Soleh.Net

Menjana Keperibadian Soleh

Pertama kali? Lihat latar belakang.

Jemput-jemput Makaroni Udang

27 September 2007

Macam biasa sebelum pencuci mulut, mesti ada juadah dahulu. Tapi hari ni saya agak sibuk dengan tugas pejabat, sehingga tak sempat nak tulis resepi juadah. Apa kata kita terus lompat ke resepi pencuci mulut sahaja hari ini. Sebelum tu lihat gambarnya dahulu:

Jemput-jemput Makaroni Udang

Wow, lazatnya… maklumlah tengah lapar - semua nampak sedap dan menggiurkan. Cepat, jangan lengahkan masa lagi. Sesungguhnya masa begitu mencemburui saya dan anda - Print terus jer resepi kat bawah ni!

Cetak resepi ini untuk rujukan anda.

Bahan-bahannya:

  • Makaroni - direbus dan ditos;
  • 1 bawang merah - dihiris kecil sesedap rasa;
  • 200 gram udang segar (kalau tak segar, nanti busuk baunya);
  • Kuchai (boleh diganti dengan bawang besar);
  • Tepung gandum - secukupnya untuk ‘membalut’ makaroni supaya tak terabur;
  • Garam dan air;
  • Minyak masak untuk menggoreng.

Cara-caranya:

  1. Gaulkan makaroni bersama bawang, udang, kuchai dan garam dalam satu bekas.
  2. Masukkan air dan tepung gandum - sekadar mencukupi bagi makaroni melekat antara satu sama lain.
  3. Panaskan minyak masak dalam satu kuali. Kemudian, cedokkan satu sudu besar campuran tadi ke dalam kuali tadi dan goreng sehingga kuning keemasan.
  4. Angkat, tos minyak, dan letakkan di atas tisu dapur untuk serap lebihan minyak.
  5. Hidang bersama sos cili atau tomato atau kedua-duanya sekali (macam hukuman mahkamah pulak).

Sekian, selamat mencuba! :P

Cetak resepi ini untuk rujukan anda.

 

4 komen

  1. Komen dari lokiasred:

    nice on. definitely will try it, :)

    [Balas]

  2. Komen dari ImamKhalid:

    Go ahead, dude. Believe me, you’ll really like it!

    Cheers! :P

    [Balas]

  3. Komen dari needy:

    macam resepi pertembungan budaya orang melayu ngan omputih….
    cicah budu pon sedap kot nyer…….

    [Balas]

  4. Komen dari ImamKhalid:

    Ish, mana sedap kalo cicah budu. Kene cicah sos baru power! SLURRRRPP terliur lak rasanya :P

    [Balas]

Sebarang komen? Silakan...