Hukum Bermain Gitar
18 December 2007 oleh ImamKhalidPagi tadi aku baca komen dari saudara bebudak dari post aku bertajuk Hobi Lama Kembali Menyengat. Begini bunyinya:
mu cite main gitar lak….aku baca byk dlm ni psl haram n halal…sah…..mu x tau ke alat muzik bertali tu hukumnya ape…?
Begini saudara bebudak. Sebenarnya aku dah banyak cari maklumat pasal hukum main gitar ni. Aku minat gitar sejak dari kecik lagi. Tapi parents aku tak bagi aku main gitar atau bawak balik gitar ke rumah, sebab katanya haram hukumnya bermain gitar. Tetapi oleh kerana aku ni minat sangat nak main gitar, aku pun cari pasal hukum main gitar. Tapi aku tak jumpa sumber yang soheh mengatakan hukum bermain gitar itu haram.
Sampailah satu ketika aku tengok Al-Kuliyyah TV3 yang membincangkan tentang alat muzik. Masa tu aku tengok ngan mak aku. Tiba di part gitar. kata pengerusi al-kuliyyah (tak ingat nama tapi beliau seorang hafiz al-Quran), main gitar itu hukumnya harus. Aku pun dengan nada terkejut sampai terbeliak biji mata kegirangan, terus tanya mak aku di sebelah (sebab aku nakkan kepastian). Mak aku pun pelik, sebab selama ni yang dia tahu hukum bermain gitar itu haram.
Aku pun terus call al-kuliyyah (kebetulan dia buka talian untuk sebarang kemusykilan), tapi tak dapat, sampai habis siaran. Aku pun tanya lagi mak aku, dia diam.
Alternatifnya, aku pun (dek kerana minat sangat ngan gitar) call pejabat agama negeri Pahang (sebab masa tu aku dok kat Kuantan) bertanyakan hal ni.
Dari situ saya bincang dengan seorang ustaz. Panjanglah perbincangan dengannya melalui telefon.
Dari perbincangan tersebut, dapat disimpulkan bahawa hukum bermain gitar itu adalah harus. Namun, akan jatuh haram apabila ianya melekakan daripada mengingati Tuhan, lagha, mencetus maksiat, dan sebagainya.
Kemudian, aku dapat peluang melanjutkan pengajian di IPT. Aku tanya ustaz aku masa aku belajar di Kota Bharu. Hukumnya sama, harus. Katanya, kalau main gitar tu untuk tujuan yang menuju ke arah maksiat, haram hukumnya. Tapi katanya lagi, kalau kita main gitar untuk kita sendiri, sebagai hiburan untuk kita, dan tidak melekakan, harus hukumnya.
Namun begitu, ramai yang mengatakan, kalau terdapat banyak pendapat, sehingga jatuh syubhah, lebih baik ditinggalkan. Aku pun akur dengan penyataan tersebut.
Tapi terpulanglah kepada masing-masing. Aku minat bermain gitar, aku suka bermain gitar. Aku main gitar untuk diri aku sendiri. Aku main perlahan-lahan, tidak mengganggu sesiapa sama ada isteri, jiran-jiran mahupun masyarakat. Aku tidak leka dan tidak lagha dalam bermain gitar. Aku rasa aku sentiasa dapat bahagi masa antara tanggungjawab dan hiburan. Isnya-Allah aku akan sentiasa menjaga masa aku dengan baik.
Diharap dapat menjawab komen saudara bebudak. Wallahu a’lam.








ImamKhalid seorang yang 'simple', punyai minat mendalam terhadap penulisan ilmiah berkaitan ibadah dan kehidupan. Gaya penulisannya mudah difahami.
29 December 2007 sekitar 9:50 pm
waaa…
trimas byk2….
aku mmg da lme nk taw psl hukum nie…
aku pon mnt gak nak men gitar….
bpk aku dlu ade gitar…
tp ble dye dgr je men gitar 2 haram dye tros pecahkan gitar dye…
ok ar trimas skali lg….
[Balas]
Tuan syeikh Reply:
October 7th, 2009 at 1:35 pm
ko tw x aku berdebat ng kwn aku pasal main gitar..kwn aku tu suke main gitar n dlm masa yg sme die tu kuat jg agama..mentang2la aku ni bdk debat aku pn berdebat ng die..tau x die naik angin ng aku sbb aku kata main gitar melalaikan n memeg btul pn aku tgk die main melalaikan kdg2 die lepak ng kwn die dlm bilik die sambil main gitar sampai ke pagi buta..tau x die maki hamun aku..fuhh terbeliak mata die masa marah aku tu..aku diam je n terus aku bla..nt klu2 lame2 xpasal2 aku yg kene..lebih baik korang jgn main la alat muzik bertali ni krn byk yg lara drpd kebaikan..renung2kanlah..drpd student u..
[Balas]
11 January 2008 sekitar 6:08 pm
hmmm…naseb baek aku x jahil…
sbnrnye wujud jugak persoalan nih!!!
aku pn prnh dgr maen gitar ni haram la, x elok lar..
aku pn nk cube jugak maen gitar..
tp trhalang
bler aku dpt gitar,aku try maen tp takot brdose..
bagus lar kalu da dgr hukumnye harus…
alhamdulillah..
trimas deh
[Balas]
16 January 2008 sekitar 12:03 pm
saya rasa juga begitu. bermain gitar tidaklah haram.jadi ayo berkreasi!!
[Balas]
22 June 2008 sekitar 11:10 am
alhamdulillah..lega rase ati ni pas bace huhkum ni..
ImamKhalid: Ye ker..? Selamat berhibur!
P/s: Jangan sampai terleka yer..?
[Balas]
9 November 2008 sekitar 7:09 pm
ayh aq pn emn gitaq.. tpi xdalah smpai terlepas waktu solat….
[Balas]
3 March 2009 sekitar 7:23 pm
ustaz,
apa hukum kita mendengar lagu zaman sekarang serta menonton tv..
saya tahu haram kalau melalaikan.. tapi melalaikan yang macam maner..
[Balas]
2 April 2009 sekitar 12:34 pm
trima ksh..aku pon musykil gak..bole aku truskan perjuangan aku bersama gitar aku..
[Balas]
12 April 2009 sekitar 1:25 am
Terima kasih atas info saudara. Suami beli 2 gitar untuk 2 anak remajanya. Saya tak setuju tapi diamkan diri, malas nak tanya suami sebab nanti kuliah malamnya sampai ke subuh. Info saudara padat dan mudah faham dan sekarang saya dah tak rasa bersubahat lagi. Saya boleh ingatkan anak jangan leka bila bermain.
[Balas]
2 May 2009 sekitar 4:51 am
hohoho.tq sesangat.kalo macam nie.boleh lah aku belajar tanpa perasaan serba salah.
[Balas]
12 August 2009 sekitar 12:39 am
Assalamualaikum Warahmatullah.
Berikut beberapa kesimpulan dari pandangan ulama-ulama mazhab berkenaan penggunaan alat muzik bertali seperti gitar dll:
Mazhab Hambali.
Haram: Segala alat muzik yang ditiup dan bertali seperti seruling dan gitar serta lain-lainnya.
Mazhab Shafie.
Haram: Segala alat muzik bertali, bertiup dan segala alat muzik yang dipalu melainkan kompang. Seperti seruling dan gitar serta lain-lainnya.
Mazhab Maliki.
Haram: Menggunakan alat-alat muzik yang bertali seperti gitar dan lain-lainnya.
Mazhab Hanafi.
Haram: Semua jenis alat muzik kecuali kompang.
Di sana berlaku perselisihan ulama-ulama dalam membincangkan dalil-dalil yang digunakan oleh ulama-ulama mazhab dalam permasalahan alat-alat muzik yang dibenarkan dan tidak dibenarkan oleh syarak. Namun saya tidak bercadang untuk membahaskan dalil-dalil tersebut secara terperinci.
Setelah meneliti pandangan-pandangan ulama pelbagai mazhab maka dapat disimpulkan di sini bahawa halal menggunakan semua jenis alat muzik. Ini kerana tiada dalil yang sahih dan terang bagi mengharamkan jenis-jenis alatan muzik itu. Syeikh Dr. Yusuf al-Qardhawi menyokong pendapat ini seperti tertulis dalam kitabnya al-Islam Wa al-Fanu.
Pada pandangan saya pengharaman sesuatu alat muzik mungkin akan berlaku kerana adanya unsur-unsur lain seperti maksiat dan kelalaian terhadap tuntutan agama bersamanya. Namun perlu diingatkan bahawa kita hendaklah sentiasa meraikan ijtihat-ijtihat ulama muktabar kita dalam sesuatu masalah yang dikemukakan. Saya sarankan agar kita dapat meninggalkan perkara-perkara yang tidak berfaedah.
Segala kesalahan dan kecacatan dari penulisan saya ini harap dapat diperbetulkan segera oleh sahabat-sahabat sekalian.
Wallahualam… copy from buluh (crew iluvislam)
[Balas]
19 August 2009 sekitar 12:06 pm
hurm…
aku pon penah beli gitar…(elektrik lagi)
tapi,mak aku mmg xbagi maen bulat2…
memang die cukup tak suka la…
main gitar,bagi pendapat aku yang penah main la..
memang tak lalai sehingga abaikan waktu solat..
tapi,gitar tu sebenarnya mengasyikkan…
maksudnya,,
sebab,kadang2 waktu tu kita boleh isi dengan perkara yang lebih baik..
seperti zikir dsb…
ada orang kata untuk release tension dan sebagainya..
saya rasa,gitar tu seperti lebih kepada satu perkara yang buat kita berkhayal…(dreaming)…
wallahuallam…
[Balas]
29 August 2009 sekitar 5:58 pm
Alhamdulillah…sekarang hukumnya jelas diketahui..ada baik dan buruknya..saya ni peminat gitar dari kecik lagi..lepas baca je artikel tu…fuhh lega rasanya..mujurlah ia harus…walau apapun,dalam main happy2 main gitar..solat jangan lupa!!
[Balas]
15 October 2009 sekitar 7:47 pm
alhamdulillah….
akhirnya sya dpt juga kepastian…
susah juga sya nk terangkn dgn kwn2 hukum main gitar nie…
trimas yaaaa….
[Balas]
5 November 2009 sekitar 8:53 pm
uhh,,
nsib baik hukum nye harus,,,
lau x mesti family aq x ksi,,,,
[Balas]
9 November 2009 sekitar 2:13 pm
slm.. thanks for the info.. aku bru bgtau kat ayh aku nk beli gitar.. die ckp maksiat, sbb alat bertali ni mainan iblis.. same la macam kau.. ak minat sgt smpai aku cari hukum main gitar.. alhamdulillah jumpe thread nih. hehe. thanks dude~
[Balas]
5 December 2009 sekitar 12:36 pm
assalamualaikum, nk tanye jugak. kalau perempuan main guitar boleh ke? tp, maen utk diri sendiri je. boleh kan?
[Balas]
16 December 2009 sekitar 5:56 pm
apa sahaja perbuatan yang berniatkan kebaikan….insya ALLAH…. seme nye baikkk
cuma kita nih aje yang salah guna….
dadah itu berbahaya.. tapi kalau ikut peraturan.. kita guna cara betul.. elok le jadi nye….
[Balas]
18 January 2010 sekitar 2:54 am
terima kasih….
dh lame sy mencari penyelesaian tentang hal nie,….
kpd semua peminat gitar diharap jgn leka dan lagha….insyaallah
[Balas]
1 February 2010 sekitar 3:56 pm
erm………saya pun suka men gitar ni… n tol lah kata dak atas nie….jangan men kalayak ramai n jangan lalailah pokoknya…………
[Balas]
23 February 2010 sekitar 2:05 pm
salam… bgos la kalo mcm tu…
tp ada segelintir org yg langsung tak hormat agama islam…
org lain tgh sembahyang, mereka plak main gitar kuat2 dkt bilik sebelah…
bila tegur, buat x tahu je… selamba je main gitar…
[Balas]
28 February 2010 sekitar 2:49 pm
Assalamualaikum….
fuh….lega…~~
akhirnya dapat jgak men gitar tnp prasaan ragu2…
sbb sa ney mmng minat men gitar….
hahaha….
tp men 2 pon jan larh melampau sngt smpi ganggu owg len~~..
[Balas]
18 April 2010 sekitar 11:01 pm
ouh
mmg btol main gitar nih hukumnya harus
cuma tidak boleh bila melalaikan
bukan ke sedangkan org yg tidak maen gitar pon lalai terhadap Allah SWT
apetah lagi org yg bermain gitar ini ?
kita hidup di duniani untuk beramal kepadanya tetapi manusia zaman skrg nih dah lupa
ada yg bagi alasan xsmpt melakukan sesuatu ibadah kerana “buzy” tetapi jika diselami balik manusia zaman skrg ini “buzy” kerana perkara yg merepek2
saya ni bukan apa
sya maen gitar jugak dulu
tapi alhamdulillah
dapat kurang sdikit
[Balas]
23 April 2010 sekitar 2:27 am
Mak Ayah , tok nenek kita bertaklid pada ulama mazhab kita. Dan itu tak salah. Dalam suasana kontemporari ni, kita memerlukan ijtihad ulama terkemudian yang lebih faham waki’ dan suasana semasa. Mudahan Ijtihad ulama besar seperti Sheikh Yusuf Qaradawi , serta lainnya mendapat rahmat dan redha Allah atas kita. Haaa dah tau hukum jgn main-main sampai tinggal solat, lawan ibu bapa, abaikan silaturrahim, acuh-tak acuh pada perkara agama plak.
[Balas]
26 April 2010 sekitar 1:46 pm
mai guitar bole tapi ada yang lebih baik dari itu. zikrullah itu lebih baik
[Balas]
9 May 2010 sekitar 6:29 pm
salam…
slagi x melalaikan….
ko main je la gtar tuh….
yg pntg Allah jngan di lupe..<<pmnat main gitar yg msih mencari hkum main gitr..
[Balas]
19 May 2010 sekitar 12:00 am
yeah . rocks forever!!
[Balas]
28 July 2010 sekitar 6:49 pm
wah..thanks for the info..sy pon minat gitar..dah belajar pon..
lepas 5 bulan belajar bru kwn sy timbulkan soal ni balik yg suatu masa dulu pon pernah kami bincang…btw..infomasi sgt berguna..at last bru sy tau yg hiburan harus dan jatuh haram bila melalaikan
[Balas]