Carilah Yang Original!

Alkisah seorang anak gadis yang ingin berkahwin mengikut pilihan sendiri. Lalu dinyatakan hasratnya kepada orang tuanya. Kemudian berkatalah orang tuanya, “sekiranya engkau ingin lelaki pilihan engkau sendiri, carilah yang sopan santun dan ORIGINAL.”

Hatta sebulan mencari bertemulah dia dengan seorang jejaka yang sopan santun tapi keORIGINALannya belum lagi diketahui. Setelah selesai upacara akad nikah maka malam pertama pun dilalui bersama.

Pada malam pertama si suami memakai kondom kononnya untuk merancang keluarga. Keesokan harinya, si isteri pun memberitahu kepada orang tuanya bahawa suaminya memang betul-betul ORIGINAL.

Kemudian orang tuanya pun bertanya, “macam mana engkau tahu laki engkau tu ORIGINAL?”

Anaknya dengan selamba campur megah berkata, “betul abah, ORIGINAL! Plastik pun tak bukak lagi!”

MORAL: Jauhilah lelaki CIPLAK – yang sudah tidak ada plastik.. huhuhu..

Komentar

comments

Published by

admin

Seorang bapa kepada 5 cahaya mata yang comel & manja. Pendiam tetapi penyayang. Gemar menulis perisian aplikasi web & sukakan sukan adrinalin. Connect with ImamKhalid on Facebook, Google+, Twitter and YouTube.

One thought on “Carilah Yang Original!”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.