Mesti Tonton: Sepet (G)
3 October 2007 oleh ImamKhalidSatu filem baru telah siap baru-baru ini dan tayangannya akan bermula secara serentak di seluruh Malaysia bermula pada hari raya pertama! Sukar dipercayai (yerlah, saper nak tengok hari raya pertama..?) Tapi begitulah kenyataannya yang diperkatakan oleh media pagi tadi.
Filem tersebut yang berjudul Sepet (G) menjanjikan impak yang sangat menyayat hati. Apabila ditanya tentang maksud perkataan “G”, pengarah filem tersebut dengan selamba mengatakan huruf “G” tu bermaksud “Gila”. Tambahnya lagi, ini bermakna tajuk sebenar filem tersebut adalah “Sepet Gila”. Sepet (G) itu hanya sebagai tukang saspennya sahaja. (pening jugak ayat pengarah ni)
Sementara itu, penerbit filem Sepet (G) yang turut berada di situ ditanya tentang barisan pelakon yang bersama-sama menjayakan filem tersebut. Beliau menjawab, “Ramai pelakon handalan yang terlibat dalam pembikinan filem ini.” Lantas beliau membelek failnya lalu mengeluarkan sekeping gambar pelakon-pelakon yang dimaksudkan seraya berkata, “nah, ini dia pelakonnya…”

Kah kah kah!!! Kuang kuang kuang!!! Gatcha!!!
Korang dah terkena laa… Hahaha padan muka… Jangan marah. Ni lawak 10 malam terakhir Ramadhan.
Kalau rasa nak marah jugak, tarik nafas – dalam-dalam, senyum sikit, pergi ambil air sembahyang, pergi masjid, solat terawih, niat iktikaf, jangan balik rumah lagi, tidur dulu sekejap kat masjid tu, qiamullail (bangun tengah malam kul 3 lebih), buat solat sunat tahajud, sunat taubat, sunah tasbih, sunat hajat, pastu last skali sahur! Habis cerita.
Wallahu a’lam.








ImamKhalid seorang yang 'simple', punyai minat mendalam terhadap penulisan ilmiah berkaitan ibadah dan kehidupan. Gaya penulisannya mudah difahami.
3 October 2007 sekitar 11:53 pm
semua macam x leh bukak je mata depa
[Balas]
4 October 2007 sekitar 8:53 pm
wahhh!!! takutnye…macam tak ada biji mata…
ngeeee….
[Balas]
4 October 2007 sekitar 11:47 pm
macam iklan hok dalam citer hantu cina tu jer…. citer pasal mata tu, pe tajuk dia, lupa r!
[Balas]