Tips Kejut Orang Bersahur

Pagi ni kita sambung sikit sesi panduan kita dengan tips-tips untuk kejutkan pasangan atau rakan kita untuk bersahur. Sahur merupakan ibadat, sunat untuk dilakukan. Jadi kalau tak bersahur, kurang lah pahalanya…

Baiklah, antara cara yang mula-mula kita lakukan ialah:

  1. Pegang anak jari kiri/kanan sambil tu panggil nama dia perlahan-lahan.
  2. Sentuh bahu orang yang tidur tu dan goyangkan perlahan lahan sambil panggil nama dia.
  3. Renjis air kat muka dia sambil panggil nama dia.
  4. Tampar tampar manja pipi dia sambil panggil nama dia.
  5. Tutup kipas/air cond.

Tapi kalau masih tak berkesan:

  1. Jerit nama dia kuat kuat.
  2. Gigit ibu jari kaki dia macam hantu toyol gigit.
  3. Simbah air sebaldi, kalau boleh air rendam baju dalam.
  4. Tarik rambut dia sampai dia jatuh dari tilam.
  5. Goyangkan badan dia kuat-kuat sambil menjerit, “gempa bumi! gempa bumi! tsunami!
    tsunami!”
  6. Jerit “api! api! api!”
  7. Letak hidangan KFC atau McDonald atau pun ikan patin masak tempoyak yang baru dibeli di sebelah hidung dia – bagi dia ambik bau sikit.

Tapi kalau masih tak berkesan juga:

  1. Pergi kat telinga dia dan sebut, “maa rabbuka!” – sambil seru nama dia banyak kali.
  2. Duduk bersila di sebelah dia dan baca surah yaa sin!

Tapi kalau masih tak berkesan juga, ini saja cara terakhir:

  1. Panggil orang masjid/surau untuk uruskan – kerana Tuhan lebih menyayanginya. Innaa liLlaahi wainnaa ilaihi rooji’uun.

Wallahu a’lam.

Komentar

comments

Published by

admin

Seorang bapa kepada 5 cahaya mata yang comel & manja. Pendiam tetapi penyayang. Gemar menulis perisian aplikasi web & sukakan sukan adrinalin. Connect with ImamKhalid on Facebook, Google+, Twitter and YouTube.

9 thoughts on “Tips Kejut Orang Bersahur”

  1. Hahaha! Aku bergelak ketawa dengan riang dan girang! Terik urat sarafku seakan mahu pecah perutku dibuatnya. Sedikit gelak tawa di tengah malam sambil menunggu sahur dengan bertemankan lagu Sirih Pinang.

    Selok aku suko.

  2. owg yg nak kejut 2 mmgla bez kenekn owg lain, tapi yg AZABnye owg yg kene kejut 2>>> tips nie kasar sgtla… kesian kat org yg dikejut 2.. kejam btol…

  3. memang le AZAAB… orang yg kena kejut… tapi azab org yang mengejutkan kena ambil kira gak… nasib baik dia nak tolong kejutkan, susah2 sangat x payah sahur le…

Leave a Reply to ImamKhalid Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.