Hari Arafah: Ruginya Tak Rebut Fadhilat Berpuasa

Hari wuquf di Arafah atau hari arafah ialah pada 9 Zulhijjah setiap tahun mengikut kalendar Islam, iaitu satu hari sebelum kita merayakan hari Aidil Adha pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

Wuquf di arafah adalah satu perhimpunan agung umat Islam yang terbesar setiap tahun. Maka bersempena perhimpunan tersebut umat Islam seluruh dunia dianjurkan untuk berpuasa sunat dengan fadhilat yang cukup besar.

Hari Arafah

Fadhilat Berpuasa Hari Arafah

Fadhilat berpuasa pada hari arafah ada diriwayatkan oleh banyak perawi hadis, iaitu Allah s.w.t menghapuskan dosa orang yang berpuasa pada hari arafah selama 2 tahun, iaitu setahun sebelum dan setahun selepas.

Niat berpuasa sunat hari Arafah:

“Sahaja aku berpuasa sunat hari arafah esok hari kerana Allah taala.”

Seperti biasa, niat tak perlu lafaz. Apabila anda sedar sahaja bahawa anda berpuasa sunat arafah esok kerana Allah maka anda sudah pun berniat.

Kemusykilan Hari Arafah Jatuh Bila

Sering terdengar kemusykilan tentang bila sebenarnya hari arafah.

Bagi yang berada di Arab Saudi dan negara sekitarnya mungkin tidak menimbulkan masalah, kerana tarikh berwuquf di Arafah itulah tarikh mereka berpuasa.

Di Malaysia, kemusykilannya begini:

Jika ikut kalendar Islam, 9 Zuhijjah 1435 jatuh pada hari Sabtu 4 Oktober 2014. Akan tetapi pada tarikh tersebut di Mekah sudah pun terlepas waktu wuquf di Arafah dan mereka akan beraya siang nanti.

Maka ada yang berpendapat kita berpuasa hari arafah bukan kerana 9 Zulhijjah tetapi kerana wuquf di Arafah. Oleh itu dalam pendapat ini mengatakan puasa jatuh pada hari Jumaat 3 Oktober 2014.

Apa Kata Pakar Haji & Ustaz di Malaysia?

Jika mengikut kata pakar haji dan ustaz-ustaz di Malaysia, hampir keseluruhannya mengambil kira faktor umum seperti tarikh hari raya setiap tahun, iaitu mengikut pemerintah.

Meskipun negara lain sudah pun menyambut hari raya, jika pemerintah negara kita mengistiharkan keesokan harinya, maka tarikh tersebutlah yang wajib diikuti.

Akan tetapi dalam hal puasa, puasa itu ditunaikan secara individu bukannya secara umum. Dalam hal ini cuba lihat semula kronologi berikut:

Wuquf di Arafah: 9 Zulhijjah
Puasa Arafah sempena: Hari Wuquf
Esoknya raya: 10 Zulhijjah
10 Zulhijjah: Bermula haram berpuasa sehingga 13 Zulhijjah

Jika kita berpuasa pada hari Jumaat 3 Oktober 2014 sebagai puasa hari arafah, pada 4 Oktober 2014 esoknya dikira sebagai hari apa? Sedangkan pemerintah telah menetapkan raya jatuh 5 Oktober 2014.

Jadi Bila Sebenarnya Hari Arafah?

Kesimpulannya, majoriti telah meletakkan 4 Oktober 2014 sebagai hari Arafah iaitu Sabtu ini. Juga boleh rujuk penjelasan JAKIM 30 September 2014 lalu yang lebih terperinci berkenaan kemusykilan ini.

Jika terasa ralat atau kemusykilan masih belum terjawab, seeloknya berpuasa sunat pada 3 & 4 Oktober 2014 (Jumaat & Sabtu).

Atau untuk lebih baik lagi, berpuasa sunat bermula hari Khamis, kemudian sambung pada hari Jumaat dan Sabtu.

Tetapi yang paling baik ialah berpuasa sunat setiap hari bermula 1 Zulhijjah sehingga 9 Zulhijjah setiap tahun, kerana ganjarannya sangat besar di sisi Allah s.w.t!

Tips Kekal Bertenaga Sepanjang Berpuasa

Seperti dalam bulan Ramadhan, berpuasa setiap hari tidak menjadi satu keletihan sepanjang mengamalkan ESP & PD.

ESP 850g & PD 539g --> KLIK UNTUK BELI ONLINE
ESP 850g RM150 + PD 539g RM82.50 = RM232.50 –> KLIK SINI UNTUK BELI ONLINE

Biasanya saya bancuh 1 scoop ESP bersama 1 scoop PD semasa bersahur untuk kekalkan tenaga sampai ke Maghrib.

Semoga perkongsian di atas dapat memberi sedikit sebanyak manfaat kepada yang ingin merebut fadhilat berpuasa hari arafah.

Share Itu Prihatin

Sila share artikel ini di media sosial, mungkin ada di antara kenalan anda yang memerlukan. Yakinlah, setiap satu manfaat yang dikongsi, ada balasannya bagi kita.

Bagi yang nak buat pesanan, nak buat pindahan segera Maybank2u pun boleh. Sila klik logo Maybank2u Pay di bawah dan masukkan amaun bayaran sepertimana yang dipaparkan.

Untuk bayaran manual, boleh dibuat ke mana-mana akaun berikut (klik logo Maybank2u Pay untuk pindahan segera):

  • Maybank 1530-1016-0950 (Habiah Abd Kadir)
  • CIMB 7048-944-353 (Ahmad Imam Khalid)

SMS/WhatsApp maklumat bayaran (bank, amaun, masa, tarikh) & maklumat penghantaran (nama, alamat, no telefon) ke 014.810.7259!

** Daftar ahli untuk mendapat lebih penjimatan setiap pembelian produk Shaklee selepas ini. Rujuk artikel Cara Menjadi Ahli Shaklee untuk keterangan lanjut!

Jom Langgan / Follow Soleh.Net

Akhir kata, jangan ketinggalan tips sihat untuk beramal! Langgan Soleh.Net terus ke email anda, ianya PERCUMA! Klik sini.

Anda juga boleh follow terus melalui NetworkedBlogs!

Ahmad Imam Bin Khalid
014.818.6582 (call/SMS/WhatsApp)
Shaklee Independent Distributor
www.facebook.com/mamabasicsupplement

Komentar

comments

Published by

ImamKhalid

Seorang bapa kepada 3 cahaya mata yang comel & manja. Pendiam tetapi penyayang. Gemar menulis perisian aplikasi web & sukakan sukan adrinalin. Connect with ImamKhalid on Facebook, Google+, Twitter and YouTube.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *