5 laman web kegemaranku

5 pautan kegemaranku!

Ini kali kedua aku kena tag. Baik betul Mr Ah Fa kerana mengetag aku. Terima kasih aku dahulukan buatnya yang sedang enak dibuai mimpi.

Oi! Mr Ah Fa, bangun laa, subuh dah nak habis nih. Ingatlah wahai sahabatku Mr Ah Fa, bahawa solat itu fardhu dan betapa pentingnya solat.

Lepas solat ni jangan lupa pakai baju cantik-cantik, pastu pergi ke dewan. Orang ramai sedang menunggu kamu untuk penamaan calon.

Baiklah, izinkan aku memulakan hukuman sekarang! 😈

Syarat dan peraturan:

  1. Berikan LIMA pautan (link) yang selalu dilawati;
  2. Tag lagi LIMA manusia di luar sana;
  3. Aku faham kamu kemungkinan besar ada laman-laman X-rated yang digemari tapi maaf ya, laman-laman sebegitu tak boleh dimasukkan ke dalam lima pautan kegemaran;
  4. LIMA manusia yang telah di-tag hendaklah dimaklumkan bahawa mereka telah di-tag; dan
  5. Akhirnya, wujudkan satu pautan aktif (active link) untuk orang yang telah men-tag kamu.

Lima pautan yang selalu dilawati:

  1. Utusan Malaysia, Harakah Daily: pentingnya isu semasa dari pelbagai “puak”;
  2. Nuffnang, Advertlets: nak tengok pendapatan harian πŸ˜€
  3. Lelong.com.my: masa untuk membeli dan membelah!;
  4. MalayOLGA, YouTube: sumber rujukan & hiburanku di kala sunyi; dan
  5. Kamus Bhanot: ini penting masa aku nak komen blog omputeh.

Lima mangsa terhormat:

  1. Faris Fakri – kelihatan leka dengan kamera barunya ittew!;
  2. Eddie NH – nampak bersemangat luar biasa jer nak dekat PRU-12 nih;
  3. Am – pengomen terbaru: selamat datang!;
  4. [masih kosong]; dan
  5. [juga masih kosong].

Di hari penamaan calon yang mulia ini (cheh), aku ingat tak sempat nak menulis panjang. Nanti ada masa, aku update lagi.
Sekian, wallahu a’lam.

Komentar

comments

Published by

ImamKhalid

Seorang bapa kepada 5 cahaya mata yang comel & manja. Pendiam tetapi penyayang. Gemar menulis perisian aplikasi web & sukakan sukan adrinalin. Connect with ImamKhalid on Facebook, Google+, Twitter and YouTube.

11 thoughts on “5 laman web kegemaranku”

  1. aiyo… terus kena tag ker… ok aje..

    ImamKhalid: Sorry laa, aku takde orang lain dah aku nak tag… Ok aper, kira salam perkenalan dari aku arr… πŸ˜›

  2. Aikk.. apa nih? Kena tag lagi aku??? Iskkk… memang kurang asam gelugor betul Imam nih. Memang nak kena nasik kandar mamak baru duk diam nih! Ehehehe.

    ImamKhalid: Dah nasib engkau, blalang. Aku yang tak bersalah ni pun turut menjadi mangsa kerakusan manusia! 😈

  3. Oi aku dah gi Kuala Tganu, dah balik semula pung ke Klang nih πŸ˜€ Kikiki, makaseh Imam Khalid kerna membalas Tag-ku, terharu nih! Amma!

    Mr Ah Fa’s last blog post..Yey! Kita adalah Zombie!!! Erk?

    ImamKhalid: Lorr, apsal balik cepat sangat? Semalam lepas penamaan calon, aku free. Kalo ko call aku, boleh kuar minum. Yerlah, mengeratkan silaturrahim katakan… πŸ˜›

    Aku lagi terharu sebab ko bagi tau aku yang ko terharu sebab aku balas tag-ko..! πŸ˜‰

  4. weh, jangan lupa undi aku ok. parti cap selipar! ekeke.

    affuan’s last blog post..Ebooku

    ImamKhalid: Parti cap selipar tak ada dalam list parti yang dibenarkan oleh SPR. Ko kena tukar jadi cap ayam, baru aku undi… Kui3x! 😈

  5. Salam alaik..
    Tag 2 apo kobondo yea? Tak tau sangat laa.. Baru jek nak berjinak-jinak ngan dunia blog ni.. Kiki~

    Zatul’s last blog post..Accidentally in Boredom

    ImamKhalid: Salam. Tag tu macam satu game. Bila kita selalu baca blog seseorang, lama² kita akan rasa kita nak tahu sedikit sebanyak tentang penulisnya.

    Sebab tu wujudnya tagging² ni. Selain itu, ia juga boleh dijadikan sebagai pengerat silaturrahim sesama blogger.

    Selain itu juga, sebagai penaik ranking di mata Encik Google.

    Selamat maju jaya! πŸ™‚

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.