Soleh.Net

Menjana Keperibadian Soleh

Pertama kali? Lihat latar belakang.

Dah cukup lama aku tak menulis. Masaku kini amat terhad. Atau, aku sendiri yang tak pandai nak urus masa?

Mungkin juga, aku kekurangan idea untuk mengarang kisah-kisah masyarakat. Malah aku juga kekurangan mood untuk berbicara melalui penulisanku kini.

Untuk mengembalikan semula mood pembicaraanku dalam Soleh.Net, izinkan aku berbicara sedikit tentang kakitangan kerajaan.

Aku tidak berniat untuk memburuk-burukkan sesiapa, sama ada pihak atasan, mahu pun bawahan, mahu pun pihak sahabat handai yang berkaitan dengan topik hari ini.

Tapi hatiku selalu tertanya, mengapa penjawat awam, terutamanya yang berpangkat pembantu tadbir atau lebih dikenali sebagai kerani, yang biasanya kita berurusan dengan mereka di kaunter, selalu menyakiti hati dan perasaan pelanggannya (rakyat)?

Semalam, seorang pemuda memasuki pejabat agama untuk menghantar gambar berukuran paspot untuk buat kad kahwin. Gambar yang dibawanya tidak dapat diterima, sebab kedudukannya menyerong macam gambar orang kenamaan.

Oleh kerana pemuda itu sukar untuk ke pejabat agama atas faktor jarak, dia meminta izin untuk mengirim gambar lain melalui email.

Kerani kaunter dengan muka berkerut itu menghubungi pihak OMPD (tukang proses kad kahwin) untuk bertanyakan hal tersebut.
*OMPD: bahasa pasarnya tukang masuk data dalam komputer lulusan Sijil Rendah Pelajaran (SRP).

“Tak boleh, sebab nak scan!” jawab OMPD tersebut kepada kerani dengan angkuhnya.

Kerani tadi pula membalas keangkuhan itu dengan menjawab kepada pelanggan tadi dengan angkuhnya juga.

“Kalau dalam email, takleh nak scan!” katanya lagi.

Alahai bodohnya. Malu aku yang jadi saksi kat belakang ni. Pemuda tadi air mukanya dah lain macam. Macam nak marah pun ada, macam malu pun ada, macam satu penyesalan berkunjung ke pejabat agama pun ada.

Bukankah tujuan scan tu adalah semata-mata untuk dimasukkan ke dalam komputer? Bukankah email itu dah sememangnya berada di dalam komputer? Kan sama tu… Bezanya, ia lebih menjimatkan masa, tenaga, dan minyak (petrol) semua pihak. Hangin aku mendengarnya!

Diorang ni nak kata kursus, memang banyak. Hari-hari cerita hal komputer, ICT, teknologi, dan sebagainya. Masing-masing tak padan langsung nak berlagak tunjuk hebat.

Kalau degil nak scan juga (wahai OMPD), print jer lah attachment gambar tu dari email, pastu scan balik.

Kalau tak leh terima kertas A4 biasa, beli glossy paper yang high standard punya tu, Kodak Paper™ ker.

Kemudian print cantik-cantik dan kemudian scan balik untuk dimasukkan ke dalam komputer.

Kata bodoh, marah. Tapi itulah hakikatnya, dah bodoh sombong pulak tu. Geram aku dibuatnya. Sakit hati aku!

Wahai OMPD, masuklah sekolah memandu semula, buat sedikit penyelarasan developmental.

Agak-agak diorang ni bawak kereta, eksiden tak? Eee bahaya nyer. Takut aku, teringat kat pemandu drag yang meninggal dunia akibat kemalangan kelmarin.

Belum habis lagi cerita aku hari ni. Sikit sahaja lagi. Sabar yer, teruskan pembacaan.

Belum sempat aku keluar dari pejabat agama tersebut, masuk pula seorang lagi pemuda, dengan ibu dan bapanya, yang datang dari jauh, melebihi 2 marhalah.

Datang ke pejabat tersebut semata-mata kerana mendapat tahu bahawa di situ ada peluang untuk selesaikan masalah mereka (berdasarkan laporan akhbar baru-baru ini).

Mereka meminta bantuan pejabat agama supaya pemuda itu dapat berkahwin dengan gadis pilihannya yang dihalang orang tua gadis tersebut.

Kerani tadi terus jawab, “mana boleh, kita tak boleh tolong.”

Sakit telinga aku. Kalau iyer pun, jawablah dengan sopan sikit. Gunalah perkataan encik.

Yang aku hairan, kalau pejabat agama tak boleh tolong, nak pergi ke pejabat mana lagi? Namanya pun pejabat Qadhi, tempat urusan perkahwinan dan pernikahan.

Pakcik tu pun bagi tau, “tolonglah, mereka dah masing-masing sama-sama nak antara satu sama lain. Kami sebagai orang tua sebelah lelaki dah setuju. Sebelah perempuan pun semua dah setuju, kecuali ayahnya. Macam mana nak buat? Tak kan nak suruh kahwin kat siam kot? Kalau boleh, benda baik ni nak buat cara baik..” katanya sayu.

“Yang itu kami tak nak ambik risiko,” balas kerani pangkat SPM tu penuh angkuh. Bukan nak hina SPM, tapi kalau dah perangai tu buruk, jangan kata SPM, yang ada PhD pun orang benci.

Pakcik tu balas lagi, “kan hari tu ada masuk paper pasal orang sini dikahwinkan oleh tuan Qadhi pejabat agama, kerana tak dapat dinikahkan sebab berlainan parti?”

Jawab kerani, “politik lain laa…..” dengan penuh kebodohannya.

Apakah point kamu wahai kerani kaunter yang kurang bijaksana? Sedarkah kamu dengan apa yang kamu katakan itu? Tidak ada kena mengena langsung.

Nasib baik lah aku ni tidak seberani Affuan. Kalau tak, mesti aku dah sound direct dengan menggunakan mulut yang disertakan dengan tangan yang dibantu oleh selipar atau kasut yang kupakai pada masa itu.

Akhir kata, harapan aku kepada kakitangan kerajaan, jalankan tugas dengan hati yang mulia dan ikhlas. Berbudilah sepertimana yang kamu inginkan orang lain berbudi kepada kamu.

Makan gaji buta itu tiada keberkatan.

Wallahu a’lam.

 

29 komen

  1. Mr Ah Fa Says:

    Haduu, seliper jepun betul la depa tu kan?
    Sabar ajelah, agaknya sebab tu la Allah takdirkan depa seperti yang macam depa sekarang (kerani yang kerek)…

    Kalo depa jadi menteri, jadi la menteri yang kerek…Ye dak?

    Dulu mak Mr Ah Fa pon kerani jugak, tapi sebab attitudnya yang best, dah jadi bos dia sekarang :-D

    Mr Ah Fa’s last blog post..Everything unpleasant is developmental

    ImamKhalid: Nasib baik depa tak jadi menteri.

    P/s: Mr Ah Fa dah jadi bos, bila nak naik pangkat jadi menteri? 8O

  2. ixora Says:

    kerani tu datang bulan ke hape? moody semacam je sampai tareti nk bersopan santun dah..

    ixora’s last blog post..Happy Birthday Linda!

    ImamKhalid: Takkan datang bulan setiap masa dan ketika? Takde ker time2 clear? Memanjang aje bulannyer..? :(

  3. zuriaf Says:

    1st of all, kau ping aku dengan cara yang sedikit keji..tapi takpe, aku suka..muahahah…

    ermm, aku dah perasan lama gak bende camni…kalau kerani² kat depan² kaunter tu kebanyakannya mulut memang main lepas je…EQ kurang banyak…tak guna gak kalau hantar gi banyak² kursus kalau bende macam adab ni tak dapat jaga…

    ImamKhalid: Hantar jer pergi kursus “Menjaga Adab”, atau pun kursus “Menjaga Hati” kuang3x! :P

  4. nono Says:

    this is the best and creative entry i ever read.. hahahah! seriously!

    ImamKhalid: Terima kasih, nono! BTW, long time no see… :)

  5. hifzan Says:

    maaf..boleh saya kenal awak tak imamkhalid..just kenal di screen pc jer..

    hifzan’s last blog post..Judge hits back at ‘devil incarnate’ Mahathir

    ImamKhalid: Boleh, apa salahnya? Ok, apa yang ko nak tahu pasal aku? ;)

  6. Affuan Says:

    Aduss.. Aku baca entri ni dengan penuh rasa geram! Apa ke bodoh?? Bodoh! Bodoh!

    Affuan’s last blog post..Berapa Banyak Komen Yang Hendak Dilayan

    ImamKhalid: Bukan ko sorang. Aku yang mengarang penuh kekreatifan ni pun lagi lah geram! :twisted:

  7. palie Says:

    emm.. penah alami keadaan begitu…

    palie’s last blog post..Arus Melankolik Menyapa Diri…

    ImamKhalid: Memang ramai yang pernah melaluinya, termasuklah dari golongan mereka itu sendiri…

  8. emme Says:

    Benda ni biasa berlaku la… bodoh sombong tu namanya… ntah pape la diorang ni.

    emme’s last blog post..Buat Duit Paling Mudah!

    ImamKhalid: Bila laa nak berubah ek? Kesian diorang, kan? :(

  9. nono Says:

    ImamKhalid la lama tak update… bersawang je.. huhuh

    nono’s last blog post..This is my 100th post and I am moving out… ;)

    ImamKhalid: Takpe nanti aku cuci! :P

  10. nono Says:

    ops! lupa remove my url lama! hihi

    ImamKhalid: Ooo URL tu yang dah bersawang eh? ;)

  11. ixora Says:

    betul cakap nono tu.. Soleh.Net da lama bersawang. ni nasib baik la tuan punya blog da rajin sapu2 sawang yg ada. kui kui kui.

    ixora’s last blog post..Three minutes…

    ImamKhalid: Hampesnya kau ini…. Akan ku sapukan sawang2 ittew ke arah blog yang berdekatan hihihi… :twisted:

  12. nono Says:

    hahahah ok dah kembali berseri dah blog ni… ;)

    nono’s last blog post..This is my 100th post and I am moving out… ;)

    ImamKhalid: Ye kerrr…? Hehehe malu laa ai! Auww!

  13. ikin Says:

    saya pelik kerajaan sudah membelanjakan berjuta RM tetapi kakitangan kerajaan tetap perangai lama

    ikin’s last blog post..Anak Kita

    ImamKhalid: Selagi pucuk kepimpinan tidak memainkan peranan dengan betul, selagi itu yang bawahan pun kurang memainkan peranan. Oops bahaya, kang aku pulak yang kena gam! 8O

  14. Azizan Ahmad Says:

    sepatutnya kau sound je kerani kerani bangang tu, sebab tu lah ramai remaja menjauhi Islam kerana orang orang pukimak macam tu lah, aku ada buat kajian tentang agama. Orang kristian punya layanan memang first class, kalau benci macam mana pun pada kristian apabila terkena layanan mereka, boleh terbukak hati tau….
    Boleh tak kau bagi tau aku pejabat agama Islam mana? untuk kajian aku selanjutnya…..

    ImamKhalid: Ish tak baik sebut benda2 “pukimak” tuh… Kalau yer pun nak marah, jaga kata2 tu yer..? Sebab bila ko pun kata macam tu, lagilah orang kristian kata orang Islam ni kejam, tak berbudi bahasa, dan sebagainya…

    Aku rasa tak perlulah aku bagi tau ko pejabat agama mana. Bagi aku semua pejabat kerajaan average jer, lebih kurang sama jer. Tak tertakluk pada mana2 pejabat agama pun… :)

  15. siti_puteh Says:

    assalamualaikum wkt…
    terima kasih atas komen2 dan nasihat2 tu…
    saye pun…gomen servant..kerani gak…alahamdulillah, setakat ni saye belum dan masih lagi dapat mengawal diri dgn pelanggan.
    actually, kdg2…org awam(rakyat) kite ni ade gak yg ngade…
    mb…kdg2 kerani yg kat kaunter terlepas api dlm hatinye dgn org2 awam yg ngade2 ni
    sebenarnye kite semua same je. mgkin..mase ni, kite x buat tapi x mustahil satu hari terrrrrrrrrjadi atas kite tanpa x disengajakan. suke utk saye ingatkan…x semua kerani same…dan..opinion org awam sendiri terhadap insan bergelar kerani especially yg duk kat kaunter. mind org awam ni kdg2 dah terrrrrset that kerani is arrogant la, x polite la… masing-masing ade baik buruknya,so, jgnlah pandang perangai kami kerani same jer

    ImamKhalid: Waalaikumussalam, betul apa yang cik siti katakan. Tak semua kerani sama.

    Tapi perbezaan nyata yang boleh dilihat ialah di antara kerani awam dengan kerani swasta. Tak banyak kes2 kebiadaban berlaku pada kerani swasta.

    Setiap hari kita dengar orang duduk bercakap pasal kebiadaban kerani awam, termasuklah yang jaga kaunter, jururawat2, dan sebagainya.

    Bukan niat aku nak kondem. Tapi keadaan sedemikian harus dikikis, dari persepsi masyarakat, dan juga dari pihak kerani itu sendiri, termasuklah masing2 menjaga etika dan tatatertib masing2 supaya tidak berlaku lagi perkara sebegini.

    Buang tabiat2 buruk seperti bercakap2 ketika bekerja, berbual2 kosong, buat tak tahu bila ada tetamu, buat2 tahu perkara yang tak pasti, dan sebagainya.

    Insya-Allah jika semua di antara kita memainkan peranan yang betul, persepsi sedemikian dapat kita kikis dan buang daripada masyarakat kita.

    Aku sebagai blogger, bukan ingin memburukkan, tetapi ingin memainkan peranan dengan menyampaikan isi hati masyarakat terhadap kerani awam.

    Sekian, wallahu a’lam.

  16. aljan Says:

    hai

    ImamKhalid: Ni aper main hai2 nih?

  17. bunga besi Says:

    SALAM….

    emm.. rsanya situasi dan drama macam tu berlaku kat almost sume pejabat gomen…me also one of the gov. staff..kadang2 btul gak apa org kata kerani mmg perangai macam tu…sbb kat my office pun sama…pihak mana yang nak disalahkan pun tak tahu…tapi bg saya ni sumer pasal mind set seseorang tu…kita boleh tgk kalo spm level punya mind set n graduate punya mind set..bukan nak mengata jauh sekali nak pandang rendah pada diepa yg tak berpeluang nak sambung pengajian ke peringkat tertinggi..tapi sume ni sebenarnya datang dari dalam diri kita sendiri…bukan semua berperangai mcm tu.. tapi almost all of them mcm tu…nila setitik rosak susu sebelanga…macam kat my office kerani siap boleh arah kami pegawai2 kat sini utk buat kerja n terlalu berkira ttg depa punya scope kerja…kdg2 sampai keje depa pun kami pegawai yg buat…for me,, im entering government masa baru sgt graduate n still agi tgh sambung blaja masa tu… masuk dalam gov. dgn semangat berkobar2 nak ubah persepsi masayarakat ttg gov staff.. but still usaha dari individu tak mungkin dapat ubah culture yg da lama jd culture…kerani kat my ofis terlalu pentingkan baju apa yg depa pakai, barang kemas apa yg depa pakai, n benda yg remeh temeh dr menyiapkan keje depa..kadang2 terfikir,, kalo la mcm ni keje depa,, baik la aku mintak keje kerani, gaji kerani sekarang pun bukan sikit…suppose pegawai yg goyang kaki…tapi kat my office kerani yg goyang kaki instead of pegawai…..salah saper ekkkk????

    ImamKhalid: Itu dia panjang lebar ulasan daripada bunga besi. Persoalannya, salah siapa?

    Tambahan aku, kenapa lepasan SPM yang bekerja sebagai kerani di kilang2 kayu, kilang2 getah, dan sektor swasta yang lain, takde pulak berlagak macam kerani2 kerajaan?

    Adakah sebab jawatan sebagai kerani kerajaan adalah terjamin? Diorang buat lebih kurang pun tak kena buang kerja, adakah sebab itu?

    Mungkin ya, tapi bukan itu yang kita mahukan. Kita tidak mahu kerajaan suka2 buang keraninya. Yang kita nak ialah dalaman seseorang itu. Tidak kiralah kaya ker, selamat ker, terjamin ker, susah ker, senang ker, semuanya harus mempunyai etika yang betul. Ini baru dapat kerja yang terjamin dah berlagak, sebab tu Tuhan tak bagi kaya raya. Kalau kaya raya tak taulah apa nak jadi.

    Oops, aku pulak berlebih2… 8O

  18. bunga besi Says:

    emmm…
    btul gak persepsi depa buat keje lekeh pun,,susah nak dibuang keje…that’s why la kot depa wat keje main2…tapi samapai bila benda ni nak berpanjangan…rasanya da tak bleh diubah..mungkin juga boleh jika pemerintah bertukar gagang ke pemerintahan kuku besi…stuju tak?

    ImamKhalid: Uish, jangan. Pemerintahan kuku besi menyakitkan! Yang penting, setiap seorang dari kita mesti mengubah mentaliti, daripada negatif kepada positif. Kesedaran perlu ditingkatkan supaya seseorang itu berasa bertanggungjawab untuk memikul tugas yang diamanahkan dengan betul.

    Keadaan seperti ini memerlukan masa yang panjang, iaitu bermula daripada pendidikan rendah hingga ke pendidikan tinggi, hingga ke pendidikan rendah semula.

    Pendidikan yang sempurna dalam segenap sudut (agama, politik, sosial, ekonomi) kepada sesebuah kaum atau masyarakat akan membentuk negara yang sempurna. Ini termasuklah dari golongan menteri, pengarah, pegawai, hinggalah kepada kerani2 biasa. Inilah yang dikatakan kemajuan sebenar sesebuah kerajaan.

    Sebaliknya, pemerintahan kuku besi tidak akan menguntungkan mana2 pihak sekali pun.

  19. bunga besi Says:

    BAGUS R IMAM NIH…saya cakap macam tu sbb tgk cara depa skrg macm takkan leh berubah…tapi mungkin leh berubah dgn cara paksaan..mmg la pemerintahan kuku besi tak menguntungkan sesaper..mintak jauh…tapi habit org melayu ni mcm hanya akan berubah bila ada sumthing yg akn push depa utk berubah…terlalu enak dgn keadaan sekarang…. citer samapi biler pun tak habis benda ni kan…ini la yg tun mahathir menangis mengenangkan sikap org melayu..

    ImamKhalid: Apa yang bagusnya, takde apa lah.

    Apa pun, bukan kata Tun, aku pun sedih dengan sikap kita orang Melayu.

  20. vana Says:

    memang pun dah kena cop kerani,memang pun perangai macam kera,mana2 jabatan k’jaan pun sama ja layanan sma org awam,dorg tatau ke yg gaji dorg dpt every month tu dtg dari mana yek..

    ImamKhalid: Sikap itulah yang mesti dijauhkan… Selamat datang! :)

  21. wawa Says:

    salam..
    ehmm..berat gak nie..mmg ar cik kerani tu nak kena..dahlah..b##h..t##lol lak tue..hehe..tapi tak semua kerani awam macam tue kan..saya pun kerani awam juga..duduk di barisan hadapan lagi ( kaunter) tapi tak pernah pulak saya menunjukkan perangai yang kurang macam tue..lagi2 saya berhadapan dengan beratus2 orang dlm sehari..tak pernah pulak saya nak memperlekehkan org macam tue..(cuma yang kategori degil nak pengsan tue jelah yg slalu kena bebel)huhu…actually tak semua kerani awam perangai macam tue..dan tak semua yg bersandarkan pada SPM sahaja..kbanyakan member 2 saya yg cik kerani jugak semua adalah lulusan ipt, tapi nak wat camne,keadaan ekonomi dan peluang buat kitaorang memilih kerjaya ni karana sukar utk membuat pilihan waktu keadaan genting macam nie..so we dont have any choice, terpaksa grab je opputernity yg ade..

    benda pun sebenarnya masalah di sektor awam kerana sememangnya barisan hadapan mmg banyak masalah..mungkin tekanan kot, ataupun masalah emosi ke..(biasaklah kalau dah berhadapan dengan pelbagai ragam mnausia dalam satu hari tue..server down la) ahaks..so kepada imam khalid..tak semua kerani awam macam tue..sebilangan sahaja..tak adil la kalau menyalahkan keseluruhan kakitangan awam hanya kerana kebiadapan seorang manusia yang tidak tahu mengamalkan erti kesopanan..bukan semua kakitangan awam macam tue yek..harap maklum..hehe3..kalau nak tahu saya di sektor yg memerlukan saya berhadapan dengan beratus-ratus orang yg mempunyai masalah berat tiap-tiap hari..(bukan macam cik kerani pejabat agama tue ye..keje dia small of piece je..cam peanut) ahaks..gurau jek…. saya pun slalu kena maki dgan org yg datang untuk mendapatkan servis perkhidmatan di tempat saya..geram mmg geram yelah..kita jujur buat kerja..tapi org memperlekehkan kita seolah-olah kita kerja nie macam makan gaji buta.(bak kata imam khalid) saya pun manusia juga..cuba duduk tempat saya dalam sehari boleh bayangkan tak apa akan jadi..seingat saya la..tak pernah dalam sehari tue kepala saya tak sakit..haha..bukan merungut tapi meluahkan perasaan yg terpendam..hari jumaat yg lepas pun saya kena maki juga bukan apa semua tahukan pejabat kerajaan di buka 2.45 hari jumaat..adalah makhluk Allah nie..terjerit2 kat luar pintu pejabat suruh dibukanya pintu..bukan tak mahu buka..tapi belum sampai waktu pun utk dibuka..yg tinggal saya sorang..bila saya nasihatkan dia tau tak apa yg dia cakap..”kalau lepas nie sevis korang tak bagus nahasla korang semua” “b##h betul..apa punya servis la” “aku boleh berhentikan korang keja tau”….hmm apa kah perasaan saya waktu tue? nak tau…dari pukul 2.45 tue sampai office hour kul 5.00 saya jadi sebak sedih kecewa bengang skit geram mcm nak gigit2 kertas..hahaha..tapi skang dah ok dah..

    eheh melalut plak yek.. telebih sudah bagi komen..okehlah pada imam khalid..saya bagi pihak seluruh penjawat awam meminta maaf kalau ade daripada kami yg menyinggung perasaan orang seperti imam khalid.. dan kepada cik kerani pejabat agama tue..ubah2ubahla perangai tue kalau nak mendapat keberkatan dalam kerjaya dan kehidupan kelak..sesunguhnya apa jua yg kita lakukan pada masa ini pasti mendapat balasannya kelak sama ada di akhirat atau duniawi kita tak tahu ok…

    terima kasih kerana sudi membaca komen saya..

    salamm

    ImamKhalid: Terima kasih di atas komen yang berjela ini. Terlebih dahulu aku nak ucap selamat datang kepada kamu wahai Cik Wawa.

    Untuk makluman, bukan aku yang jadi mangsa kepada keadaan ini, tapi aku cuma menjadi saksi terhadap pelbagai perkara yang berlaku pada keadaan yang sebegini.

    Apabila mentaliti “sikap kerani awam memang macam ini” tertanam dalam minda awam, sudah tentulah ramai yang tidak bersalah menjadi mangsa. Bak kata pepatah, kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

    Macam yang aku selalu katakan kat komen2 sebelum ni, semua pihak mesti ada kesedaran dan mesti memainkan peranan.

    Aku dah mainkan peranan dengan pelbagai cara, antaranya:

    1. menulis tentang topik itu di sini;
    2. bila aku jumpa keadaan ini, aku akan bersuara lantang tetapi tenang (tak marah) dengan menunjukkan piagam pelanggan ke arah mereka, tanpa mengerutkan muka;
    3. aku ambil kata2 “Jika saya tidak senyum, sila beritahu saya” yang terletak di atas meja mereka, dan meletakkan di hadapan muka mereka tanpa segan dan silu;
    4. apabila nampak orang lain menjadi mangsa, aku akan cuba terangkan kepada mangsa dengan jelas, supaya mangsa dan pemangsa dapat buat sebagai contoh di masa akan datang; dsb.

    Kerani juga boleh mainkan peranan dengan:

    1. ubah sikap, biar sedikit demi sedikit, tapi berterusan;
    2. ambil contoh dari kalangan kerani sektor swasta yang terkemuka;
    3. ingat akan topik yang sedang kita bincang ini; dsb.

    Selamat mencuba! :)

  22. hijjaz kasturi Says:

    aku raser…mesti dia tu mai bulan kot..hangin semacam jer..

    ImamKhalid: Bukan, sebab abang dia tak power macam prolelaki kot… hehehe cari market ker bang? Iklan laaa, ppuluh ya jah…

  23. kenzo Says:

    salam,
    sy rasa la pulak bukan kerani gomen je yang bersikap camtu,oficer gomen pun..ala..pendek kata kebanyakan gomen staff ..ni la..perangainye..ni yang peliknya.Kalau adapun tak ramai yang supeerb kalau masuk bab keje. Pegi kursus macam2 ,tempat hebat2 outputnye..hampeh..
    Diarang ni patut muhasabah diri..apa yang org komen, take it as a challenge. Kadang2 tu kalau dah ditetapkan satu2 syarat ..itulah digunakan..macam tak pakai otak how to settle the problem..tak kira la kita sape..ni tak, berkira sangat. mayb sy swasta dah biasa dengan kerja yang independent..kena buat frm a-z. Baru tau apa keja kita.

    ImamKhalid Reply:

    Bab officer ni kalau nak diperkatakan, lagi banyak berbanding kerani. Insya-Allah jika berkesempatan, kita akan sama2 bincang / kupas isu ini.

    :)

    norliza Reply:

    saya setuju dengan kawan kita ni. Bukan kerani je camtu, officer pun same je. Apa yek solution nya? So far, saya selalu balas balik, sori bukan balas nak bergaduh tapi saya try my very best to educate them how they should handle the situation. Biasanya saya guna cara berhemah dan bersopan. Tetapi macam mana bersopannya saya, sayapernah dikata sebagai kurang ajar sebab menjawab. Walhal apa yang saya beritahu adalah benar dan dengan cara yang baik. Biasalahkan kalau dah tak boleh ditegur. dah jadi buluh, camna nak dilenturkan lagi. Tetapi saya tak jemu-jemu mempertahankan hak saya untuk mendapatkan perkhidmatan yang terbaik dari gomen.Wassalam.

  24. mama ghock Says:

    ni semua mentaliti individu itu. tak kira la keja gomen ker swasta. tahap pendidikan dan latarbelakang kehidupan sesorang tu memainkan peranan juga untuk menjadikan individu tersebut berkualiti mentaliti nya.

    cam opis wa ni kan, staffnya datang dr pelbagai latarbelakang hidup dan pelajaran. mmg nampak jelas akan perbezaan pemikiran dan pengendalian emosi memasing. Melalui pemerhatian wa yang dah bekerja 20 tahun ni, bg yg tahap pendidikan SPM dan kebawah lebih emosional. Pemikiran juga tidak menunjukkan kematangan. Bertindak dan berkata mengikut rasa. tidak fikir akibat yang akan diterima kemudiannya. sentiasa perlu ditegur. andainya ketua juga bersikap sambil lewa, ini la padahnya - spt yang imamkhalid story di blog ini.

    mama ghock’s last blog post..Cake for Bosses

    ImamKhalid: Betul tu mama ghock. Kena dengan 20 tahun pengalaman mama… Terima kasih dan selamat datang!

    P/s: Selamat buat kek. Terima tak tempahan dari Terengganu? Penghantaran macam mana? :)

  25. Mohamad Zulfakar Says:

    Aku pun kadang-kadang rasa macam tak puas hati gak…
    Tapi kalau difikirkan Mak Bapak aku dulu pun kakitangan kerajaan…

    Kerani kerajaan ke kerani swasta ke aku rasa semua tu bergantung pada sikap…

    Aku pernah bergaduh sekali dengan jururawat kerajaan tapi ini bukan anti kerajaan aku cuma nak luahkan…

    Waktu tu mak aku masuk Hospital… time aku jaga dia kat wad tibalah waktu untuk periksa semua pesakit…
    ada lah makcik sebelah katil mak aku ni mengeluh sakit sangat… dia mintak ubat kk (macam panadol tu) tiba-tiba nurse tu sergah kat makcik tu “Makcik buta ke? tak nampak doktor sibuk kat sana tengah periksa pesakit lepas ni dia datang la kat tempat makcik lepas tu baru kita tahu ubat apa yang sesuai dengan makcik. bukan semua ubat sama… pening kepala lah orang tua ni…”

    Aku kat sebelah dengar makcik tu kena sergah macam tu mula la naik angin… aku tanya nurse tu balik awak tak boleh cakap baik-baik ke dengan orang sakit dahlah makcik tu dah tua tak ada orang yang jaga… Lepas tu dia mula naik angin “awak mana tahu kerja saya… saya tahu lah kerja saya…”

    Ermm

    Inilah sikap orang melayu kot bulkan kakitangan kerajaan rasanya…

  26. sumitomo Says:

    cara tuan memberi komen seolah olah menyalahkan semua manuasia yang berjawatan kerani… macam kita sangat mengharap kan sesuatu dari minyak yang kita ada… apa kata kalau kita takda minyak .. harap dapat berpikiran lebih terbuka .. jangan menhalalkan cara untuk mencapai sesuatu maklumat … sanggup gadai maruah dan negara ..

    ImamKhalid Reply:

    Terima kasih atas komen tuan. Saya tertarik dengan komen ini, izinkan saya memberi hujah saya.

    Saya cuba menyampaikan mesej kepada semua kakitangan yang ditugaskan untuk menjaga kauter paling hadapan dalam mana-mana jabatan dalam sektor kerajaan.

    Mesej ini bertujuan supaya kakitangan yang dimaksudkan dapat menjalankan tugas yang mencapai objektif, bukan hentam kromo.

    Bukan pula bermakna jawatan lain tidak perlu mainkan peranan, bukan begitu.

    Cuma mesej ini lebih tertumpu kepada kakitangan tersebut.

    Harap menjawab soalan. Wallahu a’lam.

Sebarang komen? Silakan...