Tiada Selera Makan? Warga Emas Juga Perlukan Meal Shakes

Minggu lepas saya balik kampung, saya dikhabarkan kedua-dua Tokwan (nenek) saya tiada selera makan.

Inilah Tokwan sebelah mak yang tiada selera makan.
Inilah Tokwan sebelah mak yang tiada selera makan.

Tokwan sebelah mak saya berusia dalam lingkungan 90-an, kurus jer orangnya. Beliau tiada apa-apa penyakit, cuma letih.

Mungkin disebabkan oleh keadaan cuaca yang sangat panas sekarang menjadikan beliau tiada selera makan.

Tokwan sebelah ayah pula (berusia dalam lingkungan 70-an) terjatuh baru-baru ini akibat terlampau pening kepala akibat darah tingginya itu.

Kesian sangat, asyik baring jer, makan pun tidak sebab tiada selera makan. 🙁

Meal Shakes ‘Ubat’ Tiada Selera Makan

Memandangkan keadaan kedua-dua Tokwan saya tiada selera makan, maka saya berikan mereka Meal Shakes daripada Shaklee.

Satu canister Meal Shakes 544 gram itu saya bahagikan kepada dua. Sebahagian untuk Tokwan sebelah mak dan sebahagian lagi untuk Tokwan sebelah ayah.

Meal Shakes - French Vanilla 544 Gram RM113.75.
Meal Shakes – French Vanilla 544 Gram RM113.75.

Semasa saya berada di kampung, saya sempat bancuhkan sesudu besar Meal Shakes untuk Tokwan. Saya bancuh dalam cawan jer sebab bimbang kalau-kalau Tokwan tak nak minum.

Biasanya Meal Shakes ni kita goncang guna Shaker untuk rasa yang lebih enak dan sebati.

Biasalah orang tua ni, bila sebut tak nak… janganlah dipaksa-paksa lagi. Hehe… Mula-mula tu, dia tak nak. Setelah dipujuk, barulah dia minum. “Sedapppp….” katanya. Alhamdulillah Tokwan suka.

Sama kisahnya dengan Tokwan sebelah ayah. Saya tidak berkesempatan membancuh Meal Shakes untuknya tetapi saya mendapat khabar daripada mak, Tokwan saya dah berselera semula selepas minum Meal Shakes.

Alhamdulillah saya doakan Tokwan cepat sembuh dan rajin minum Meal Shakes.

Meal Shakes adalah pilihan yang terbaik untuk diberikan kepada warga emas yang tiada selera makan kerana ia membantu mempertingkatkan selera makan.

Selain itu juga dapat memberi tenaga, mengatasi masalah sembelit, mencantikkan kulit, rambut dan kuku.

Meal Shakes sesuai diamalkan setiap hari pada waktu pagi sebagai sarapan pagi dan sebelum tidur.

Insya-Allah orang tua anda juga akan menggemarinya kerana ia lazat berperisa vanilla, tiada rasa maung atau bau-bau yang tidak menyelerakan.

Selain dari warga emas siapakah lagi yang sesuai mengamalkan Meal Shakes ini?

  1. Kanak-kanak 1 tahun ke atas
  2. Pelajar – untuk fokus di dalam kelas
  3. Mereka yang terlalu kurus  sebagai usaha menaikkan berat badan
  4. Ibu mengandung
  5. Ibu menyusu
  6. Mereka yang sering tidak sempat bersarapan pagi

Kesimpulannya, Meal Shakes ini sesuai diamalkan oleh semua golongan.

Ada Sebarang Kemusykilan?

Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan, ringan-ringankanlah jari untuk berdiskusi melalui ruangan komen Facebook di bawah ini, semoga menjadi manfaat kepada pembaca lain.

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan, konsultasi & khidmat nasihat PERCUMA!

Akhir kata, jangan ketinggalan tips sihat untuk beramal! Langgan Soleh.Net terus ke email anda, ianya PERCUMA! Klik sini.

Anda juga boleh follow terus melalui NetworkedBlogs!

Habiah binti Abd Kadir
014.810.7259
Shaklee Independent Distributor
www.facebook.com/mamabasicsupplement

Komentar

comments

Published by

Habiah

Ibu kepada 3 orang cahaya mata yang comel & manja. Proaktif, berintegriti & lantang bersuara. Cintakan kesihatan semulajadi. Suka menghabiskan masa bersama keluarga. Connect with Habiah on Facebook and Google+.

One thought on “Tiada Selera Makan? Warga Emas Juga Perlukan Meal Shakes”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *