Soleh.Net

Menjana Keperibadian Soleh

Pertama kali? Lihat latar belakang.

Lama rasanya tak berblog. Semenjak dapat duit raya dari pakcik Google nih, rasa nak beraya sakan jer, sampai tak ingat nak tulis blog. Ye lah, banyak jugak duit tu nak dihabiskan dalam masa 3 hari tak berblog nih. Kuang3 (sabo je lah)

Semalam, aku dapat pengalaman baru. Semua ni berpunca bila wife aku demam. Masa dia tengah tidur, aku dengar hidung dia tersumbat. Seksa sungguh gayanya. Mengiring tak kena, menelentang pun tak kena, meniarap pun tak jadi. Aku pun tak tau macam mana nak buat. Sian betul. Macam orang kena tindih pun ada. Emo sekejap dia malam tu.

Kalau terjadi kat aku, aku pun tak tau nak buat macam mana. Biasanya aku terus tidur jer, sambil bernafas dengan mulut. Letih tu tak payah cerita lah. Tuhan jer tahu.

Aku pun dengan baik hatinya, urutlah belakang dia - aku pun tak tau kenapa aku buat macam tu. Sambil tu dia terus menerus mengeluh kepayahan. Sedih aku tengok.

Tetiba, dia suruh aku ambil air. Dia suruh aku siram kepala dia. Aku pun tanpa membantah terus jer ikut apa yang dia nak.

Aku titiskan dua tiga titik air paip atas kepala dia, dan usap kepala dia perlahan-lahan, dari bahagian anak rambut hingga ke ubun-ubun. Aku ulang lagi tiga empat kali. Aku tanya dia, nak lagi ker? Nak, katanya. Aku pun titiskan lagi, lima enam kali - dengan langkah yang sama tadi.

Tak sampai lima minit, dia senyap - lena dalam usapan suami mithali tercinta (chewah). Aku pun cuba lah untuk mengikut langkahnya - tidur.

Tiba-tiba (dengan nada saspen), aku pulak tersumbat hidung. Ah sudah! Tanpa berfikir panjang, aku pulak try petua yang baru aku belajar tadi. Tak sampai seminit - terus hilang! Mmm, mujarab betul petua ni - fikirku sambil memejamkan mata lalu terus tertidur - dengan lenanya.

Pagi esoknya, aku tanya wife aku pasal petua tu. Dia kata, memang macam tu. Petua tu dah lama diamalkan. Lorr… aku jer lah yang tak tahu. Tak apa, aku belajar sesuatu yang baru hari ni. So tak salahlah kalau aku nak berkongsi kan?

Oleh itu tuan-tuan dan puan-puan sekalian, siapa-siapa yang tersumbat hidung tu, cubalah petua tersebut, insya-Allah sembuh.

Buah cempedak dalam perahu,
Mengidam nak makan tidur tak lena,
Kalau ada petua yang baru,
Eloklah jika dikongsi bersama.

Wallahu a’lam.

 

6 komen

  1. Komen dari needy:

    disini needy pon nak berkongsi satu petua gak..petua dier senang jer….

    ..”kalo saket,makanla panadol”..

    hehehe….

    [Balas]

  2. Komen dari mie:

    salam semua….
    ade satu petua lepas raya tempohari yang aku dpt dari jiran balik raya tempohari tu..
    nie untuk org2 yang ada kencing manis dan darah tinggi,tak mahal pun..ayah aku ada kencing manis dan dah try lepas dapat petua tu..
    alhamdulililah….mujarab juga petua nya…
    dari 17 peratus kandungan gula dalam darah turun hingga 7 peratus… itu pun baru beberapa minggu amalkan petua tu.

    ok…mudah saja
    ambil beberapa batang kulit kayu manis dan remdam dengan air panas dalam periuk ker atau apa saja dan apabila ia kekuningan (macam teh o) minum secawan setengah jam sebelum makan(pagi) dan malam sebelum tidur….amalkan…insyaAllah..

    [Balas]

  3. Komen dari azwanze:

    mencari idea dengan lebih bagus

    [Balas]

  4. Komen dari sri menanti:

    memang botol kalau sapa2 yg tersumbat hidung tu bagus sesgtlah mencubonya.

    [Balas]

  5. Komen dari fatyn humaira:

    bagusnye suami mcm nie. tp sya cube tak dpat pon sbb tak yakin kot. heheheheh.

    [Balas]

    ImamKhalid membalas:

    Dalam keadaan baring, titiskan 2, 3 titis air paip (sejuk). Pastikan air dititis, bukan disapu sahaja. Kemudian selepas dititis, baru disapu titisan air tadi. Cuba lagi, dengan penuh keyakinan! ;)

    [Balas]

Sebarang komen? Silakan...