Baucer PERCUMA untuk pembaca Soleh.Net

Aku ingin membuat tawaran kepada sesiapa yang KEBETULAN BERCADANG untuk pergi bercuti di Cameron Highlands bermula dari sekarang sehingga 30 November 2008.

Update: Maaf, dah habis.

Sesiapa yang tidak bercadang juga boleh mula bercadang, kerana aku ada 4 keping baucer untuk diberi percuma!

Kelebihannya hanya satu, iaitu dapat menjimatkan kos percutian anda sebanyak RM100! Pada baucer tersebut ditulis nilainya RM338, tetapi bila aku buat pengiraan, ternyata ia hanyalah satu strategi pemasaran.

Sebab itu aku tegaskan di atas, untuk yang kebetulan bercadang.

Aku juga tidak mengharapkan ramai-ramai berebut baucer ini, kerana aku hanya ada 4 keping. Tapi kalau terlalu ramai yang berminat, aku akan buat cabutan melalui random.org. 4 peminat bertuah akan memenanginya.

Tawaran ini tidak mempunyai sebarang ‘hidden agenda‘ atau pun ‘hidden charges‘ selain memberi penghormatan kepada pembaca Soleh.Net.

Berminat? Sila isi di ruangan komen, terima kasih.

Baucer ini adalah baucer penginapan, yang aku dapat daripada Bank Islam. Boleh tengok kat sini untuk harga bilik, dan tengok laman web equatorial untuk perbandingan harga biasa. Terma-termanya adalah seperti berikut:

  • valid from 1 August to 30 November 2008
  • applicable from Sundays till Thursdays only, except 30 – 31 August, 1 – 4 October, 24 – 26 October 2008
  • pembayaran melalui kad kredit Bank Islam sahaja (kalau takde kad, aku bayarkan selepas kalian bank in duit)

Sekian, terima kasih.

Wallahu a’lam.

Komentar

comments

Published by

ImamKhalid

Seorang bapa kepada 5 cahaya mata yang comel & manja. Pendiam tetapi penyayang. Gemar menulis perisian aplikasi web & sukakan sukan adrinalin. Connect with ImamKhalid on Facebook, Google+, Twitter and YouTube.

6 thoughts on “Baucer PERCUMA untuk pembaca Soleh.Net”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.