Cara Nak Jadi Jutawan – Biar Betul??

Pernahkah anda membuat kesilapan ini – membeli kereta baru, rumah baru atau TV plasma baru dan menggunakan duit gaji anda untuk membayarnya?

Jika YA, anda telah membuat kesilapan besar!

Tetapi jangan risau, kerana hampir 95% orang lain juga membuat perkara yang sama – termasuk saya! 😛

Saya ingin katakan apa yang biasa anda lakukan bukanlah taktik para jutawan. Jutawan menggunakan satu taktik yang cukup licik untuk membeli apa sahaja yang mereka mahukan – secara PERCUMA. Hah?

Saya telah menggunakan teknik rahsia ini setelah saya membaca buku bestseller, Robert Koyasaki “Rich Dad Poor Dad”.

Dalam buku tersebut Robert menceritakan satu hari seorang broker kereta menelefon dan berkata yang kereta idaman beliau, Porsche edisi terbaru baru sahaja tiba dan mengajak beliau melihatnya.

Robert yang memang mengidamkan kereta Porsche terpegun melihatnya dan tanpa berfikir dua kali terus membeli kereta Porsche ini secara hutang. Beliau terus memberi deposit dan membuat pinjaman selama 5 tahun. Ya, beliau sudah pun menjadi jutawan tetapi tetap mahu berhutang! Macam mana tu? Ok, biar saya terangkan.

Beliau terus memberi deposit dan membuat pinjaman selama 5 tahun. Kemudian apa yang beliau lakukan ialah mencari satu projek hartanah dan menyewakannya. Duit sewa dari projek hartanah tersebut digunakan untuk membayar sewa bulanan kereta Porsche. Secara logiknya, bukankah beliau membeli kereta ini secara percuma? Dan baru-baru ini saya berminat dengan satu laptop HP. Sebelum ini saya menggunakan desktop HP tetapi adik bongsu saya asyik membebel nakkan komputer untuk bermain game.

Jadi apa yang saya lakukan ialah saya menulis satu email ringkas dalam masa 10 minit dan hantarkan kepada list saya. Dalam masa seminggu, saya lihat RM3,200 dalam akaun bank dan tanpa membuang masa saya terus membeli laptop HP.

Konsep jutawan yang ingin saya jelaskan di sini ialah jika anda mahu membeli sesuatu yang mahal harganya, anda perlu memikirkan satu cara untuk membayar ansuran bulanan tanpa perlu mengeluarkan duit kocek anda sendiri.

Ingat duit yang masuk ke kocek anda ialah aset, dan duit yang keluar dari kocek anda ialah hutang! Jika anda pelik mengapa anda masih lagi tidak hidup senang, inilah punca sebenarnya. Bukannya gaji anda kecik. Alasan bos anda kedekut, isteri anda habiskan duit anda dan sebagainya tu hanyalah sekadar alasannya sahaja.

Sebenarnya punca mengapa seseorang tidak hidup senang ialah mereka menggunakan duit gaji setiap bulan untuk membayar kereta, minyak kereta, rumah, bil astro, susu anak – semuanya. Sebab itulah setiap hujung bulan akaun bank anda semakin berkurangan. 🙁

Jadi apa yang perlu anda lakukan?

Cari punca pendapatan baru! Jangan hanya bergantung kepada satu punca pendapatan sahaja. Jika satu punca pendapatan bermasalah, anda mempunyai cabang duit lain yang boleh membantu.

Banyak punca pendapatan yang boleh anda fikirkan. Antaranya ialah internet, gaya pos, mlm (meniaga larut malam?), ejen insuran, pasar malam dan banyak lagi yang boleh anda fikirkan. Cari sesuatu yang sesuai dengan jiwa anda dan impian hidup anda.

Konsep kekayaan ini nampak mudah tetapi impaknya akan membezakan sama ada anda melarat seumur hidup atau anda bakal bergelar seorang jutawan satu hari nanti. Buka minda anda dan cuba fahamkan.

Wallahu a’lam.

Komentar

comments

Published by

admin

Seorang bapa kepada 5 cahaya mata yang comel & manja. Pendiam tetapi penyayang. Gemar menulis perisian aplikasi web & sukakan sukan adrinalin. Connect with ImamKhalid on Facebook, Google+, Twitter and YouTube.

7 thoughts on “Cara Nak Jadi Jutawan – Biar Betul??”

  1. Saudara Imam,

    Saya amat teruja membaca artikel ini. Tiba² sahaja, saya berasakan sel² dan urat² dalam tubuh kembang seolah² seperti berada di kedai yang penuh dengan permainan favourite saya. Pernah sekali saya khatam membaca buku best seller itu tetapi sesuai dengan pepatah melayu mudah lupa telah saya abaikan sama sekali isi kandungan dalam buku tersebut.

    Kehadiran artikel ini benar² telah membuka semula minda saya dan saya amat berterima kasih kepada saudara Imam kerana kembali menjernihkan sel² otak saya yang hampir keruh.

  2. Kepada sesiapa yang ingin bertanyakan tentang pelaburan dalam unit amanah dan insuran nyawa boleh berhubung secara terus dengan saya..
    -zulkifli-013-7002052-perunding pelaburan

  3. sesiapa yang nak tahu rahsia mendapatkan insuran 50k dan khairat kematian 15k dengan hanya rm5 , bayaran hanya sekali sahaja.ketahui bagaimana orang yang bijak mengatur masa hadapan.
    hubungi 017-6672798 atau sms alamat email anda.

  4. saya telah berjaya dalam hidup.banyak eset eset dalam hartanah berjaya saya beli.saya berjaya kerana mlm.kini saya tidak perlu risau masalah kewangan.semua orang ada impian,tunaikanlah impian anda sekarang.kita dicipta untuk menikmati kehidupan bukan untuk meneruskan kehidupan.tapi ingat wang bukan segalanya.tapi segalanya perlukan wang sakarang.hubungi saya bagi sesiapa yang ingin berjaya 0172473157.pengarah urusan ERF ERNTERPRISE SDN.BHD DAN NUYU TRADING

    1. MLM apa yang Dato’ join? Apa kunci kejayaan Dato’? Boleh ceritakan kisah suka duka pahit manis sebelum bergelar Dato’ dan jutawan? 😉

Leave a Reply to naim Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.