Bulan Ramadhan Bulan Berhenti Merokok

Bulan Ramadhan Bulan Berhenti Merokok

[PENGUMUMAN: Pembaca sekitar Kulim, Lunas, Seberang Jaya, Bukit Mertajam, Sg. Petani yang ingin mendapatkan produk Shaklee boleh berhubung dengan Saif & Bahiah untuk COD. Bagi daerah-daerah lain seluruh Malaysia, sila rujuk senarai penuh di sini]

Perokok sukar berhenti merokok kerana tubuhnya terbiasa dengan narkotin dan ketiadaannya antara dua hingga empat jam menyebabkan gejala gian.

Bagaimanapun, semasa berpuasa pada bulan Ramadhan, perokok tegar sekalipun boleh berhenti merokok melebihi 12 jam bermula dari sahur hingga berbuka.

Ini perkara yang tidak dapat dijawab dengan ilmu sains kerana mengikut keadaan biasa selepas dadah nikotin dalam darah menurun beberapa jam, otak akan memberi arahan meminta tambahan nikotin. 

Perkara ini tidak berlaku ketika Ramadhan kerana perokok boleh berhenti melebihi 12 jam dan ini menandakan laluan rangsangan otak berpusat di mesolimbik adalah tumpul pada masa itu.

Ini berlaku kerana iman di dada sedar keperluan menunaikan ibadah puasa dan dengan kekuatan rohani itu mengatasi pengaruh jasmani atau fizikal.

Untuk berhenti merokok memerlukan motivasi, keazaman dan daya usaha yang gigih bagi mengatasi rasa ketagihan terhadap nikotin yang terkandung dalam asap rokok.

Sebanyak 80 peratus perokok berjaya berhenti merokok dengan daya usaha sendiri melalui keazaman yang tinggi disebabkan pengaruh kawan yang berperanan besar menggagalkan wawasan itu.

Pengalaman pakar perubatan mendapati, Ramadhan memberi kelebihan yang besar kepada mereka yang berhajat meninggalkan tabiat merokok.

Oleh itu amat wajar bagi umat Islam mengambil peluang yang datang ini untuk mengatasi masalah tersebut. Mari sama-sama kita rebut peluang di hadapan mata ini.

Wallahu a’lam.

Komentar

comments

Published by

ImamKhalid

Seorang bapa kepada 3 cahaya mata yang comel & manja. Pendiam tetapi penyayang. Gemar menulis perisian aplikasi web & sukakan sukan adrinalin. Connect with ImamKhalid on Facebook, Google+, Twitter and YouTube.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *