Peristiwa Bulan Muharram

Sempena 3hb Muharram yang mulia ini, aku nak ucapkan selamat menyambut tahun baru 1429H, kepada semua umat Islam seluruh dunia. Belum terlewat lagi, kan?

Sebut pasal bulan Muharram ini ada beberapa perkara yang aku ingat, dan ingin sekali aku berkongsi bersama pembaca Soleh.Net. Moga-moga dapat mengingatkan kita kembali tentang kebesaran bulan Muharram ini.

Muharram kalau dari segi istilah bahasa bermaksud ‘diharamkan’ atau ‘dalam pantang’.

Dalam bulan Muharram, Allah melarang berperang atau membuat pertumpahan darah. Namun larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Kota Mekah.

Puak syi’ah sambut 1 Muharram dengan mengadakan hari berkabung sebagai memperingati terbunuhnya Saidina Husain di Karbala. Siapa itu Saidina Husain?

Saidina Husain merupakan cucu Rasulullah s.a.w., anak kepada Saidina Ali Bin Abu Talib dan ibunya Siti Fatimah Az-Zahra. Saidina Ali mati dibunuh oleh golongan Khawarij. Ibunya dipaku di pintu yang ditendang oleh musuh-musuh Allah. Abangnya Saidina Hassan pula diracuni oleh isterinya sendiri. Apa yang berlaku di Karbala?

Pada 1 Muharram (tahun berapa?), Yazid memohon cop perkenan daripada Saidina Husain untuk menjadi pemerintah. Saidina Husain enggan perkenan permintaannya, kerana beliau mengetahui bahawa Yazid seorang yang jahat, kejam dan zalim.

Semasa Saidina Husain ingin ke Kufah, beliau diintip oleh pengikut Yazid Bin Muawiyah. Masa tu zaman pemerintahan Bani Umaiyah. Saidina Husain terpaksa melarikan diri bersama 200 orang pengikutnya yang setia demi mempertahankan agama Islam.

Sewaktu tiba di Karbala (on the way nak gi Kufah) beliau diserang. Pertempuran berakhir pada 10 Muharram. Saidina Husain mati dipenggal. Pengikutnya diseksa termasuk anaknya yang kedua – diseret di atas bara api dengan tangan bergari (diikat kot).

Itulah sedikit sebanyak yang aku ingat tentang sejarah Muharram ni. Banyak lagi sebenarnya peristiwa bulan Muharram ni. Lain kali kita sambung lagi. Still topik Muharram, still sub-topik peristiwa, tapi peristiwa lain pulak.

Sekian, wallahu a’lam.

Komentar

comments

Published by

ImamKhalid

Seorang bapa kepada 5 cahaya mata yang comel & manja. Pendiam tetapi penyayang. Gemar menulis perisian aplikasi web & sukakan sukan adrinalin. Connect with ImamKhalid on Facebook, Google+, Twitter and YouTube.

One thought on “Peristiwa Bulan Muharram”

  1. bukan 7o lebih je ke orang yg mngikut imam hussain??? dan otw ke kufah 2 bukan ke ttg hussain a.s dijemput kerna diberitahu pengikut kufah ingin mendokongnya melawan yazid laknatullah…p/s cerita biarla pasti agar pembaca tidak terkeliru..cnthnya pembaca ada terbaca ttg peristiwa karbala..cerita ygdia bc lain crita yg awk cerita lain..bgaimana pebca hendak mencari kbnran yg pasti ttg peristiwa bersejah ini wahai teman..apa2 pown sy amat bebgga kerna ada orng yng mmperingati peristiwa yg tidak akn terpadam pada ht2 yang mencintai ahlul bait..salam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.