Soleh.Net

Menjana Keperibadian Soleh

Pertama kali? Lihat latar belakang.

Linkback, Backlink, dan Trackback: Apa semua ini?Babyku.net dan ixora dah paksa aku jawab persoalan ini. Rasa macam kena tag lah pulak.

Pada mulanya aku nak jawab kat komen babyku.net jer. Tapi bila dah panjang sangat aku taip penerangan “ikhlas” tu, terus aku jadi tak ikhlas.

So aku terus cut and paste komen yang berbentuk penerangan panjang lebar versi ceramah am ni, dan tukarkan ia kepada bentuk blog post.

Linkback, Backlink, dan Trackback adalah perkara yang sama. Jadi aku akan guna perkataan linkback untuk penerangan aku ni.

Linkback adalah pautan-balik kepada sesuatu post. Sebagai contoh:

Aku buat satu post bertajuk “Kefardhuan Solat” dengan pautan-kekal (permalink) yang diberi nama “http://soleh.net/2008/02/14/solat-itu-fardhu-bagi-umat-islam/”.

Kemudian, tidak lama selepas itu, aku buat satu lagi post (yang kedua), bertajuk “Kepentingan Solat”. Dalam post ke-2 itu, aku citer pasal post aku yang dulu yang bertajuk “Kefardhuan Solat”. Konon-konon begini ayatnya:

Pada suatu hari, ixora bertanyakan tentang Kefardhuan Solat kepada babyku, pastu babyku suruh tanya ImamKhalid bla bla bla …

Masa aku tengah tulis post ke-2 itu, pada perkataan “Kefardhuan Solat” itu aku letakkan satu link ke pautan-kekal post pertama tadi iaitu “http://soleh.net/2008/02/14/solat-itu-fardhu-bagi-umat-islam/”.

Cara memasukkan link tersebut adalah seperti rajah di bawah:

Cara memasukkan linkback dalam post

Setelah siap post ke-2 tadi, aku pun klik butang Publish. Maka dengan ini, siaplah linkback kita…

Bila kita publish post tersebut, satu komen baru akan muncul dengan sendirinya pada post pertama tadi.

Harap penerangan ini dapat memberi manfaat kepada kita semua, terutama babyku.net dan ixora.

Sekian, wassalam.

P/s: Secara tak langsung, aku dah ter”linkbackpost ini kepada post babyku.net yang bertajuk “Tagged by ImamKhalid”! (kat sini aku tanak letak link dah, nanti jadi satu lagi linkback) :twisted:

 

14 komen

  1. Komen dari apis17:

    tak paham ngeh ngeh :)

    apis17’s last blog post..Joging + Hujan

    ImamKhalid: Tak paham jugak? Eii, aku ni memang tak leh jadi cikgu arr… :(

    Ada tak sape2 yang boleh tolong aku untuk tolong Apis ngan ixora?

    [Balas]

  2. Komen dari ixora:

    Macam paham.. tapi macam blur.. ekeke.

    Ok,seriously.. cth tu mgkn sy paham. Pastu kan.. yg incoming link tu mn dtg plak? Dan mcm mn org buat yg kt kotak2 komen ada link ke post yg diorg jwb tu?

    cth : Sy tag si A, pastu A dah jawab dan kt ruangan komen sy muncul link tu..

    kalo pening,takyah la jwb.hehe. Nnt tak ikhlas, bila tak ikhlas tak dpt pahala. biarkan la ketidakfahaman ni.. nnt one day paham kot. huhuhuhu

    ixora’s last blog post..Tag lagi!

    ImamKhalid: Owh, yang macam dia tulis kat atas ni ker? “ixora’s last post.. Tag lagi!” ni? Yang ni lain pulak. Ni pakai plugin. Satu lagi yang pesen reply2 tu, pun pakai plugin. Kat wordpress.com aku tak pasti boleh buat ker tak plugin2 nih…

    Walaupun ayat ixora agak2 berbelit2, bila baca 5, 6 kali, paham gak kot. Biasalah, aku pun RAM slow gak… :P

    P/s: Kalo salah, sila betulkan. Sedap gak jawab2 soalan ni, sedap lagi daripada jambu batu hijau Mr Ah Fa! :twisted:

    [Balas]

  3. Komen dari Mr Ah Fa:

    Yum yum, sedapnya makan jambu batu hijau nih!! :-D

    Ala Imam Khalid, ko bgtau aje yang link2 ni sume bole merapatkan silaturrahim, setel :-D

    Mr Ah Fa’s last blog post..Kisah Cengkerik yang Kasihan

    ImamKhalid: Yeah, satu penjelasan yang tepat dan padat! Tapi diorang tu nak tahu macam mana nak buat, bukan nak tahu apa kegunaannya… Hmm, pandai2 korang lah cari dalam wiki!

    [Balas]

  4. Komen dari afham:

    pengajaran yang cukup detail..hehe..

    afham’s last blog post..Fly over me

    ImamKhalid: Terima kasih! :)

    [Balas]

  5. Komen dari Sesungguhnya...Mr Ah Fa tak boleh lari dari di-tag...Uhuhuhu :-D | Mr Ah Fa | FOCAL POINT:

    [...] Imam Khalid sure belum buat punyalah!!! [...]

  6. Komen dari ixora:

    Eh, bukan bukan.. bukan yg last post tu. Yg tu saya tau kena pakai plugin dan org yg ada blog berbayar je boleh buatkan?

    Contoh yg paling tepat; yg kat atas komen sy ni. Yg dr Mr Ah Fa tu, bawah Afham.

    btw,mmg la merapatkan silaturrahim mr Ah Fa oi tapi kami eh, saya nk tau cmna nk buat la. =p

    ixora’s last blog post..Esok Sabtu

    ImamKhalid: Haa, itu lah yang aku terangkan dalam post ni. Dan itulah juga yang dinamakan linkback.

    Ayat ini…

    […] Imam Khalid sure belum buat punyalah!!! […]

    …terhasil apabila berlakunya aktiviti “ping” dari sistem wordpress.

    Kalau cik ixora lihat pada rajah “Cara memasukkan link” di atas, perhatikan nombor 3.

    Mula2, masa Mr Ah Fa sedang buat tag tu (padan muka dia kena tag), dia pun letakkan nama aku dalam post dia.

    Kemudian dia highlight-kan nama aku (macam no 1 dalam rajah tadi) dan klik butang link (no 2 dalam rajah).

    Lepas tu barulah dia masukkan URL aku (no 3) dengan alamat “http://soleh.net/2008/02/21/linkback-backlink-dan-trackback-apa-semua-ini/”.

    Bila Mr Ah Fa publish tag tu (padan muka sekali lagi sebab kena tag), sistem wordpress akan “ping” alamat yang dia letak tu.

    Bila “ping” tu terkena kat post aku ni, secara automatik, akan terpaparlah sebahagian ayat Mr Ah yang busuk hati ittew kat ruangan komen ini…

    Sekian, terima kasih. Ada paham?

    P/s: Padan muka aku kena tag! :twisted:

    [Balas]

  7. Komen dari ixora:

    Oooo.. paham.. paham.. kali ni bebetol paham. patutla byk incoming link yg muncul kt blog saya. hehe.

    Ahahahah.. padan muka ‘mereka’ itu sbb kena tag. kui3.

    ixora’s last blog post..Esok Sabtu

    ImamKhalid: Alhamdulillah, at last..! :)

    [Balas]

  8. Komen dari apis17:

    oo.. dia mmg ping automatik eh? patut la.. ingatkan buat manual.. time kacih.. :)

    apis17’s last blog post..Balik kampung..

    ImamKhalid: Yup, it’s automatic! :)

    P/s: Sape nak buat kalau manual, encik apis oi…

    [Balas]

  9. Komen dari Soleh.Net » Antara parti dan SPR: Siapa yang kotor?:

    [...] aku lena dibuai mimpi, aku dikejutkan dengan sekeping trackback yang berdesup, muncul secara tiba-tiba. Datang dari celahan blog afham, membuatkan biji mataku [...]

  10. Komen dari Mr Ah Fa:

    yey, mari kita ping beramai-ramai :-D

    Mr Ah Fa’s last blog post..You got to be focus =D

    ImamKhalid: Ping adalah satu permainan yang menyeronokkan, apatah lagi apabila ditambah perkataan “PONG” di bahagian belakangnya! :P

    [Balas]

  11. Komen dari titan:

    faham sudah. walaupun memang dah bayar, its good to understand. Thanks for sharing.

    titan’s last blog post..Siapa Mahu Kamera SONY Percuma?

    ImamKhalid: You’re welcome! :D

    [Balas]

  12. Komen dari muhd syafiq:

    aku lagi tak faham

    ImamKhalid: Takpe lah kalo tak paham. Aku pun dah cuba sedaya upaya. Cuba mintak tolong kawan2 yang lain di luar sana… :)

    [Balas]

  13. Komen dari smartebiz:

    senang nak paham bila dah ada gambar ni. Saya baru cari dh dapat link dr eddyra

    smartebiz’s last blog post..Mitos Rokok Rendah Tar

    ImamKhalid: Thanks! :)

    [Balas]

  14. Komen dari paan:

    owh…sekarang baru faham…saya tak sure boleh buat tak dekat blog blogspot.nanti kena try check setting la.hehe

    [Balas]

Sebarang komen? Silakan...







 

Sebarang komen? Silakan...