Petua Nak Bangun Awal Pagi Bila Terlewat Tidur

Tidur Lewat

Tidur lewat tapi terpaksa bangun awal pagi? Study last minit dan terpaksa hadir exam awal pagi esok?

Minum dengan kawan hingga lewat malam tapi esok nak kena hantar anak ke sekolah?

Sering tidur lewat kemudian menyesal bila lewat terjaga? Yang lucunya, setiap hari pun masih ulang perkara sama.

Jika anda menghadapi masalah di atas atau yang seumpamanya, di mana anda tidak yakin akan terjaga awal pagi esok, jom cuba petua nak bangun awal berikut:

Sebelum tidur buang air siap-siap, seperti biasa lakukan apa yang patut. Kunci jam atau alarm telefon seperti biasa, dan sebagainya.

Petua Nak Bangun Awal

Kemudian sejurus sebelum tidur, minum air masak dalam kuantiti yang paling banyak yang boleh anda telan!

Petua Nak Bangun Awal - Minum Air Sebanyak Yang Mungkin!
Petua Nak Bangun Awal – Minum Air Sebanyak Yang Mungkin!

Maksud paling banyak ini bukan segelas atau separuh gelas, tetapi 1 hingga 2 liter mengikut kemampuan maksimum anda!

Terus baring di atas katil sambil membaca surah al-fatihah, diikuti surah-surah tiga qul, selawat, syahadah, dan doa tidur.

Kemudian terus tidur dan jangan bangun lagi. Esok pagi pada waktu jam loceng anda berdering, anda pasti melompat dari katil terus ke tandas untuk buang air.

Apa lagi, terus mandi lah!

Walaupun nampak lucu, tetapi percayalah, petua nak bangun awal ini memang berhasil.

Memang terbukti berkesan pada saya dan ramai kenalan saya sejak saya kongsikan petua nak bangun awal ini bersama rakan-rakan.

Baik yang masih belajar, mahupun yang sudah bekerja dan yang sudah pun berumahtangga, tidur lewat memang berlaku, ia normal tetapi harus dielakkan untuk kesihatan sepanjang hayat.

Dalam sesetengah keadaan, anda perlu gunakan petua nak bangun awal ini. Tapi ingat, janganlah diamalkan selalu, bimbang nanti lain pula jadinya.

Nasihat saya, gunakanlah petua nak bangun awal ini di bawah risiko dan tanggungjawab sendiri.

Jangan salahkan sesiapa sekiranya petua ini tidak berhasil atau membawa sebarang kecederaan kepada diri sendiri atau orang lain.

Kalau nak sedap tidur, hubungi saya untuk suplemen yang boleh membantu menyenyakkan tidur, bangun keesokan paginya dengan segar sambil dapat membuang air besar dengan mudah tanpa sembelit, secara 100% semulajadi, selamat & berkesan!

Akhir kata, jangan ketinggalan tips sihat untuk beramal! Langgan Soleh.Net terus ke email anda, ianya PERCUMA! Klik sini.

Ahmad Imam Bin Khalid
014.818.6582
Shaklee Independent Distributor
www.facebook.com/mamabasicsupplement

Wallahu a’lam.

Komentar

comments

Published by

ImamKhalid

Seorang bapa kepada 3 cahaya mata yang comel & manja. Pendiam tetapi penyayang. Gemar menulis perisian aplikasi web & sukakan sukan adrinalin. Connect with ImamKhalid on Facebook, Google+, Twitter and YouTube.

2 thoughts on “Petua Nak Bangun Awal Pagi Bila Terlewat Tidur”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *