Soleh.Net

Menjana Keperibadian Soleh

Pertama kali? Lihat latar belakang.

Arkib kategori ‘Hukum Hakam Ibadah’

Al-fatihah - mustaqim atau mustakim?

Sempena hari nuzul quran yang mulia ini, izinkan daku membicarakan isu ummul kitab, yang kini semakin tidak diendahkan oleh masyarakat Melayu.

Apakah hukum menyertai “Lucky Draw”?

“Lucky Draw” atau dalam bahasa Melayunya “cabutan bertuah” adalah sesuatu yang tidak asing bukan sahaja bagi rakyat Malaysia, malah seluruh dunia.
Setiap hari di mana-mana saluran media massa seperti TV, radio, Internet, akhbar, dan sebagainya, kita sering dihidangkan dengan pelbagai jenis pertandingan yang menggunakan cabutan bertuah sebagai mekanisma.
Pertandingan seperti ini biasanya amat mudah untuk disertai, [...]

Hukum Najis & Perut Ikan (Termasuk Ikan Bilis)

Dari banyak-banyak isu dalam dunia ni yang besar-besar, isu begini juga yang menjadi kegemaran umat Islam hari ini. Wallahu ‘alam. Pada mulanya saya tidak berminat menjawab, tetapi kerana ramai pula yang menjadi keliru kerana pelbagai ‘fatwa’ dibuat oleh orang awam. Maka saya luangkan beberapa minit menjawabnya.
Islam berada di antara suatu faham kebebasan soal makanan dan [...]

Bagaimana Mendorong Khusyuk Dalam Sembahyang?

Terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk mendapat khusyuk dalam sembahyang. Melakukan sujud tilawah juga merupakan salah satu di antaranya.
Untuk mendapatkan khusyuk dalam sembahyang, terutamanya hendaklah kita berdoa memohon restu kepada Allah ‘azza wajalla supaya Dia mengurniakan kepada kita khusyuk, taufik hidayah dan ‘inayahnya dalam mengerjakan ibadah sembahyang, di samping kita melaksanakan usaha-usaha dan langkah-langkah [...]

Sujud Tilawah

Ramai yang tidak mengetahui cara-cara yang betul untuk membuat sujud tilawah. Sujud tilawah terdiri daripada beberapa perkara yang mesti diketahui, termasuklah istilah, syarat, rukun, dan perkara sunat. Mari kita ulas satu persatu tentang perkara-perkara tersebut.
Istilah:
Sujud tilawah adalah sujud yang dilakukan di luar sembahyang apabila kita berjumpa dengan ayat-ayat sajdah, sama ada dibaca oleh diri [...]