Soleh.Net

Menjana Keperibadian Soleh

Pertama kali? Lihat latar belakang.

Latar Belakang

oleh ImamKhalid

Perkataan “Soleh” boleh diertikan sebagai sifat yang menunjukkan nilai-nilai murni, mulia, baik, dan berpegangan serta bermaruah.

Apa itu Soleh.Net?
Soleh.Net adalah sebuah blog yang mempunyai matlamat soleh yang satu, iaitu menjana keperibadian soleh, baik di kalangan pembaca mahupun penulis itu sendiri.

Pemilik Soleh.Net mempunyai objektif yang tersendiri, iaitu menjadi sumber rujukan ke arah kehidupan umat yang soleh di atas bumi Allah yang fana ini.

Pentadbir Soleh.Net pula mempunyai misi yang mendalam, iaitu untuk membentuk dirinya menjadi seorang umat Islam soleh yang sejati.

Penyunting Soleh.Net bagaimanapun mempunyai visi yang bermakna, iaitu untuk membentuk seluruh pembacanya agar sentiasa berusaha ke arah umat soleh yang juga sejati.

Dalam blog Soleh.Net, penulis akan menerokai segenap aspek dalam kaca mata kehidupan umat Islam di Malaysia yang realiti, dalam pelbagai bidang, termasuklah cara hidup, sejarah, politik, aqidah, fekah, tauhid, dan tasawuf.

Fantasi dan angan-angan tidak pernah termasuk dalam senarai paparan Soleh.Net. Blog ini amat mementingkan keperibadian mulia dalam setiap sudut penulisan yang dipaparkan.

Kadangkala diselit juga sedikit penglipur lara serta lawak jenaka yang menghibur hati. Tujuannya tidak lain tidak bukan, bermotifkan hiburan sementara semata-mata, sebagai penyegar minda.

Terdapat juga kata-kata dalam blog ini yang diambil dari sumber lain, yang mana bertujuan untuk dikongsi bersama.

Siapa yang bertanggungjawab terhadap Soleh.Net?
Blog ini ditadbir, disusun, disunting dan dimiliki sepenuhnya oleh ImamKhalid. ‘Karier’ ini bermula sejak bulan Mei 2007.

ImamKhalid merupakan seorang ‘simple-guy‘, suka berfikir, minat mencuba, berfikiran positif, tidak mudah patah semangat, pendiam yang berkeyakinan, serta seorang yang penyayang.

Beliau gemar mencuba dan menceburi peluang-peluang yang melibatkan komputer dan internet.

Beliau sering mencurah pemikiran dan isi hatinya melalui penulisan di Soleh.Net. Dengan gayanya yang tersendiri, beliau sentiasa memandang ke hadapan, di samping melihat ke belakang sekali sekala sebagai peringatan.

Beliau tidak pernah berasa kekok dengan cabaran, halangan dan dugaan yang dihadapi sepanjang penglibatan beliau dalam blog ini.

Akhir kata, ImamKhalid sentiasa mengalu-alukan kedatangan anda setiap masa dan ketika.

Sebarang cadangan, pertanyaan, atau kemusykilan, sila hubungi ImamKhalid atau tulis terus ke email imamkhalid@soleh.net.

Selamat Membaca!

P/s: Jangan ketinggalan membaca Soleh.Net setiap hari. Langgan RSS penuh melalui RSS Feed. Anda juga boleh langgan terus ke inbox email anda.