AJL-22: Apa kata anda?

AJL 2007Anugerah Juara Lagu ke-22 berlangsung dengan penuh gilang gemilang malam tadi.

Para peserta bersiap sedia sejak petang semalam lagi. Para penonton pun tidak kurang hebatnya.

Ramai yang sengaja tertinggal solat Asar dan Maghrib. Barangkali AJL lebih besar dari agama? Tepuk dada, tanya iman.

Korang semua macam mana? Ada komen tak tentang AJL malam tadi? Aku pun tengok jugak sket-sket, saje nak buat modal sebagai juri profesional di Soleh.Net. Kui3 😀

Sebagai juri, inilah yang aku dapat simpulkan:

  1. Kumpulan Jinbara dengan lagu berjudul Farhana bagi aku biasa jer, kedengaran dari jauh, agak kemas (masa tu aku tak tengok lagi, dengar dari dalam bilik jer)..
  2. Nora dengan lagu Samudera pun aku rasa agak basi, tapi vokalnya mantap, tak pecah atau sumbang atau pitching lari. Last-last, setelah sekian lama kegersangan tanpa juara, beliau akhirnya berjaya menjuarai kategori Etnik Kreatif!
  3. Siti Nurhaliza dengan penutup kepala tapi mendedah aurat, bagi aku suara dia tak berapa best, kurang power, tapi tang muka dia tu yang aku tak tahan, kiut siot… 😳
  4. Fazli Zainal pulak, mula-mula mantap, lama-lama keletihan. Suara macam tak ikhlas jer nak keluar. Cannot go (bak kata orang Kelantan)..
  5. Fiq, disebabkan beliau pemain simpanan ajer, so tak berapa mantap laa bagi aku. Takde ke’macho‘an Faizal Tahir (Auww!)
  6. Mawi bagi aku memang sentiasa menghibur… Still power, rupa pun makin mengancam, segak dan kemas, nampak cam orang kaye (hampeh punya Mawi).
  7. Yang lain-lain tu aku takde nak komen ape2… biasa jer… Yang tak tahannyer, Estranged Juara AJL-22. Boleh cayer ker? Atau ada politik dalaman? Sama ada nak menaikkan kumpulan tersebut atau nak menjatuhkan pihak yang lain? (Sesedap rasa aku jer nak tuduh menuduh.)

Apa pun, kesian Faizal tahir yang kena ban 3 bulan takleh masuk TV. Dah lah 2 lagu tak dapat nyanyi. Takpe lah, nak buat macam mana, benda dah pun berlaku. Tak boleh nak di’reverse‘ balik.

Hari ni hari dia. Harap dia belajar dari kesilapan. Kita pun kena belajar dari kesilapannya. Bak kata pepatah:

Orang yang bijak sentiasa belajar dari kesilapan. Orang yang lebih bijak sentiasa belajar dari kesilapan orang lain. Manakala orang yang bodoh tidak pernah belajar apa-apa dari sesiapa sekali pun.

Bagi aku, dia (Faizal Tahir) tu ok, bagus, suara pun mantap. Tapi bila dia nyanyi fanatik macam tu, aku pun tak berapa suka. Tak elok dan tak sesuai dengan budaya kita orang Melayu yang sopan santun dan berbudi pekerti mulia (eceh).

Begitulah sembang AJL kita pada pagi ini. Siapa yang tak tengok AJL tu, baguslah. Takde faedahnya pun menatap AJL ni.

Kalau bagi yang tengok tu, takyah lah kutuk-kutuk ker, kondem mengondem ker, caci memaki ker, hina menghina ker, dan sebagainya.

Kerana yang tengok tu pun sama-sama masuk saham. Dapat jugak apa yang dikata.

Wallahu a’lam.

Komentar

comments

Published by

ImamKhalid

Seorang bapa kepada 5 cahaya mata yang comel & manja. Pendiam tetapi penyayang. Gemar menulis perisian aplikasi web & sukakan sukan adrinalin. Connect with ImamKhalid on Facebook, Google+, Twitter and YouTube.

17 thoughts on “AJL-22: Apa kata anda?”

  1. Teman malas nak komen panjang panjang…
    Tapi mlm tadi…Hajah mcm pakai baju hujan je…
    Habis smua penari pun kena ikut supaya nampak matching..termasuklah yg lelaki…buruk bebenor kengkawan tengok…hai…entahlah…harap ada perubahan ke arah yg positif dari masa ke semasa…so suami memainkan peranan penting kat sini..so sendiri mau ingat…

  2. wak pun setuju dengan warnjohoe. yang nari2 tu slalu terkangkang2 macam haiwan piaraan cina aja. harap2 itu untuk sekian kali hajah buat macam itu. kurang elok untuk ditontoni

  3. btol2…

    ramai yang sengaja tinggalkan solat maghrib dan asar, tapi kalau takde AJL solat tak?

    segalanya akan balik kepada diri sendiri maaaaa… kalau dah memang pandang remeh solat tuh, waktu lapang pon ditangguhnye solat (termasuk aku haha)

    dan kalau diambil berat solat tuh, letak pisau kat leher pon tetap akan solat kalau masuk waktu..

  4. Nak komen lebih-lebih tak leh nanti tambah saham. Kita tengok kat tv je. Walaupun dapat saham tapi solat tak tinggal lepas tu kejap-kejap tengok tv3 kejap-kejap tengok tv9 … halaqah, engkorang tak tengok ke? Tapi kalo yg pegi kat bukit jalil (ye ke?)tu tak konfiden aku. Walaupun start lepas maghrib, preparation start asar lagi. Bila balik letih, isya’ pun lepas, subuh pulak tu bangun lambat, nak kejar kerja dan sekolah lagi, makanya banyak solat yang dilepaskan.

  5. Warnjohoe: Yang memalukan sangat tu, masa diorang terkangkang2 tu, macam kata wakjoko…

    wakjoko: Haiwan piaraan cina? Anjing ker? Hehehe buleh tahan mulut wak ni ek…

    Terror of Death: Tepat sekali! Tepuk dada sendiri, tanya iman sendiri. Kenali diri kita, jaga diri kita, jaga solat kita, itu penting!

    nazari: Halaqah? Oops, aku tak pernah berkebetulan dengannya. Takpe, next time boleh luangkan masa untuk Halaqah. Thanks for the info! 🙂

    Syifa: Hmm, susah nak teka ni. Dot dot tu aper ek? Soklan cepu emas nih..

  6. Nyaris tak tgk sbb takde mood nk tgk TV. Lg satu tak ingat lgsung smlm ada AJL. Alih2 bila pembaca berita tu ckp berita smpi situ je sbb nk bg laluan utk AJL, baru saya pasan. haha.

    Erm, no komen la pasal nyanyi2 ni.. saya tareti nk menilai nyanyian diorg.

    Tapi saya perhatikan dr segi pakaian tu, boleh dikatakan ok la. At least takde artis pompuan yg ‘berkemban’. heee. 😀

  7. keputusan mlm smlm kire puas ati ar…
    tak yah disangkal.. estranged memang layak..
    lagu die best pe… melodi simple but sedap.. tahniah kepade generasi mude!..

  8. ixora: Ish, ixora. Pompuan yang berkemban mana ada masuk AJL. Anugerah Filem ada lah, macam citer “Isteri, Perempuan dan …”

    melayubuntu: Bagus, memang takde faedah pun nak ditengok…

    eza: Mmmm, estranged dah ada peminat nampaknya di sini… 😉

    SembangKomputer: Takpe terlepas Siti pun. Kurang sket dose ko.. Link added!

  9. affuan: Abis tu ko minat artis mana, Nigeria ker Sudan?

    palie: Aku rasa daripada ko tengok gitu2 jer sebab bosan, baik laa ko pasang tenet kat umah, pastu baca Soleh.Net ni sepanjang masa dan ketika. Ajak kawan2 skali 😈

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.