Atasi Sakit Belakang dan Pinggang Selepas Bersalin

Ramai di kalangan wanita yang telah mempunyai anak mengalami masalah sakit belakang dan pinggang selepas bersalin, samada yang bersalin normal atau secara pembedahan.

Ada juga yang berpendapat ia berpunca daripada suntikan epidural. Tetapi saya tidak pernah mengambil suntikan epidural semasa proses bersalin atau apa-apa suntikan lain yang bertindak untuk mempercepatkan proses kelahiran.

Namun begitu, saya turut mengalami masalah ini. Semasa bersalin anak pertama dan kedua, saya sering mengalami sakit belakang dan pinggang.

Ia berlarutan dalam tempoh yang lama sehingga menyebabkan saya terpaksa alas belakang tempat duduk saya dengan bantal, baik di kerusi di tempat kerja ataupun di dalam kereta.

6 Tips Atasi Sakit Belakang

Namun begitu, selepas bersalin anak ketiga, saya tidak lagi mengalami masalah sakit belakang dan pinggang kerana mengamalkan beberapa tips. Antaranya ialah :

1. Pastikan kedudukan semasa menyusu selesa. Kebiasaannya ibu mengalami sakit belakang dan pinggang disebabkan posisi menyusu yang tidak selesa iaitu berada dalam satu posisi sahaja.

2. Alas bayi dengan bantal menyusu sekiranya ibu menyusu dalam keadaan duduk. Pastikan ibu tidak membongkokkan tubuhnya semasa menyusu, yang mengakibatkan sakit belakang dan pinggang.

3. Lakukan urutan lembut di belakang dan pinggang. Kalau boleh, dapatkan khidmat tukang urut profesional untuk elak tersalah urut, yang boleh mengakibatkan bertambah sakit.

4. Semasa mengambil barang dari lantai, amalkan membengkokkan lutut, dengan keadaan belakang tegak dan tidak menunduk atau membongkok.  Ramai yang sakit belakang dan pinggang disebabkan cara posisi mengambil barang dalam keadaan yang salah.

5. Dapatkan khidmat terapi profesional untuk melegakan sakit belakang dan pinggang, di samping senaman sendiri untuk menguatkan otot belakang dan pinggang.

6. Mengamalkan set bersalin Shaklee yang terdiri daripada B-kompleks, vitamin C, multi vitamin, zink, kalsium dan protein.

Suplemen ini sangat membantu saya dalam memberikan kesihatan yang baik selepas bersalin.

Sedikit perkongsian tentang Shaklee: Jenama ini telah berada di dalam hati saya sejak sekian lama kerana sifatnya yang 100% semulajadi, 100% selamat dan 100% berkesan.

Sifat pada produknya belum dapat ditandingi kerana ia sama seperti khasiat tumbuhan di hutan yang langsung tidak diubahsuai sifat genetiknya!

Kalsium Penawar Sakit Belakang

Ostematrix sebagai sumber kalsium harian anda yang 100% semulajadi.

Pengambilan kalsium yang konsisten dapat membantu saya mengatasi masalah sakit belakang dan pinggang. Ia juga dapat mengelak terjadinya simpul biawak (krem) atau kekejangan otot.

Di samping itu juga ia membantu melancarkan pengaliran susu dan melawaskan pembuangan najis setiap pagi. 🙂

Kalsium ini juga membantu saya tidur dengan lena sepanjang malam. Walaupun anak bangun malam untuk menyusu, saya tidak mengalami sakit belakang atau pinggang seperti kelahiran sebelum ini.

Bonus Set Bersalin Shaklee

Dengan pengambilan set bersalin Shaklee yang konsisten, saya telah pun mendapat berat badan ideal tanpa perlu melalui sebarang proses diet mahupun rawatan pelansingan. Malah saya tak perlu memakai sebarang girdle atau bengkung!

Setahun selepas 'berisi' selepas bersalin.

Dengan nutrien yang cukup dalam set tersebut, bangun pagi saya setiap hari juga mudah dan rasa sangat segar tanpa ada rasa sakit telapak kaki atau mana-mana bahagian tubuh badan lain.

Oleh itu, saya amat mengesyorkan ibu-ibu yang mengalami masalah sakit belakang dan pinggang ini mengamalkan set bersalin Shaklee.

Ia bukan sahaja sesuai untuk dalam pantang, tetapi juga elok diamalkan sepanjang hayat seseorang wanita itu sepertimana yang dinyatakan oleh seorang pakar sakit puan, Dr Hamid Arshat:

Sakit belakang selepas bersalin - kalsium main peranan sangat penting!

Semoga perkongsian di atas dapat memberi sedikit sebanyak manfaat kepada ibu-ibu yang mengalami masalah sakit belakang selepas bersalin.

Berminat Menjadi Pengedar?

Dengan kualiti produk yang terjamin, saya sangat memerlukan pengedar untuk memenuhi keperluan di setiap pelusuk negeri, termasuk negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Brunei.

Hubungi saya jika berminat menjadi pengedar, kehadiran anda amat dialu-alukan!

Share Itu Prihatin

Sila share artikel ini di media sosial, mungkin ada di antara kenalan anda yang memerlukan. Yakinlah, setiap satu manfaat yang dikongsi, ada balasannya bagi kita.

Bagi yang nak buat pesanan, nak buat pindahan segera Maybank2u pun boleh. Sila klik logo Maybank2u Pay di bawah dan masukkan amaun bayaran sepertimana yang dipaparkan.

Untuk bayaran manual, boleh dibuat ke mana-mana akaun berikut (klik logo Maybank2u Pay untuk pindahan segera):

  • Maybank 1530-1016-0950 (Habiah Abd Kadir)
  • CIMB 7048-944-353 (Ahmad Imam Khalid)

SMS/WhatsApp maklumat bayaran (bank, amaun, masa, tarikh) & maklumat penghantaran (nama, alamat, no telefon) ke 014.810.7259!

Jom Langgan / Follow Soleh.Net

Akhir kata, jangan ketinggalan tips sihat untuk beramal! Langgan Soleh.Net terus ke email anda, ianya PERCUMA! Klik sini.

Anda juga boleh follow terus melalui NetworkedBlogs!

Habiah binti Abd Kadir
014.810.7259 (call/SMS/WhatsApp/Viber/WeChat)
Shaklee Independent Distributor
www.facebook.com/mamabasicsupplement

Komentar

comments

Published by

Habiah

Ibu kepada 3 orang cahaya mata yang comel & manja. Proaktif, berintegriti & lantang bersuara. Cintakan kesihatan semulajadi. Suka menghabiskan masa bersama keluarga. Connect with Habiah on Facebook and Google+.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *