Server Down semalam

Maafkan aku…Maaf semua, hari ni sepatutnya aku ada post baru. Tapi aku tak sempat nak siapkan. Sebab server down semalaman.

Ingatkan pagi ni nak disudahkan, tapi pejabat pulak kelam kabut. Mungkin esok pagi baru dapat disiapkan. Tunggu yer..?

Sebelum ni tak pernah pun server down. Tapi sekali terkena tu, puas hati. Lama betul. Letih bayi kat sebelah ni menunggu, sampai dah jadi tua dah bayi tu sekarang.

Aku rasa mungkin server tu terbakar kot. Tak pun kabel network kat server tu digigit tikus. Tak pun datacenter kat Texas blackout.

Erk! Soleh.Net pakai server kat Texas, United States ker? Aku pun tak pasti.

Yang pastinya dan yang aku tahu dan orang lain pun tahu, internet-webhosting.com ada 3 datacenters, iaitu di:

  1. Texas, United States;
  2. Cyberjaya, Malaysia; dan
  3. AIMS, Malaysia.

Kalau korang nak tahu, sebelum ni belum pernah lagi perkara sedemikian terjadi. Selama ini memang aku amat berpuas hati dengan perkhidmatan yang diorang sediakan.

Tapi entah macam mana, boleh pulak server tu down malam tadi, sehinggalah ke pagi esoknya, iaitu hari ni.

Yang bestnya, bila aku email jer bahagian support diorang, on-the-spot diorang reply.

Memang diorang berusaha bertungkus lumus menaikkan balik server tu, semata-mata untuk memberi yang terbaik kepada pelanggan diorang. Tu yang aku respek sangat-sangat kat diorang nih.

Tahniah aku ucapkan kepada SKSA Technology Sdn. Bhd. (Ai, mengampu nampak!)

Kepada korang semua, kalau rasa-rasa nak host blog sendiri, nak ada domain sendiri, nak ada blog kepunyaan sendiri sepenuhnya tanpa dikontrol oleh mana-mana pihak dengan sesuka hati, kliklah gambar kat bawah ni (affiliate aku).

Klik sini ooi!

Kalau aku komisen daripada pembelian korang, kita bahagi dua ek? Cantekkk! 😈

Nantikan kemunculan post berikutnya, esok pagi. Insya-Allah.

Sekian, wallahu a’lam.

P/s: Esok (14/2/2008) adik ipar aku (perempuan) nak menikah.

P/p/s: Keesokan harinya (15/2/2008) jam 10 pagi hingga 5 petang, kami ada buat kenduri sikit. Jadi sesiapa yang ada kelapangan, jemputlah datang ke rumah keluarga kami di Kg. Padang Setar, Kuala Berang, Terengganu. Boleh kita bersua muka.

P/p/p/s: Jangan lupa bagi tau aku dulu sebelum berangkat tu. Senang aku nak adjust. Apa-apa hal, tinggalkan komen kat bawah ni.

Komentar

comments

Published by

ImamKhalid

Seorang bapa kepada 5 cahaya mata yang comel & manja. Pendiam tetapi penyayang. Gemar menulis perisian aplikasi web & sukakan sukan adrinalin. Connect with ImamKhalid on Facebook, Google+, Twitter and YouTube.

7 thoughts on “Server Down semalam”

  1. haha, kat texas ke wei? konpem kena sodok ngan lembu texas sama itu koboi. kui3.

    ImamKhalid: Patutlah server down. Mesti kepek kemek casing server tu kena bantai 😛

  2. server down tu biase la. janji dorg bertungkus lumus utk settle kan masalah.

    ImamKhalid: Tapi ni lama sangat, sampai tergendala kerja aku. Ape pun, aku rasa ok jer. Sebab diorang respond kat aku.

  3. Yep, yang penting depa respon. Mlm td aku refresh banyak kali soleh.net ni tapi x bole masuk.

    Aku penah kena semalaman jugak server down,tapi depa langsung x notify. Agak hampeh la jugak.

    Then aku tuka provider. Sabo aje la labu.

    ImamKhalid: Terima kasih atas usaha Mr Ah Fa nak masuk soleh.net. Terharu lak rasanya. 🙁

    Agak2 bagi Mr Ah Fa, which one’s the best affordable reliable hosting provider in Malaysia?

  4. aku baru dulu guna sempoihosting, tu pun sbb xde idea ke tahap mana blog ni akan pergi. Then bila idea dah mencurah-curah ni, ditambah dgn servis yang ehem-ehem oleh pihak berkenaan, aku pun guna la ipserverone.

    Fullawei! Masyuk beb servis depa, aku bagi 4 bintang la weh kalo kat Malaya ni.

    Exabytes pulak marketing mantap, tapii…poket aku terbakar la 😀 keh keh keh!

    ImamKhalid: Servis yang ehem2? Servis aper tu, musykil aku… 😯

  5. Servis tahap…susah la aku nak explain, senang ckp kurang efficient aje 😀 Itu aje, aku cuma nak kalo dia kata 24-7 continuous servis tu, bebetul la. Ni emel aku pun balas berjanggut ha aku tunggu. Kira promo dlm homepage x serupa bikin laaaa.

    Xmau mcm tu. Lembu kita pegang pada talinya, manusia kita pegang pada janjinya 😀

    ImamKhalid: Ooo paham2. Hosting provider aku stakat ni servis alhamdulillah memang laju giler. Email, fon, YM, semua reply cepat giler. So time server down pun tak sempat kepanasan lah aku kat sini… 😛

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.