Luahan Hati Lelaki yang Dibenarkan Kawin Lagi

Pengakuan: Saya sendiri sebagai lelaki rasa tercabar apabila isteri saya sering mewar-warkan kepada saya bahawa umur saya dah melewati 40 tahun. Life start at 40. ‘Kalau U rasa U nak pasang lagi satu, I izinkan’. Bila berangan tentang nak kahwin lain ni memanglah seronok. Tersengih sengih aje lah I at that time.

‘Dunia ni dah terbalik gamaknya, kawan kawan aku siap pegi Siam nu nak nikoh lagi satu, ni siap suruh lagi.tak tahulah kalau isteri saya tu main reverse psikologi dengan saya.

Bila mengenangkan awak dah 40. Let say kalau I kahwin dengan anak dara. Memang lah seronok beb. Seronok benda yang kat dalam seluar tu aje lah.Tentang makan minum, pakai I, rasa nya I tentu asyik teringatkan my first wife. Tak perlu nak ajar, I suka makan apa, cam mana cara nak masaknya, baju I kena gosok cam gini, kalau I bangun tidur I suka kalau my wife dah siap mandi dan segala gala nya lah. Rasa rasa dapat ke isteri muda I buat gitu. Tentu dia banyak ragam. Ye lah dia muda, I dah tua. Mesti dia kata I ni mengada ngada. Lebih haru lagi, tentu anak anak I akan memberontak sakan. Yelah sekarang ni kan banyak kes bapak kahwin lain, anak anak lebih tertekan.

Disebabkan masyarakat kita ni mmandang serong pada keluarga yang bapak mereka kahwin lebih dari satu. Diorang tentu dah tak rapat dengan I. Kalau I ada anak dengan isteri baru, tentu kecik sangat lagi di masa I dah tua dan memerlukan perhatian dari anak anak.

Sedangkan rumah isteri muda tengah hiruk pikuk dengan anak anak kecil (kan dah ada experience dengan isteri pertama -bagaimana kelam kabut! nya dia menguruskan anak-anak)sedangkan di rumah isteri tua, anak anak sedang seronok bergurau senda bersama ibunya membincangkan topik-topik terkini dan juga kehidupan mereka.

Tak boleh jadik nih. Banyak benda yang kena repeat. Mula mula kawin tentu seronok.Paling lama setahun. Bila dah ada anak,tanggungjawab baru bermula semula sebagaimana dengan isteri pertama. Tapi masa tu kita dah tak larat nak basuh berak anak, nak pegi shopping beli baju anak anak. Silap haribulan orang kata tengah pilih baju cucu. Eii tak sanggup pula.Balik rumah mertua pula, teringatkan masa akad nikah dulu, beria ria kita nak kan anak dia. Lepas tu kita kawin lagi satu. Tentu muka nih tak tahu nak letak kat mana. Orang tua tak kan nak straight to the point. Tanya itu ini.

Kalau dia nak bercakap tentang tu cukup dengan jelingan dan kerlingan mata,buat kita dah tak senang duduk. Tak kan raya asyik balik umah mak mertua baru aje.

Hish banyak lah lagi. Bagi korang yang suka berbincang pasal benda yang indah indah nih sila kanlah. Tapi bagi saya selagi hayat dikandung badan, selagi tu lah saya tak nak tambah. Tak nak lah mendabik dada. Cakap besar.

Tapi sekadar menurutkan nafsu dan benda dalam seluar tu saya rasa tak pernah kurang pun layanan isteri terhadap saya. Keluarga ni, kita bina keluarga bahagia yang di depan mata. Bukannya yang di dalam kepala. Hadapi hari esok yang tentu dengan keluarga yang banyak mengharungi susah senang dari mula.

Pengorbanan isteri (walaupun kadang kala dia pernah merungut salah kita juga, cuai dan mengabaikannya). Apa apa pun semuanya bermula dengan kita. Insaflah. Kalau nak ikut nabi, rasa rasanya solat subuh pun kita terlepas kalau isteri tu tak kejutkan. Tak payah lah yang lain lain. Kang ada yang nangis bila saya sebutkan.

Cukuplah. Sesungguhnya amat bertuahlah suami-suami yang mempunyai isteri yang menyuarakan pendapat di ruangan ni. Membuktikan mereka sayang, kasih dan cinta pada kalian. Apa sangatlah kita nih. Macam nabi konon. ye ke? Bab kawin kawin aje nih cam nabi. Cuba bab menegakkan agama Islam,masih lagi terkial kial.

Komentar

comments

Published by

admin

Seorang bapa kepada 5 cahaya mata yang comel & manja. Pendiam tetapi penyayang. Gemar menulis perisian aplikasi web & sukakan sukan adrinalin. Connect with ImamKhalid on Facebook, Google+, Twitter and YouTube.

12 thoughts on “Luahan Hati Lelaki yang Dibenarkan Kawin Lagi”

  1. Hahaha.. Apesal pulak nak kahwin umur 40? Memang dah tua sangat tu. Kalau tak gi urut, silap-silap paip bocor..

    Kalau terel sangat, mesti umur muda bini dah tak kesah kahwin lagi. Bukan badan kuat, otak cerdas.. Tapi Badan kuat, poket padat..

    ImamKhalid: Ko ni cuba promosi barang apa? Paip bocor laa, poket padat laa.

    Kalau paip bocor, panggil tukang paip. Kalau nak poket padat, suruh tukang jahit jahitkan poket ko guna kadbod.

    Tapi kalau nak jual produk, sertailah pengiklanan di Soleh.Net! 🙂

  2. salam, Alhamdulillah…kalau ada suami2 yg berfikir macam bro dalam artikel ni.kebanyakan sang suami ni tak sedar betapa beratnya tugas sebagai suami…ketua keluarga… .kerana kurangnya didikan agama… .kalau baru bini seorang tak dapat nak didik jangan la fikir nak kawin lagi… .asal nikah ikut sunnah…tapi amalan rasul tak dapat lak nak ikut jadi amalan.wallahualam

    ImamKhalid: Itulah lumrah alam. Nak seribu daya, taknak seribu dalih. Bila hati dah mahu, pandai jer bersuara dan berceramah, siap dengan hadis dan ayat Quran lagi. Bila kena part amalan seharian, takde pulak yang nak berceramah…

  3. 40 thn tak tua pun.. Apa salahnye nak kawin lagi 1. Kenapa nak fikir tentang penat?? Setahu saya orang yang mengeluh pasal penat tu hanya orang yang nak mati…

    1. Kawin lagi 1 tidak salah. Cuma persoalannya, adakah ia bersedia? 1001 macam isu, permasalahan, persoalan, suka duka dsb dalam berpoligami ni, tak semua orang mampu melaksanakan dengan baik.

      Oleh itu bertindaklah dengan wajar mengikut hakikat kemampuan diri, bukan mengikut apa yang difikirkan mampu.

    2. Assalamualaikum…

      Wahai e.izam…kl lah semua lelaki dalam dunia ni berfikiran sama seperti anda, saya tak tau apa akan jadi pada dunia ni..memanglah tak salah kawin lagi satu…tapi saya nasihatkan en.izam dan juga lelaki2 lain yang ego kat luar…cuba baca kisah para isteri Nabi…memang Nabi Muhamammad kawin ramai..tapi taukah anda semua, Nabi berkahwin setelah Siti Khadijah meninggal dunia…selepas itu,Nabi mengahwini isteri-isteri baginda disebabkan wahyu yang turun dari Allah….masalah lelaki-lelaki kat luar sana taknak baca dan mendalami dahulu kisah Nabi..yang anda tau, Nabi pun kawin ramai..tapi taukah anda kenapa Nabi kawin ramai..bukannya disebabkan nafsu seperti kebanyakan lelaki-lelaki sekarang..tetapi disebabkan wahyu yang dan arahan dari Allah S.W.T…dan untuk pengetahuan lelaki-lelaki luar di sana..semua para isteri Nabi adalah golongan janda yang berumur 40 ke atas kecuali Aishah yang dikahwini Nabi semasa Aishah masih kecil..selebihnya ada yang berumur 60, 70 lebih semasa Nabi kahwini mereka…Allah menyuruh Nabi kahwini perempuan-perempuan ini kerana untuk menjaga mereka…sanggupkah anda?mesti tidak bukan…jadi, tak usahlah bercerita tentang hak lelaki yangboleh kawin empat tapi tak tau kebenaran, tak cukup ilmu agama…

      1. Ini bukan soal ego.. Kalau kita tengok surat kabar or berita baru2
        ni kat terengganu, sorang pakcik tu umur mungkin 50an.. pendapatan lingkungan 1 ribu.. kenapa mahkahmah boleh membenarkan dia berkahwin 1 lagi?? Isteri keempat!!!!.. Ini semua atas berkat kuasa Allah dan Rasulullah.. Jodoh..
        Memang kita bukan Nabi.. Tapi Dia dah bagi kita garis panduan untuk
        kita melaksanakan tanggongjawab. Apa yang boleh saya kata, untuk lelaki yg berkahwin lebih dari sorang,kebanyakannya para isteri mereka menuntut yang lebih2. Sengaja memberi tekanan pada suami. Apa salahnya kalau isteri2 tersebut bekerja sama… jadi isteri solehah.. ni selalu mesti nak hentam lelaki.. Macamana baik pun seorang lelaki kalau selalu diberi masalah.. mesti pecah kepala..
        Lagi satu, perempuan ni ramai yang jenis mulut pecah tempayan..
        Di sebab kan tak tahan lah maka suami cari alternatif lain..
        Renung2 kan lah…

      2. Betul ke umur isteri Nabi 60 -70 tahun?? Tipu dosa tau… Tak penah
        dengor pun.. Jangan kelepet banyak sangat, nanti tido tak boleh pejam mata….

      3. Betul ke umur isteri Nabi 60-70 thn?? Tak penah dengor pun..Tak baik kelepet tau air- mineral. Nanti air yg di telan terasa pahit…
        Hehehe…

  4. Kalau dari segi kemampuan.. pernah ada satu kisah dizaman Rasulullah seorang bujang yang sangat miskin datang mengadu pada Nabi bahawa dia sangat susah, lalu Nabi menasihatkan dia agar berkahwin, dia menjawab sedangkan dia sendiri tak cukup makan, macamna nak tanggong isteri..Nabi tetap menyuruh dia kawin. Selepas kawin dia datang lagi berjumpa Nabi mengadu dia sangat susah, Nabi suruh dia kawin satu lagi…
    Dalam cerita Luahan Lelaki Yg di benarkan kawin lagi… rasanya dia seorang lelaki yang baik dan mampu untuk sama rata.. cuma dia tak sanggup memikul tanggungjawab… Kenapa dia tak cuba kawin lagi satu??? Mendirikan masjid satu suatu yang sangat bagus…

  5. Salam..buat para suami nilai pngorbanan is3 anda selama bertahun susah senang bersama.ape perasaan anda jika anda berada di tempat is3

  6. salam..komen ini lebih ditujukan pada diri sy sendiri…pada sy, isu dalam artikal ini terlalu meluas…meluas sangat2…lau nk bincang better jika dapat bincang bersua n berhadapan…lebih banyak ilmu3 dan pendapat3 yang dapat dilontarkan…isu ini adalah satu topik yg memang best untuk dibincangkan..sy ingin berkongsi satu tazkirah yang telah disampaikan oleh lecturer sy,iaitu…. “Jika seorang isteri tahu akan kelebihan dan juga fadilat berpoligami, dia akan menghunus parang dileher suaminya agar bernikah lagi seorang…dan jika seorang suami tahu akan tanggungjawab berpoligami itu amat berat dia tidak akan menikahi lagi seorang…” “Jika seorang wanita yang tidak suka berpoligami,dan menentang poligami, apabila dia berada dikawasan persekitaran yang berpoligami, si isteri akan turut ingin berpoligami, jika tidak si isteri tidak akan tahu apa itu poligami dan fadilat3nya…”..
    ilmu amat penting didalam isu ini…sy skang student IT yang berusia 21 tahun..walaupun sy belom berkahwin dan mengambil bidang IT yang tiada kaitan dengan isu ini tapi sy ingin mendalami jua bidang institut kekeluargaan islam (IKI), subjek bg dakwah dan pengurusan..menuntut ilmu itu adalah satu fardhu…yang mana jika kita tidak tahun kita perlu belajar..jadi kesimpulannya, setiap apa yang kita lakukan tu mestilah dimulakan dengan niat dan kerana Allah…hati manusia lain3 jadi sendiri mau ingat la kan…daripada Allah kita datang kepada Allah jua lah kita kembali…akhir kata maaf segala salah bicara…sy budak baru belajar..jika ada yang tersalah kata mohon diperbetulkan…dan minta dikongsi segala ilmu yang ada.. wallahu’alam..wassalam..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.