Tips rumahtangga bahagia
21 December 2009 oleh Kak ChikKebetulan musim kahwin ni, elok kita cerita sikit tentang keluarga bahagia, ok tak? Tips ini adalah dari seorang mufti untuk kita kongsi bersama.
Di awal perkahwinan semuanya terasa indah. EQ kedua-dua pengantin masih di tahap yang tinggi lantaran masing-masing cuba bertoleransi dalam setiap situasi dan cuba untuk memahami dan mengenali pasangan dengan lebih baik lagi.
Namun, masalah akan muncul bila sikap sebenar mula timbul. Orang putih kata, that’s the true colour. Ego, pemarah, panas baran, tak sabar, pemalas, kedekut, pengotor, dan segala macam sikap mazmumah lagi.
Jadi tips untuk kekalkan kebahagiaan rumahtangga ialah:
- Sentiasa bersyukur
Banyakkan bersyukur pada Allah dan terima pasangan kita seadanya. Bukankah Allah pernah berjanji pada hamba-Nya, jikalau kamu bersyukur akan Aku tambah nikmat-Ku. - Kawal emosi dan bermujahadah
Bersabarlah, jangan sakiti hati pasangan dan jangan berdendam, kerana walaupun semasa bergaduh rasa menang tetapi hakikatnya dua-dua kalah (rugi). Rumahtangga yang menjadi mangsa. Zip mulut dengan memperbanyakkan zikir, baca quran dan jangan buang masa dengan perkara-perkara yang melalaikan. Sentiasa baik sangka dengan pasangan. - Muhasabah diri
Selalu minta ampun dengan Allah kerana kita hamba-Nya yang lemah tak akan pernah lepas dari membuat kesilapan. Kenali hati budi pasangan, jadilah orang yang suka memaafkan dan meminta maaf. (indah bukan?) Jangan rasa rugi atau malu jika kita (terutama suami) meminta maaf terlebih dahulu.
Akhir kata, sesungguhnya kasih sayang yang berasaskan keimanan lebih berharga dari harta benda, rupa paras dan nafsu syahwat (yang tidak kekal).
Wallahualam.








ImamKhalid seorang yang 'simple', punyai minat mendalam terhadap penulisan ilmiah berkaitan ibadah dan kehidupan. Gaya penulisannya mudah difahami.
28 December 2009 sekitar 4:18 am
setakat ni belum kawin. tapi insya-Allah. tips-tips begini akan aku semat dalam dada. Hehe..
[Balas]
kak chik Reply:
December 28th, 2009 at 12:32 pm
nnti klu kawin jgn lupa kad merah,ya.simpan n ingat betul2 dlm dada
muga bahgia hingga kesyurga…amin.
[Balas]
3 January 2010 sekitar 1:56 pm
amin amin ya rabbal alamin.
[Balas]
kak chik Reply:
January 5th, 2010 at 12:17 pm
amin…muga allah perkenankan…
[Balas]
6 January 2010 sekitar 12:27 am
Terima kasih panduan yang cukup bermakna buat kita..tq
[Balas]
kak chik Reply:
January 6th, 2010 at 9:50 am
sama-sama.muga2 boleh di jadikan panduan.byk lg tips2 yg tak disentuh,cuma kita amalkan sikit2 dulu…
[Balas]
17 January 2010 sekitar 12:16 am
bulan apakah yg lebih berkat utk membina ikatan pernikahan menurut islam??
[Balas]
23 January 2010 sekitar 4:33 am
Dude, aku rindu ko mung. Rindu di saat-saat memulo blogging tahun 2007 maso aku duk sano. Raso supo memori indah gitu. Raso supo merioh jah. Loni raso sepi. Nok jerik weh. Sobs…
Tsep.
[Balas]