Salam semua,
Ada satu pengumuman penting—Saya terpaksa berundur dari Soleh.Net, kerana tidak sempat mengemaskini blog ini secara konsisten.
Memandangkan Soleh.Net masih ditaja selama 1 tahun lagi, sukacita ingin saya tawarkan kepada sesiapa yang berminat untuk menyambung perjuangan Soleh.Net secara PERCUMA.
Selama 3 tahun Soleh.Net berada di awangan blog & internet, dan pernah mencapai Alexa ranking ke-80,000 laman web seluruh dunia, ke-2,000 laman web seluruh Malaysia meninggalkan Abu Saif dan UZAR, serta pernah menjadi tempat rujukan agama dan kesihatan yang popular.
Pendapatan bulanan yang tinggi dan konsisten adalah suatu kejayaan Soleh.Net dalam arena blog. Namun segalanya semakin menurun dek kesibukan tugas yang tidak dapat dielakkan.
Baca selanjutnya »
Tag: Pengumuman | Kategori: Buletin |
18 Komen »

Prokrastinasi terlampau - sekadar gambar hiasan.
Sungguh sukar mengeluarkan diri dari belenggu prokrastinasi
…
hanya itu yang mampu diucapkan oleh hati sanubariku.
Apabila perniagaan merudum, bercampur pula dengan urusan peribadi yang tak menentu, berkebetulan pula dengan kes-kes kecemasan yang hadir tanpa diundang, maka di saat itu jugalah prokrastinasi mula menjinakkan diri di dalam sanubari tuannya.
Di tengah kesibukan vs kemelesetan itu maka berbondong-bondonglah datang peluang-peluang samar yang menjanjikan kebahagiaan bersifat sementara.
Di saat itu juga rakan-rakan sebaya datang membawa pengaruh-pengaruhnya yang berbagai. Yang berkaki pancing datang membawa joran, yang berkaki lepak datang membawa alat-alat lepaknya, yang berkudis buta pun datang membawa kudis-kudisnya. Jijik aku!
Soleh.Net-ku, kerja-9-5-ku, part-time-bisnesku, keluarga-anak-isteriku, semi-D-ku, Waja-Kancil-ku, dan duniaku – semuanya menanti curahan kasih sayang dariku.
Masihkah perlu aku ber-prokrastinasi? Wallahu a’lam.
Tag: Belenggu, Prokrastinasi | Kategori: Luahan Hati |
2 Komen »

Gambar sekadar hiasan
Definisi dakwah
Dakwah merupakan satu proses penyampaian yang biasanya dikaitkan dengan ilmu agama, yang bukan bertujuan untuk lulus dalam mana-mana ujian atau peperiksaan duniawi, sebaliknya bertujuan membentuk amalan kehidupan berlandaskan jalan yang lurus.
Tujuan dakwah
Seseorang itu biasanya berdakwah untuk satu tujuan, iaitu mengumpul bekalan kepada diri sendiri untuk hari akhirat kelak.
Secara terperinci, seseorang itu berdakwah untuk mencari petunjuk, membentuk keimanan yang kukuh dalam diri, serta untuk kebahagiaan dan kesejahteraan diri sendiri.
Kebiasaan perjalanan dakwah
Tujuan yang satu itu menyebabkan seseorang yang berniat murni itu berdakwah dengan bertubi-tubi, kepada sesiapa sahaja yang ditemui, tanpa mengira tempat dan waktu, serta minat orang yang didakwah itu terhadapnya.
Baginya yang penting dia dapat lakukan, untuk bekalan bagi dirinya. Tanpa disedari bekalan yang dikumpul akhirnya membawa kepada 2 keadaan, kekecewaan atau keangkuhan diri.
Baca selanjutnya »
Tag: Budaya, Dakwah | Kategori: Bicara Agama, Tazkirah |
10 Komen »

Antara fakta dan mitos. Di mana silapnya?
Lama saya bercuti. Sepanjang ‘percutian’, saya tidak putus-putus dihujani persoalan berkaitan isu-isu dan permasalahan mandi wajib.
Mandi wajib itu penting, tetapi bukan perlu dikomplekskan. Antara persoalan yang timbul termasuklah:
- Niat sebelum atau selepas menjiruskan jirusan air pertama ke kepala;
- Was-was dengan mandi wajib;
- Antara wiladah dan nifas;
- Keperluan mandi wajib apabila masuk sesuatu ke dalam faraj, terkeluar air mazi, atau onani;
- Ukuran air 2 kolah;
- Wudhuk sebagai ganti kepada mandi wajib;
- Bilangan mandi wajib untuk lebih dari satu sebab;
- Terlupa bahawa sedang mandi wajib;
- Jarak masa antara penyebab dengan mandi wajib;
- Bilangan jirusan setiap bahagian tubuh badan; dan sebagainya yang kadangkala tidak berkaitan dengan bab tersebut.
Oleh itu, biarlah saya perincikan satu persatu isu-isu yang timbul ini.
Baca selanjutnya »
Tag: Mandi Wajib | Kategori: Bicara Agama |
76 Komen »
Di sini ada satu pengumuman penting kepada semua rakan-rakan yang melanggan ASTRO View.
Bagi sesiapa yang ada isi borang langganan ASTRO View sebelum Februari 2008 yang lalu, naskhah tersebut yang selama ini percuma akan mula dicaj mulai bulan ini atau bulan hadapan.
Jadi saya di sini ingin memberi peringatan kepada semua rakan-rakan termasuk saya sendiri untuk sama ada menghentikan langganan ASTRO View atau bersedia untuk membayar RM4.80 tambahan di dalam bil ASTRO sebagai bayaran kepada setiap satu naskhah ASTRO View yang dilanggan.
Sekian, terima kasih. Harap maklum.
Kategori: Buletin |
6 Komen »