Feedburner: Apa sudah jadi?

Apa sudah jadi?

Aku pun tak tau apa sebenarnya yang terjadi sepanjang 3 hari kebelakangan ni pada statistik pembaca feed Soleh.Net dari feedburner.com.

Apa itu pembaca feed? Pembaca feed ialah pembaca yang melanggan bahan bacaan Soleh.Net terus ke email mereka setiap hari, tanpa perlu berkunjung ke Soleh.Net.

Macam korang langgan surat khabar la. Tak perlu pergi kedai untuk beli dan membacanya. Mamak surat khabar tu yang akan hantar dengan motor cabuknya ke rumah kita setiap hari.

Berbalik kepada kisah feedburner aku nih. Masa itu statistik aku maintain menaik, perlahan-lahan. Aku pun masa tu menghitung hari jer dengan bangganya nak cukupkan 100. Itu adalah target pertama aku dalam tahun 2008 untuk Soleh.Net.

Hinggalah mencapai angka 111. Dari angka tersebut, baru jer aku nak riak sikit, esoknya dengan tiba-tiba terus turun menjadi 1. Esoknya pula terus turun lagi menjadi 0, selama 2 hari.

Masa tu aku fikir, semua pembaca setia Soleh.Net dah lari ker? Semua pembaca dah tak berminat nak baca Soleh.Net ker? Tak mungkin. Aku tak rasa macam tu. Tapi macam mana boleh jadi macam tu?

Dek kerana berasa susah hati dengan imej Soleh.Net, aku pun carilah puncanya. Macam-macam aku try selama 3 hari tersebut. Disable itu, enable ini. Kosek sana, cuit sini. Tapi tak pernah jugak menjadi.

Aku try contact pihak feedburner, tapi malangnya contact hanya dibenarkan untuk melaporkan isu copyright dan juga isu perpindahan. Hal-hal yang lain, kena tengok forum.

Nak tak nak, terpaksalah aku cek dalam forum. Ada mamat tu mengalami masalah yang sama. Tapi dia podcast, bukan blog macam aku. Tu pun masalah dengan free podcast hosting company, takde kena mengena dengan aku.

Last sekali, dah mati akal punya pasal, aku pun, dengan penuh yakin, try reset feed aku, pastu resync. Tengok punya tengok, tetap tiada perubahan, masih 0 macam biasa. Sedih sungguh rasa di hati. Aku pun terus berlalu dengan kekecewaan..

Tup-tup petang esoknya, statistik Soleh.Net naik mendadak kepada 122 pembaca. Wah, ajaibnya! Pembaca Soleh.Net sudah kembali! Aku rasa sebab terkena penangan reset N resync tu kot..

Walau apa pun, alhamdulillah, aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya dapat juga aku capai satu target yang tidak pernah aku terfikir untuk mendapatnya.

Mungkin takde apa bagi korang, perkara kecil. Tapi bagi aku, rekod mencecah lebih seratus pembaca setia melalui RSS dan email adalah satu perkara yang membanggakan.

Bagi yang belum lagi melanggan Soleh.Net tetapi tidak mahu ketinggalan mengikuti perjalanan Soleh.Net, silalah langgan RSS penuh aku. Korang pun boleh juga langgan melalui email, di mana korang boleh baca terus dari inbox email korang setiap hari.

Yang memang dah baca dari email tu, teruskan membaca. Perjalanan Soleh.Net masih jauh. Sekian, wallahu a’lam.

Komentar

comments

Published by

admin

Seorang bapa kepada 5 cahaya mata yang comel & manja. Pendiam tetapi penyayang. Gemar menulis perisian aplikasi web & sukakan sukan adrinalin. Connect with ImamKhalid on Facebook, Google+, Twitter and YouTube.

7 thoughts on “Feedburner: Apa sudah jadi?”

  1. wak nggak ada blog sepanjang idup wak sebagai penoreh getah jaman milennium ini… wak lagi hepi, baca blog orang saja. nggak perlu risau pasal 100 ker 0 ker yang penting wak noreh getah dapat uang beli nasik pun dah cukup baik, syukur pada Allah… amin…

  2. nono: Sape tak gabra, cik nono oiiii…

    en_me: Iyer lah tu. Ayah senang, Ibu girang, Hati senang! hahaha 😀

    wakjoko: Apsal wak tak buat blog? Kalo wak buat blog, boleh wak citerkan pasal menoreh getah. Wak boleh citer pasal kualiti getah, jenis2 getah, getah pemadam, getah urat, getah posmen, dan getah buah2an… macam2 wak ni… 😉

  3. Assalamualaikum encik imamkhalid. Salam perkenalan. Saya pengunjung baru blog anda setelah melihat nama anda di laman web utusan

    statistik feed yg tetiba jadi kosong tu mungkin kesilapan encik feedburner kot. Konsep saya senang je… selagi kita tak usik web kita selagi tu web kita tak bersalah…hehehe

    apapun… tahniah kerana mencapai jumlah pembaca feed yang diingini.

    kepada encik wak…. sebarkan ilmu pun tanda kesyukuran. Mcm yg encik imamkhalid sebutkan tu, wak boleh sebarkan ilmu getah kepada orang ramai. Tersebar satu dunia, besar pahala tu

  4. Mr Ah Fa: Ko takpe lah dah terel. Blog ko pun ranking best. Tahniah diucapkan! 😀

    faezil: Waalaikumussalam, encik Faezil. Salam perkenalan, Selamat datang!

    Aku setuju dengan pendapat encik Faezil. Tapi stats tu remain kosong sehingga aku reset balik feed aku.

    That means, walaupun silap encik feedburner, it’s still us to find out how and what to do. Diorang bukannya ada masa untuk kita, nak layan karenah kita, walaupun berpunca daripada kesilapan sistem diorang.

    Terima kasih, insya-Allah semakin ramai pembaca berminat untuk setia dengan Soleh.Net.

    Betul tu wak, bila agak2 wak nak buat blog? Saya boleh tolong… 😛

Leave a Reply to nono Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.