50 Langkah Menjadi Suami Mithali

Langkah Bestari Suami Mithali (Dato’ Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah)

Para isteri pun boleh baca

  1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.
  2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.
  3. Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.
  4. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.
  5. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari?
  6. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.
  7. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.
  8. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.
  9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.
  10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.
  11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan pasangan anda.
  12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.
  13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan Penampilan diri sendiri. Mana adil?
  14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan perigatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.
  15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.
  16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera.
  17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.
  18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.
  19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang membeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ?
  20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.
  21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.
  22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.
  23. Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.
  24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.
  25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.
  26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa.
  27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.
  28. Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.
  29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.
  30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja.Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.
  31. Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka,endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.
  32. Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.
  33. Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.
  34. Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga ?
  35. Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga. Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.
  36. Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlahilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.
  37. Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.
  38. Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.
  39. Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.
  40. Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum, lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.
  41. Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel untuk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.
  42. Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melalui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.
  43. Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yang isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.
  44. Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.
  45. Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, Pandangan dan pandapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama.
  46. Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.
  47. Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.
  48. Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.
  49. Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, Rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.
  50. Urus stress dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas, lakukan riadah, berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang.

Wallahu a’lam

Komentar

comments

Published by

admin

Seorang bapa kepada 5 cahaya mata yang comel & manja. Pendiam tetapi penyayang. Gemar menulis perisian aplikasi web & sukakan sukan adrinalin. Connect with ImamKhalid on Facebook, Google+, Twitter and YouTube.

27 thoughts on “50 Langkah Menjadi Suami Mithali”

  1. bagusnye artikel nie..setujuuu sgt.sesuai dibaca oleh semua lelaki yg ingin menjadi suami mithali……….;)

    ImamKhalid: Terima kasih! 🙂 Sesuai juga dibaca oleh semua wanita yang inginkan suami mithali… 🙂

    1. kalau suami ego dan merasakan dirinya terlalu berharga, tak akan dia baca artikel ini.Lelaki selalu memadang rendah pada perempuan yang berilmu lebih sikit dpd dia kerana terasa tercabar dan tercalar.Susah untuk mencari suami yang cemburu pada isteri atau saya mempunyai suami dayus yang tak pernah menunjukkan sikap cemburu atau dia tunggu isterinya berkepit dgn jantan lain, baru perasaan cemburu timbul….tapi dah terlambat……

  2. waa,,sejuk ht ble tgk suami bt kj rmh.bleh dok gyg kki,,hoho

    ImamKhalid: Ish mana aci macam tu. Sama2 lah mainkan peranan, baru betul. 🙂

  3. igtkn sng nk jd suami mithali,.. ia xsmdh yg d’sgkakn,.. ish3,… tp tekad 2 pntng,.. doa kpd Ilahi utk jd yg terbaik utk istri trcnta,..

    1. sy pn hrp suami sy akn brbah jd sperti yg sy hrpkn iaitu jd suami mithali…..tp hgga kini hnya kngan ja yg ada….

  4. bukan senang nak ubah manusia.bg saya..doa yang penting.suami saya baran nyer Tuhan ajer yang tahu. sy tahu dah terlambat tapi bg saya…kita ubah anak lelaki kita supaya tak menjadi macam mereka yang zalim.insya allah

  5. salam, tadi saya baca pdf buku suami idaman.pengarang kata jika isteri tak stabil,sekejap sayang sekejap benci itu tandanya akhlaq suami buruk.itu tanda pertama dalam bab menguji kasih sayang.kata beliau mustahil isteri jadi begitu jika isteri dilayan seperti adab islamiah.

    1. suami dikatakan nahkoda kapal. Dia menentukan hala tuju rumahtangga dan pembentuk rumahtangga. Isteri dari tulang rusuk yang bengkok… jadi suami le yang kena pandai uruskan isteri.. Suami saya terlalu merandah diri dan suka bercakap dengan menggunakan ayat sindiran. terasa kecil hati

  6. Mengalir airmata bila baca artikel ’50 Langkah menjadi Suami Mithali’ sebab jika suami saya dapat buat 50 langkah tersebut pasti saya isteri yang paling bahagia. Kadang-kadang teringin nak tingkatkan ibadat untuk mencapai tahap solehah tapi usaha jadi kurang sebab suami tak beri sokongan. Teringin nak redha semua perkara yang suami buat tapi hati tetap terluka, sedih dan hampa.

    1. susah nak cari suami mithali sekarang ni…kita rasa kita dah dapat yang terbaik, tapi bila dah hidup bersama kita dapat yang terbalik….saya pun harap sangat suami dapat buat 50 langkah tersebut…sedih xbanyak pun yang ada dkt suami saya…rasanya dah buat yang terbaik, dah jadi seperti yang suami nak tapi….masih ada jer yang kurang di mata dia…suami mintak saya jadi seorang isteri yang berbaloi di kahwini…aper yang dia nak sebenarnya…

  7. selamat hari ahad
    singgah sini jap….hehe….
    selamat berblogging….

    ____________________________________
    dapatkan panduan bina otot badan lelaki secara percuma disini….

  8. dalam byk2 ni, sy rasa hanya 10% shj yg ada pd suami sy…sy slalu b’usaha menilai diri n berubah.ttp suami sy xmnunjukn ciri nk berubah malah makin hari, makin buruk yg sy lihat sdgkn usia pkahwinan xsmpai setahun.suami selalu berbangga dengan ke’hensem’an diri n sering b’tanyakan hl tu, tp sy xblh hidup dgn rupa, nafkah tiada, nafsu dgn sy pun semakin pudar.dn usia p’kahwinan, sy boleh kira brp kali kami bergaul.jd, apa tujuan dia berkahwin dgn sy?sy xprnah mnuntut utk dibeli apa2 ttp knp kalo rokok dia bleh beli, nk bg sy RM10 sebulan pun xmampu?

  9. tak kira sama ada suami atau isteri kita kena berubah menjadi yang terbaik setiap hari tanpa mendapatkan balasan…sekiranya kita rasa kita baik dan harus di balas baik biarlah tuhan yang membalsanya…jagan mengahrapkan manusia..kerana setiap balsan yang diberikan oleh manusia mungkin mempunyai hasrat tentu…ingatlah jika kita mendapat suami yang baik itu adalah dugaan…jika kita mendapat suami yang tidak baik itu jugak dugaan..setiap dugaan mesti ada hikmahnya…hanya Allah swt yang maha mengetahuinya…

  10. Tak baik kaum pmpn memburuk-burukan suami,bgitulah sbliknya,bykkan brdoa kpd Allah SWT agar pasangan kita mjdi soleh/solehah….insyalah….

  11. Mmg betul kata hanee. Kalau la suami saya dapat buat 50 langkah tersebut saya juga bahagia & berbangga dgn dia. Saya selalu berdoa agar Allah melembutkan hati suami saya. Dia nak kita memahami dia tp dia snd x nak memahami kita. Kadang-kadang kata-kata & perbuatannya byk mengguris hati saya. Kita sanggup berhabis duit untuk dia tapi pernah ke dia menghargai kita.

  12. alhamdulillah, saya memiliki seorang suami yang hampir memenuhi semua kriteria di atas..sy sgt bahagia hidup bersamanya..itulah hikmah bercinta selepas berkahwin…(^^,) dia merupakan hadiah yang amat bernilai yang Allah beri buat saya…syukur pada Allah.. tapi syaitan selalu menggoda dan menguji kasih sayang kami…semoga kami dpt mengharungi segala ujian bersama dgn hati dan keimanan yang kukuh..amin

  13. subhanallah…bermanfaat dan indah sekali artikelnya, saya jadi tercerahkan bagai mana jadi seorang suami, meskipun saya belum menikah, tetapi ini jadi ilmu bermanfaat bagi saya kelak ketika berumahtangga 🙂

    jazakallah atas ilmunya,
    salam hangat dari Podjok Qolbu Ku,
    semangat! do the best… 😉

  14. Terima kasih atas penerbitan artikel di atas. Mudah-mudahan para suami yang baru mendirikan rumah tangga seperti saya lebih mendekati kepadaNya dan menjadi suami mithali & soleh, insha Allah. 🙂

  15. salam, bagus juga blog ini menjadi luahan hati isteri. Bukan nak mengomel para suami, tapi isteri perlukan tempat untuk meluahkan bebanan dan kata hatinya. suami saya? saya tergolong dalam kategori isteri2 kalian adanya… berdoa saja yang mampu saya lakukan.

  16. Insyallah saya akan gunakan tip tip ini untuk di bincangkan kapada kedua dua anak lelaki yang masih remaja untuk dijadikan bahan bicara kami sekeluarga sungguh padat isinya, kerana ayandany juga
    mempunyai sifat sifat demikian.

    Semoga Allah s.w.t membalas jasa Dr. yang memberi nasihat ini.

    Amin.

Leave a Reply to dakTecik Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.