3 keadaan istinjak dengan batu tidak sah

Batu sebagai salah satu alat istinjak Istinjak bermaksud menyucikan diri daripada najis. Soal sah atau tidak sah dalam bab istinjak sebenarnya tidak timbul.

Ini kerana istinjak yang tidak sempurna menyebabkan seseorang itu tidak suci, bukannya suatu yang boleh diukur samada sah atau pun tidak.

Proses istinjak boleh dilakukan menggunakan 2 kaedah, iaitu yang pertama menggunakan air dan yang kedua menggunakan benda kesat seperti batu.

Namun, terdapat 3 keadaan istinjak dimana menggunakan batu adalah tidak dibolehkan. Keadaan ini ialah:

  1. Najis cair yang meleleh;
  2. Keluar sesuatu benda yang sempurna sifatnya; dan
  3. Lelaki yang air kencingnya meleleh sehingga terkena batang zakar.

Penerangan Terperinci
Terdapat 3 keadaan di mana istinjak dengan batu tidak dibolehkan. Ini bermakna istinjak menggunakan batu bagi ketiga-tiga keadaan ini adalah tidak menyucikan.

Akibat daripada tidak menyucikan ini, bermakna jika cara ini digunakan juga, ibadah solat seseorang itu adalah tidak sah, kerana dia tidak suci daripada najis.

Ini juga bermakna, dalam 3 keadaan ini, seseorang itu mesti mendapatkan air mutlak untuk beristinjak. Air mutlak bermaksud air yang suci lagi menyucikan.

Air yang suci lagi menyucikan (selain daripada air laut) ialah air yang kita sanggup untuk minum.

Sebagai contoh, sekiranya sesuatu punca air itu (seperti air perigi lama) kita tidak tergamak untuk meminumnya, mungkin kerana baunya yang busuk atau pun warnanya yang keruh, air itu tidak dikira sebagai air mutlak.

Baiklah, berbalik kepada topik asal.

Keadaan pertama ialah najis cair yang meleleh. Keadaan seperti ini adalah seperti cirit birit. Cirit birit yang (sebagai contoh) meleleh ke kawasan dubur dan seterusnya ke kawasan peha, mestilah dicuci dengan air mutlak.

Secara logiknya, mustahil untuk kita mengesat batu ke seluruh kawasan peha itu, dengan harapan kesan-kesan najis cair itu akan terhapus daripadanya. Mungkin menyakitkan!

Keadaan kedua pula ialah apabila terkeluar sesuatu yang sempurna sifatnya dari dubur. Sebagai contoh, terkeluar cacing yang hidup, atau pun terkeluar sebiji buah yang sempurna sifatnya, atau pun nasi yang tidak hadam, dan sebagainya.

Keadaan ketiga ialah orang lelaki yang air kencingnya meleleh sehingga terkena pada batang zakar. Sekiranya najis tersebut hanya mengenai kepala zakar tersebut, ia dimaafkan dan tidak termasuk dalam 3 keadaan ini.

Perbandingan logik akal bagi keadaan kedua dan ketiga juga boleh disamakan dengan keadaan yang pertama tadi.

Fakta tambahan bab istinjak
Seandainya najis keluar dalam keadaan keras, tidak terkena pada dubur, seseorang itu tidak perlu istinjak. Boleh terus bangun, pakai seluar dan pergi kerja. Walau pun kedengaran lucu, begitulah yang dinyatakan dari kitab yang dirujuk (lihat di bawah).

Selain daripada mengambil batu untuk dikesatkan pada dubur atau qubul, seseorang itu juga boleh mengambil dubur atau qubul itu sendiri untuk dikesatkan pada permukaan bahan istinjak itu, seperti dinding, batu besar, tiang, dan sebagainya.

Proses istinjak menggunakan batu tidak diwajibkan dikesat 3 kali. Walau sekali kesat pun, seandainya diyakini bersih, tidak perlu lagi diulang untuk kali kedua.

Wallahu a’lam.

Rujukan: Kitab Bahrul Mazi

Komentar

comments

Published by

admin

Seorang bapa kepada 5 cahaya mata yang comel & manja. Pendiam tetapi penyayang. Gemar menulis perisian aplikasi web & sukakan sukan adrinalin. Connect with ImamKhalid on Facebook, Google+, Twitter and YouTube.

29 thoughts on “3 keadaan istinjak dengan batu tidak sah”

  1. wak blom pernah guna batu untuk istinjak. kalau kat sini memang tak penah takde air. syukur pada tuhan…

    1. Takpe, anggap ia sebagai suatu ilmu tambahan dalam bab bersuci.

      P/s: Ni bukan sekadar cat, renovate habis, perabot2 pun dah tukar, ada yang tukar tempat jer. Sebab tu kalau perasan, loading laju sket berbanding dulu…

    1. Memang banyak air. Tapi cuba ko bayangkan sedang ko leka memnbuang kat sebuah tandas moden, yang jenis kita hulur tangan kuar air.

      Bayangkan tiba2 air ada, tapi sensor dia rosak, yang bermakna air tak keluar lah. Ko pun carilah kot2 ada batu nak buat istinjak, kononnya. Cari punya cari, takde sebijik batu pun kelihatan dalam tandas moden tu.

      Tiba2 masa tu baru ko teringat, kat Soleh.Net dulu ada penah bagi tau yang istinjak dengan mengesat dubur pada dinding pun boleh jugak. Masa tu lah baru ko nak berterima kasih kepada aku.

      Dah tu tiba2 pulak, baru ko teringat yang najis ko tu cair dan meleleh. Masa tu lah baru ko teringat yang keadaan ko itu tidak membenarkan istinjak dengan mengesat dubur pada dinding…

      Tidakkah info ini sangat berguna? 😈

  2. aku ade tau gak sket² pasal ni dulu..cuma tak terperinci sangat macam ni…hahaha..trimas imam..

    p/s – err…macam ade sedikit kaitan dengan entri aku lak kan..hahaha..

  3. Salam.. nak tny. tak de kene dgn batu tapi dlm lingkungan istinjak… ada seorang ni… dh menjadi tabiat selama ini kalau buang air besar mesti nak pancutkan air dlm dubur.. tk kisah lah.. tapi membazir jugak air tuh… katanya memudahkan pelancaran..heheheh.. tapi menjadi masalah dia bila pergi ke tandas yg tiada paip getah.. sanggup cari tempat lain janji ade paip getah.. masalahnya… adakah terbatal puasanya jika dia buat perkara demikian di bulan puasa atau sedang berpuasa di siang hari.. sbb setahu saya memasukkan sesuatu ke dlm rongga badan boleh terbatal puasa. Tolong komen Ustaz.. Terima kasih….

    1. Maaf lambat jawab. Perbuatan tersebut jelas membatalkan puasa, kerana memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja pada siang hari sewaktu berpuasa.

      Kecuali dalam keadaan tertentu seperti sakit yang menyebabkan perbuatan tersebut adalah darurat dan mesti dilaksanakan, maka dia terlepas dari hukum tersebut.

      Dalam kes ini, tujuan memasukkan air adalah untuk keselesaan diri, bukan kerana terpaksa. Oleh itu ia tidak terkecuali.

      Wallahu a’lam.

  4. slm.nk tny psal murtad.sy dpt tau after murtad,sume harta dah x jadi hak orang yg murtad 2.tapi tibe2 die ditakdirkan nak msuk islam 2 blik.harta die yang dulu 2 die dapat balik x???????????????????

    1. Tiada istilah begitu. Mana mungkin orang yang murtad nak tinggalkan hartanya. 2 persoalan.

      1. Pada siapa harta itu perlu diberikan?
      2. Sudah murtad, mengapa perlu ikut syarak lagi?

      Wallahu a’lam.

    2. bukan ke harta tu akan di serahkan pada baitul mal.konfius jgak nih.sbab ari2 blaja dlm kuliah,my ustaz ckap kalau seseorg 2 murtad,harta die akan diambil.

      1. Siapa yang nak serahkan? Orang murtad tu? Langsung tak masuk akal. Kalau kena serah semua harta, memang takkan ada orang murtad lah dalam dunia nih. Wallahu a’lam.

  5. bnyak tny ckit ni..kalau saya nak baca al quran dalam bilik saya,means x dop org lain la dlm bilik 2,mcam mane aurat saya? same mcm jumpe ngan ajnabi ke mcam mane eh?

    1. Adab baca quran ialah menutup aurat. Jika baca quran tak tutup aurat, bermakna anda seorang yang tidak beradab.

      Kenapa perlu dikira dengan ajnabi? Bukankah dengan yang sejantina seagama pun ada auratnya, iaitu antara pusat hingga lutut?

      Wallahu a’lam.

  6. sye nk tanye..kalo pompuan dh mengandung lbh 3 bln (5 bln)lps 2 bkawin dgn laki yg myebabkan die mgandung..ank 2 diBIN/BINTIkan dgn name laki tsebut dkira dosa atau x…perlu ke bdk 2 dtukar name ayahnya.. dan diganti dgn name abdullah..perkara nie dh lame berlaku…dh lbh belas taun..nk pendapat..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.