Selamat Menyambut Maal Hijrah 1429

Esok merupakan hari penting buat kita umat Islam seluruh dunia. Kerana esok ialah tahun baru. Ini bermakna akan tamatlah tahun 1428H dan bermulalah tahun baru 1429H.

Biasanya kalau tahun masehi, masyarakat kita sambut tahun baru dengan menunggu pertunjukan bunga api tepat pukul 12 tengah malam. Sambutan sebegini biasanya diadakan di stadium-stadium setiap negeri. Kalau di Ibu Negara, Dataran Merdeka yang jadi sasaran.

Waktu itu dapatlah kita lihat hiruk pikuk manusia berkumpul beramai-ramai penuh sesak, bercampur lelaki dan perempuan pelbagai kaum dan bangsa serta agama. Yang tak tahannya yang Islam paling ramai. Ada yang datang dari petang lagi. Entah solat entah tidak. Ada yang sebelum maghrib dah sampai. Tak solat maghrib ker?

Persiapan sambutan juga tak kurang hebatnya. Jutaan ringgit wang kerajaan rakyat dihabiskan begitu sahaja. Kesudahannya, maksiat berlaku dengan penuh berleluasa, sehingga tidak dapat dikawal lagi. Aik, ada ke maksiat yang boleh dikawal?

Jadi tahun baru Hijriah ini diharap tidak akan berlaku lagi perkara-perkara sebegitu. Masing-masing di antara kita perlu sedar yang kita ni dah meningkat tua. Bumi yang kita tinggal ni pun dah semakin tua. Tak lama lagi dah nak kiamat pun.

Di tahun baru yang bakal tiba ini, marilah kita bina azam baru. Perlu diingat, hari semalam sudah kita tinggal, hari ini kita hidup, hari esok perlu kita rancang. Matlamat tak tercapai tahun lepas yang dah basi tu tak perlu disimpan lagi. Sebaliknya, bina matlamat baru dan fokus kepada matlamat tersebut pada tahun ini.

Sekian sahaja dari saya sempena tahun baru 1429H yang mulia ini. Moga-moga kita semua dirahmati dan diberkati oleh Allah s.w.t.

Wallahu a’lam.

P/s: Siap-siaplah nak kacau bubur as-syura 10 Muharam ni.

P/p/s: Jangan lupa puasa sunat 10 Muharam tau. Besar ganjarannya. Rugi kalau tak buat. Kalau nak lagi bagus, puasa 9, 10, dan 11 Muharam, lagi besar ganjaran.

Komentar

comments

Published by

ImamKhalid

Seorang bapa kepada 5 cahaya mata yang comel & manja. Pendiam tetapi penyayang. Gemar menulis perisian aplikasi web & sukakan sukan adrinalin. Connect with ImamKhalid on Facebook, Google+, Twitter and YouTube.

2 thoughts on “Selamat Menyambut Maal Hijrah 1429”

  1. Selamat Tahun Baru Ma’al Hijrah kepada semua pengunjung dan umat islam di seluruh pelusuk dunia. Semoga tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya. Moga-moga dirahmati dan diberkati Allah selalu hendaknya. Amin ya rabbalalamin.

    Kepada saudara Imam dan isteri, selamat menyambut Ma’al Hijrah.

    P.S: Aku tok kaba kat UK ruponyo marin lagi Awal Muharram (aku komen ni puko 12.17 am so kiro marin la tu). UK ikut Arab Saudi. Selamat bercuti lah jugok!!!

    P.P.S: (Tiru style mung jugok pps. Dherrr!) Aku koho galok baco blog mung lonih. Koho lamo koho sedak. Koho berapi. Cayalahhhh!! Maintain!! Aku suko!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.