat yang ditetapkan itu, Nuffnangers tersebut akan dilantik secara automatik sebagai Glitterati Nuffnangers.

Mungkin spot-check ini akan bermula 2, 3 hari sebelum pelancaran kot. So hati-hati Nuffnangers sekalian (kalau nak join).. Sebagai tambahan lagi, menurutnya, spot-check ini akan sentiasa diadakan dari semasa ke semasa. Awas!
Barang siapa yang melanggar undang-undang, maka akan jatuhlah hukuman ke atasnya di mana status Glitterati yang ada pada akaun tersebut akan digugurkan.

Walaupun bunyinya agak keras, namun pulangan yang dijanjikan tidak kurang hebatnya. Pengiraan kadar bayaran untuk Nuffnangers Glitterati dilonjak naik antara 20% hingga 40% lebih daripada Nuffnangers biasa.

Itulah antara kelebihan besar yang aku nampak. Banyak lagi kelebihan yang akan diberikan kepada kaum Glitterati ni. Nak tahu selebihnya boleh terus ke laman webnya dengan mengklik kat sini.

Tapi bagi aku, merbahaya jugak langkah ni. Ramai Internet-Marketer (IM) selalu berpesan, “Jangan sesekali meletak kesemua telur dalam satu bakul.” Kalau jatuh bakul tu, semua telur pecah. Kalau letak kat bakul lain, mungkin kurang sikit risikonya.

Satu lagi, aku musykil ni. Macam mana pula dengan iklan-iklan yang aku buat sendiri ni, ada kesan tak? Kalau kena buang juga, alamat bankrup tak menjadi lah bisnes aku.

Nampaknya aku kena contact diorang, untuk dapatkan maklumat lanjut. Apa-apa hal nanti aku bagi tau korang.

Sekian, wallahu a’lam.

Advertlets.Com Bermasalah?

Hari ni Soleh.Net tak boleh diakses. Aku pun tak pasti bila jadi macam ni. Pagi ni aku cek, ada something wrong sewaktu Soleh.Net sedang loading. Terdapat satu redirect yang akan bawa pelawat Soleh.Net ke laman berbahasa cina atau korea yang aku sendiri tak boleh nak baca. Cuma apa yang aku nampak, ia seperti jualan expired domain.

Aku pun tercari-cari dari mana puncanya, sehinggalah bila aku call khidmat sokongan teknikal dari internet-webhosting.com, barulah aku dapat tahu puncanya. Dia tengok jer Soleh.Net dari tempat dia, terus dia tahu puncanya. Cekap jugak brother ni, dapat detect error dalam masa sesingkat itu. Hari Ahad pulak tu. Setahu aku hari Ahad kalau kat area selain Terengganu, Kelantan dan Kedah – Holiday..

Masalah tersebut katanya datang dari Advertlets.com. Pada mulanya aku berasa hairan juga sebab takkanlah company tu bermasalah. Sedangkan dah ramai yang dapat cek dari agensi pengiklanan Malaysia-Singapore tu. Ai, kena hack ker, atau pun dah bankrap?

Aku pun dengan nada tak berapa puas hati, mintak brother tu cek sekali lagi takut ada mana-mana script yang menyebabkan masalah ini. Dia cek punya cek, dia kata takde dah sebarang kesilapan lain.

Nak tak nak, aku pun terpaksalah akur dengan paksa rela. Aku pun try buang script Advertlets.com tu. Dan kesudahannya, berkesan! Tahniah sekali lagi kepada brother technical support internet-webhosting.com di atas kecekapan tersebut.

Bila aku try masuk Advertlets.Com, rupa-rupanya laman dia expired. Jadi diharap pihak yang berkenaan dapat beri penjelasan kepada kami. Apa pun, duit aku dalam tu tak banyak pun. Kalau dapat, Alhamdulillah. Kalau tak dapat, aku redha jer lah. Mungkin hari ni hari dia – bisnes tak menjadi ker, modal pusingan tak sempat pusing ker, politik dalaman ker, duit tabung lesap ker. Esok lusa entah-entah kita pulak yang kena, siapa tahu? Banyak-banyakkanlah bersabar.

Akhir kata, terima kasih sekali lagi yang tak terhingga kepada internet-webhosting.com dari SKSA Technology Sdn. Bhd. di atas kecekapan tadi.

Update: Ramai blogger lain yang kena ‘serangan’ ini, termasuklah Noorizam Shah dot com yang juga menyedari tentang permasalahan ini.