Tips Memilih Bisnes: Faktor Pemilihan Bidang

Terima kasih kerana masih bersama saya dalam tips memilih bisnes.

Bagi yang baru, anda boleh mulakan dari bahagian satu, Panduan Memilih Bisnes: Apa Maksud “Bisnes”?

Tips Memilih Bisnes: Bidang Mana Yang Sepatutnya Diceburi?
Tips Memilih Bisnes: Bidang Mana Yang Sepatutnya Diceburi?

Semua orang akui bisnes adalah 9/10 punca rezeki, tapi berapa kerat sahaja yang mampu merealisasikannya.

Sebelum ‘terjun’ ke dalam arena perniagaan, pemilihan bidang amatlah penting. Ingat, bisnes bukan tentang duit!

Faktor Utama Yang Saya Pertimbangkan

Faktor yang saya tekankan sebelum memilih bidang dalam bisnes ialah:

  1. Menepati syariat
  2. Modal permulaan
  3. Kos & keperluan operasi
  4. Kualiti & bekalan produk
  5. Kredibiliti & kekuatan pengeluar

Menepati Syariat

Secara mudahnya, saya percaya apabila hukum agama diletakkan pada barisan paling hadapan, faktor lain akan mudah mengikut, insya-Allah.

Saya membuat perbandingan dengan bisnes yang syubhah, bukan yang haram. Hati-hati, bisnes syubhah sangat banyak dalam realiti kehidupan seharian masakini.

Bisnes syubhah ialah suatu bisnes yang kita sendiri pun kurang pasti tentang kesahihan status halalnya, baik dari segi kesucian produk mahupun strategi pemasaran.

Cara nak menjelaskan yang syubhah ialah dengan membuat kajian terperinci terhadap suatu bisnes itu dan mensahihkan kajian dengan tepat tanpa bias (berat sebelah). Be neutral, jangan dikaburi ketamakan, insya-Allah selamat.

Modal Permulaan

Modal Perniagaan: Mampukah Ia Dilipatganda?
Modal Perniagaan: Mampukah Ia Dilipatganda?

Penting untuk diketahui, kebolehan diri menggandakan pulangan dari sumber modal yang kecil adalah tanda awal kebolehan anda dalam menceburi perniagaan.

Namun jika anda terfikir hanya dengan modal besar sahaja anda dapat menggandakan pulangan perniagaan, anda mungkin dalam bahaya.

Bisnes memerlukan kemahiran, bukan hanya terletak pada berapa besar anda keluar modal.

Oleh itu memilih bisnes yang memerlukan modal yang boleh anda gandakan adalah faktor utama yang harus anda tekankan bagi memulakan perniagaan.

Ia bukan persoalan berapa jumlah modal yang mampu anda cari, tetapi berapa amaun modal yang mampu anda kawal.

Kos & Keperluan Operasi

Majoriti peniaga berpengalaman bersetuju, alangkah baiknya jika kos operasi dapat dijimatkan. Namun ramai yang terjebak dahulu baru terasa perit. Maklumlah, namanya pun ‘pengalaman’, tak rasa tak tahu, terhantuk baru terngadah.

Oleh itu cubalah buat yang betul sedari awal lagi. Belajar dari pengalaman orang lain sangat menjimatkan masa, tenaga dan wang, di samping menjaga emosi. Anda pasti tidak mahu kelihatan tua berbanding umur kan?

Sebaiknya, mulakan suatu bisnes tanpa liabiliti (tanggungan) yang berat. Liabiliti berat ialah seperti sewa bangunan, ansuran kenderaan, gaji pekerja, bil utiliti, peralatan operasi & pejabat, dan sebagainya.

Cari suatu bidang di sekeliling anda yang sebolehnya tidak memerlukan anda untuk sewa bangunan bagi memulakannya.

Hapuskan perasaan “nak nampak grand” atau “malu kawan tengok” atau segala macam jenis perasaan negatif yang biasanya kita yang lebih-lebih.

Meminimumkan kos adalah sangat penting, mestilah tepat kepada keperluan bisnes. Ingat, bisnes bukan tentang kemegahan tetapi tentang memenuhi keperluan orang lain.

Kualiti & Bekalan Produk

Sebut sahaja berniaga, pasti ada jual beli. Promosi yang tepat akan menghasilkan jualan yang tinggi. Namun sejauh mana bekalan mampu untuk benar-benar mencukupi?

Sebelum memulakan perniagaan, kenal pasti adakah bekalan produk dapat memenuhi permintaan jika ia melonjak tinggi. Dapatkah produk mengekalkan kualitinya apabila permintaan mengatasi bekalan.

Adakah bekalan akan sentiasa mencukupi walau seramai mana pun pelanggan?
Adakah bekalan akan sentiasa mencukupi walau seramai mana pun pelanggan?

Percayalah, perkara paling menyedihkan dalam suatu perniagaan ialah apabila kita berjaya tarik pelanggan tapi tiada barang!

Pastikan bekalan dengan kualiti yang sama mudah diperolehi dan mempunyai backup plan jika tidak dapat sampai melalui saluran biasa.

Ramai yang tidak menghiraukan kebolehan pembekalan produk akhirnya gulung tikar dan menyalahkan pembekal, sedangkan mereka sendiri yang tidak membuat sebarang kajian terhadapnya, main terjah sahaja.

Kredibiliti & Kekuatan Pengeluar

Keyakinan terhadap pengeluar atau pembekal produk yang akan kita niagakan adalah sangat penting untuk rasai secara zahir.

Janganlah bila sudah tutup bisnes baru nak salahkan pengeluar,

“aku dah rasa dah, dari dulu lagi aku tengok supplier ni macam tak meyakinkan jer, tapi saje aku nak try.”

Cuba semak syarikat pengeluar atau pembekal yang bakal anda berurusan dengannya. Adakah diurus secara sistematik, mempunyai kekuatan pada kakitangan, carta organisasi yang teratur, prinsip dan piagam pelanggan yang jelas, dan sebagainya.

Jangan malas dan jangan mudah percaya apa yang anda tak lihat sendiri. Pastikan ada benar-benar semak!

Mengapa Saya Memilih Shaklee?

Dengan 5 faktor di atas, saya memilih Shaklee.

Dengan azam untuk memiliki bisnes sendiri, saya memilih Shaklee melalui justifikasi berikut:

  1. Menepati syariat – dengan perakuan sijil halal yang sahih dan berkala, tiada lagi persoalan sebaik sahaja saya memahami bagaimana pengurusan pengesahan halal itu dijalankan.
  2. Modal permulaan – saya tak perlu buka kedai, saya tak perlu buat pinjaman, saya tak perlu berhutang dengan saudara mara, saya tak perlu mencari pekerja, malah saya tak perlu tinggal kerja asal.
  3. Kos & keperluan operasi – saya tak perlu bayar sewa kedai tiap-tiap bulan, saya tak perlu upah pekerja yang dibayar gaji bulan, malah tiada istilah tunggakan pinjaman dan bil utiliti (TNB, TM, SATU) kedai.
  4. Kualiti & bekalan produk – bab kualiti insya-Allah saya 100% yakin, dengan ujian beratus ribu kali di samping jaminan tukaran produk bermasalah (jika ada).
    Bab bekalan juga tak pernah saya risau terputus, kerana walaupun ada & pernah berlaku isu stok licin, namun recoverynya cepat. Juga belum pernah ada yang terputus terus, melainkan memang diputuskan untuk hentikan produksi, dengan notifikasi awal.
    Jika dibandingkan dengan syarikat bumiputera tempatan (maaf cakap) memang banyak jauh lebih menyedihkan sehingga kadang-kadang sampai terpaksa berfikiran negatif menyalahkan syarikat pengeluar.
  5. Kredibiliti & kekuatan pengeluar – kredibiliti Shaklee adalah dengan kecemerlangan perniagaan & kualiti produk yang benar-benar konsisten selama lebih setengah abad – sangat sukar untuk ditandingi mana-mana syarikat.
    Pelbagai kaedah digunakan untuk menjatuhkan syarikat Shaklee. Tetapi dengan kekuatan syarikatnya yang bersih, jatuh bangun syarikat Shaklee adalah kejatuhan di peringkat atas, bukan jatuh merudum ke bawah.

Sebenarnya banyak ‘peluang’ lain yang datang dalam hidup saya. Bahkan peluang-peluang ini datang dan pergi tanpa pernah surut, setiap hari sehingga ke hari ini.

Tetapi selepas bersama Shaklee, baru saya tahu betapa rapuh sebenarnya peluang lain itu. Kadang-kadang lebih kepada “too good to be true.”

Kepada pembaca, kajilah dengan adil, anda akan dapat jawapannya. Insya-Allah anda akan bersetuju dengan pendapat saya.

Komentar Anda Dialu-Alukan

Ringan-ringankanlah jari anda untuk berdiskusi tentang tips memilih bisnes ini melalui saluran komen di bawah.

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan, konsultasi & khidmat nasihat PERCUMA berkenaan tips memilih bisnes.

Akhir kata, jangan ketinggalan tips sihat untuk beramal! Langgan Soleh.Net terus ke email anda, ianya PERCUMA! Klik sini.

Ahmad Imam Bin Khalid
014.818.6582
Shaklee Independent Distributor
www.facebook.com/mamabasicsupplement

Komentar

comments

Published by

ImamKhalid

Seorang bapa kepada 3 cahaya mata yang comel & manja. Pendiam tetapi penyayang. Gemar menulis perisian aplikasi web & sukakan sukan adrinalin. Connect with ImamKhalid on Facebook, Google+, Twitter and YouTube.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *