Pengalaman menjadi jurukamera
29 January 2008
Kepada semua rakan taulan pemberi komen bernas citer AJL ke-22 aku tu, terima kasih aku ucapkan. Aku pun tanak citer dah, muak mendengar kisah AJL yang tak best dan tak happening tu (sebab Faizal Tahir takde).
Jadi pada malam yang hening ini, apa kata aku nak beralih citer aku kepada isu jurukamera pula?
Menjadi jurukamera adalah satu tugas yang mencabar. Lebih-lebih lagi apabila berhadapan dengan pergerakan pantas dan kelajuan yang tinggi.
Sebelum kita tengok video yang bakal aku persembahkan sebagai tutorialnya, jom kita baca dulu teks tutor seterusnya.
Video ini, walaupun untuk tujuan tutorial online sahaja, ia bagaimanapun tidak sesuai ditonton ketika anda sedang bertugas di pejabat, kerana ianya bertentangan dengan etika kerja di pejabat.
Sebab itulah sesetengah pejabat bertindak memblok youtube..
Bagi sesiapa yang dapat tonton video ini, aku nak tanya, (yang takleh tengok tu, takyah nak mengader!)
Apa pendapat anda, terutama tentang menjadi jurukamera aksi berkelajuan tinggi (seperti video di atas)? Bagi aku, ia sememangnya sangat sukar dan mencabar.
Bukan senang nak predict gegaran, sama ada dalam bentuk lubang jalanan mahupun aksi pemandu.
Soalan kedua, siapakah gerangan pemandu dan milik siapakah kenderaan yang dipandu itu?
Soalan ketiga, apakah model kenderaan itu, kalau anda seorang yang terel?
Soalan bonus, jikalau tuan bijak bistari, bunga apa bila disiram ia mati?
Akhir kata, bacalah doa sebelum menaiki kenderaan, yang berbunyi “Subhanallazi sakhhorolana haza…”
Sebelum itu, baca doa sebelum keluar rumah, yang berbunyi “Bismillahi tawakkaltu ‘alallah…”, dan juga doa selamat yang berbunyi “Bismillahillazi la yadhurruhu…”
Amalkan selalu, insya-Allah selamat.
Wallahu a’lam.
P/s: Nak tahu sambungan doa-doa di atas sampai habis, tanyalah ustaz-ustaz di kawasan tempat tinggal anda.
Ingatlah, usaha tangga kejayaan! ![]()



ImamKhalid seorang yang 'simple', punyai minat mendalam terhadap penulisan ilmiah berkaitan ibadah dan kehidupan. Gaya penulisannya mudah difahami.
30 January 2008 sekitar 1:34 am
Kikiki, kesian kereta comel ittew. Mr Ah Fa paling laju bawak pun 165 kat highway MTD Prime KL-Ganu, tu pun masih berbaki lagi pedal minyak “The Ultimate Driving Machine” 5 siri ittew.
Bunga api la kesian bila disiram ia mati. Huhui!
[Balas]
30 January 2008 sekitar 9:48 am
Aaaa.. Mr Ah fa da jawab dulu! huhu
Blom sempat tgk video tu.. nnt ptg sy dtg lg. haha
[Balas]
30 January 2008 sekitar 11:32 am
Mr Ah Fa: Owh, kalau 5 siries memang tak habis nak ditekan. Kalo tekan abis, mau nyer melonjak ke 240km/h!
Mr Ah Fa, masa tu dah kawin ker blom? Lepas ni takleh lah nak bawak laju2, kena ingatlah orang tersayang…
ixora: Jangan lupa singgah nanti yer..
[Balas]
30 January 2008 sekitar 12:38 pm
wak tak biasa bawak kereta macam tu. wak dulu slalu bawak motobot. laju, takde orang boleh keja. miter pun tak tau bape, sebab dah kluar miter, sampai patah jarum miter tu wak buat. las2 motobot wak berkecai sebab wak tersilap perhitungan masa nak ambik lap dekat selekoh di sungai rajang sarawak. wak terpelanting sampai ke darat. nasib wak baik, sebab masih idup, dan masih boleh baca soleh.net
[Balas]
30 January 2008 sekitar 12:40 pm
Wah, panjang berjela sungguh wak membebel. Motobot tu wak beli ker buat sendiri?
Habis tu wak tak gantikan dengan yang baru ker? Beli lah kereta pulak, wak… Ape da wak nih…
[Balas]
30 January 2008 sekitar 8:19 pm
Hadui, lawak ler wakjojo ni! ahahhaha
Erm,ingtkn nek moto td.ekeke.Tatau la.. sumer soklan di atas sy tatau jwpn.hhahahaha.
[Balas]
30 January 2008 sekitar 9:32 pm
Erm, wakjojo ker wakjoko? Wak, apa nama wak? Jawapannya nanti saya bagi tau…
[Balas]
31 January 2008 sekitar 11:16 am
Eh,salah nama wak itu la pulak!
sori wakjoko. eheh
[Balas]
31 January 2008 sekitar 11:09 pm
aku ler yang Pandu tuuuu…..
[Balas]
2 February 2008 sekitar 7:59 pm
Hehe ko ni bikin panas jer.. Aku tak tanya ko pun, aku tanya orang lain…
[Balas]
8 November 2008 (4 minggu lalu) sekitar 7:03 am
[...] awal tahun 2008 yang lalu, satu peluang menimba pengalaman menjadi jurukamera telah berjaya aku lalui, walaupun kurang [...]