Cuti Sekolah Tanpa TV, Manfaatkan Masa Sebaiknya!

Ada seorang bapa di kalangan rakan tidak seperjuangan suamiku, pernah announce dengan penuh rasa kebapaan di dalam satu WhatsApp group:

“Siapa tahu kat mana ada jual TV murah-murah? Kesian sangat aku tengok anak-anak aku ni, TV rosak, cuti sekolah tak dapat tengok TV..”

Subhanallah, detik hatiku.. Allah s.w.t sedang memberikan nikmat, tapi dia tolak jauh-jauh. Ya Allah, bukakanlah pintu hatinya dan hati kami. Continue reading Cuti Sekolah Tanpa TV, Manfaatkan Masa Sebaiknya!

Bayi Kembung Perut: Bersedia Hadapi Ulangan Setiap Kelahiran

Bila diingat-ingat semula, ada sesetengah pengalaman buatkan saya rasa fobia jer nak ada bayi. Macam baru semalam rasa tak cukup tidur, penat berjaga malam, tak sempat urus diri dalam pantang sebab bayi asyik menangis tak kira siang malam.

Mengangis malam yang disebabkan bayi kembung perut atau bahasa saintifiknya ‘colic’ boleh menyebabkan punch card si bapa menjadi merah kerana bapa tidak dapat nak bangun pagi untuk pergi kerja.

punch-card-lewat

Hehehe…..  Itulah yang pernah terjadi pada suami saya semasa kelahiran anak pertama dan kedua dahulu. 🙁

Anak pertama dulu waktu bayi kembung perut bermula selepas jam 12 tengah malam. Cukup memenatkan!

Anak kedua pula, waktu bayi kembung perut tiada mula dan tiada akhir, siang malam tak henti! Arghhhhh… Continue reading Bayi Kembung Perut: Bersedia Hadapi Ulangan Setiap Kelahiran

Seronoknya Anak-Anak Bersama Papa di Gambang Water Park!

18 April 2014 lepas kami sekeluarga ke Gambang Water Park, Pahang kerana saya menghadiri seminar ‘Bangkit Niaga’ anjuran Richworks Sdn Bhd.

Ini kali pertama saya menghadiri seminar Dr Azizan Osman. Sebelum ni dengar nama jer, kali ini Alhamdulillah saya berpeluang menghadiri seminar anjurannya bersama cucu Shaklee saya kak Suhaida Sulong.

Kami bermalam di homestay berhampiran yang amat berpatutan harganya, RM130 sahaja semalaman. Waktu check-in jam 8 malam dan check-out jam 6 petang yang ditetapkan sangat menyelesakan aktiviti saya sekeluarga. Continue reading Seronoknya Anak-Anak Bersama Papa di Gambang Water Park!

Cara Turunkan Suhu Badan Anak Ketika Demam

Amna & Atiqah.
Amna & Atiqah.

Minggu lepas Amna & Atiqah demam. Bermula suhu badan anak kecil meningkat, maka bermulalah episod merengek, menangis, semuanya serba tak kena.

Yang jadi mangsa keadaan melayan karenah Amna dan Atiqah ialah kakak sulungnya Ain Nasuha. Sekejap-sekejap mama panggil minta tolong dukung Atiqah. Sekejap-sekejap Amna pula memanggil meminta buatkan susu untuknya. Pendek kata, kena bulilah kakaknya waktu itu. Kesian kakak. 🙂 Continue reading Cara Turunkan Suhu Badan Anak Ketika Demam

Graf Tumbesaran Bayi Susu Ibu Eksklusif Tidak Memuaskan?

Graf Tumbesaran Bayi
Graf Tumbesaran Bayi

Bayi yang disusui secara eksklusif tidak sama dengan bayi yang membesar dengan susu formula.

Ibu tidak semestinya mengikut graf tumbesaran bayi yang disediakan oleh klinik-klinik kesihatan biasa. Graf klinik lebih cenderung kepada tumbesaran bayi susu formula yang normal.  Continue reading Graf Tumbesaran Bayi Susu Ibu Eksklusif Tidak Memuaskan?