Panduan memulakan solat setelah lama meninggalkannya

Tidak dinafikan ramai umat Islam zaman sekarang yang tidak mengerjakan solat.

Tapi aku percaya ramai di antara mereka pernah dididik tentang kewajipan solat dan pernah mengerjakannya.

Mungkin akibat kelekaan duniawi, ibadah suci itu telah terperosok, jauh di dalam lubuk hati, sama ada sedar atau pun tidak.

Yang nyata, aku tidak pernah berasa benci atau marah kepada mereka yang tidak mengerjakan solat, apatah lagi untuk memandang hina golongan ini.

Kerana solat itu sendiri adalah soal hati dan keikhlasan. Tanpa keikhlasan, tak mungkin perbuatan solat itu mencapai maksudnya.

Namun begitu, janganlah kita berasa selesa dengan kejahilan. Jangan pula berasa bangga dengan ilmu dan amalan. Sebaliknya, berazam dan berusahalah untuk mengerjakannya dengan istiqamah di samping memperbaiki segala kelemahan yang ada.

Untuk mengingatkan diri aku sendiri dan para pembaca Soleh.Net, izinkan aku berkongsi panduan tentang teknik motivasi memulakan solat setelah lama meninggalkannya.

1. Sematkan azam, bulatkan tekad
Sebaik sahaja tersedar dari lamunan (sedar rupanya dah lama tinggal solat), cuba fikir sedalam mungkin tentang apa yang anda lakukan, apa yang tak sepatutnya anda lakukan, dan apa yang sepatutnya anda lakukan.

Dari situ, tanam keazaman yang kukuh bahawa anda ingin mengerjakan solat, dan tidak akan meninggalkannya sampai bila-bila. Kerana itulah tujuan anda hidup di atas muka bumi ini sebenarnya.

2. Cari masa dan tempat yang sesuai, sunyi, jauh dari dugaan
Kemudian tetapkan masa di mana anda akan mula menjalani kehidupan sebagai seorang yang mengerjakan solat. Lebih cepat lebih baik. Ingatlah, berdosa besar bagi orang yang melengah-lengahkan solat.

Sebaiknya, cari tempat yang sunyi dan jauh dari dugaan. Jauhi rakan-rakan yang tidak solat atau suka mengejek, sekurang-kurangnya untuk waktu itu sahaja. Masjid juga adalah tempat yang baik.

3. Solat sekali dahulu, baru ada kali kedua
Walau sekuat mana pun azam, sebulat mana pun tekad, sebaik mana pun masa dan tempat, tanpa solat yang pertama, takkan jadi solat yang kedua dan seterusnya.

Oleh itu, mulakan sahaja tanpa berlengah. Bak kata iklan NIKE – Just do it!

4. Buat nota peringatan dan galakan
Kalau ada masa dan semangat yang berkobar-kobar, tuliskan kata-kata peringatan dan galakan di atas sehelai kertas (besar atau kecil).

Kemudian yang besar tampal di dinding, manakala yang kecil diletakkan dalam wallet atau poket baju.

Tips ini mungkin kurang sesuai jika anda tinggal bersama rakan-rakan yang tidak mengerjakan solat. Dibimbangi ada yang kata anda nak tunjuk bagus.

5. Fahami maksud setiap bacaan dalam solat
Jika anda kurang bersetuju dengan point ini, saya nasihatkan supaya cuba dahulu. Anda pasti akan merasai kelainannya.

Bukan faham satu-satu ayat, tetapi satu-satu perkataan. Di situ akan bermula keindahan solat, di mana anda akan rasa seolah-olah khusyuk itu mula hadir dalam diri semasa mengerjakan solat.

6. Baca perlahan-lahan mengikut tertib
Sewaktu solat, baca perlahan-lahan untuk meningkatkan rasa manis, indah dan seronok.

7. Tingkatkan imaginasi
Sewaktu menghayati maksud, tingkatkan imaginasi anda. Bayangkan keindahan bertemu Allah yang menjemput kita untuk sujud kepada-Nya.

8. Doa mohon kekuatan dan sokongan
Panjatkan doa kepada Allah s.w.t dengan memohon kekuatan dan sokongan untuk berubah menjadi hamba-Nya yang taat. Hendaklah diamalkan sejurus selepas setiap kali solat.

9. Tumpu perhatian pada hari-hari yang dilalui
Tumpukan perhatian anda pada hari yang anda sedang lalui dengan mengerjakan solat. Berilah pujian kepada diri anda dan berikan tahniah kepada diri anda setiap kali anda berjaya mengerjakan solat.

10. Dapatkan adrenaline sewaktu mendengar azan
Adrenaline
boleh digunakan sebagai pembantu dengan memberi suatu kejutan semangat yang berkobar-kobar untuk terus pergi menunaikan solat tanpa berlengah-lengah.

Jika anda dapat menanam adrenaline ini sehingga menjadi tabiat, anda pasti akan meninggalkan segala kerja yang anda lakukan, apabila terdengar sahaja azan berkumandang. Best tak?

11. Berfikir secara positif
Fikirkan diri anda sebagai seorang yang mengerjakan solat sebaik sahaja anda memulakannya dan sentiasa peringatkan diri anda sedemikian.

Sekiranya ada rakan anda yang mengajak anda ke mana-mana sebelum sempat anda menunaikan solat, katakanlah saya belum bersolat, tunggu sebentar atau pergi dahulu.

Ingatlah bahawa anda telah membuat pilihan positif untuk mengerjakan solat.

12. Dapatkan sokongan mental dan rohani
Berikanlah peringatan kepada keluarga, kawan rapat dan rakan sekerja yang anda telah mula mengerjakan solat dan memerlukan kerjasama serta sokongan daripada mereka.

Mintalah rakan-rakan anda yang tidak mengerjakan solat supaya menghormati keputusan anda.

13. Lawan kemalasan dalaman dan godaan syaitan
Dari semasa ke semasa anda akan merasai suatu kemalasan, kebosanan, dan sebagainya, yang mana semua itu sebenarnya hanyalah godaan syaitan dan kemalasan diri sendiri.

Oleh itu lawanlah sehabis-habis mungkin. Ingatlah anda lawan ni pun tak lama. Lama kelamaan ibadah ini akan sebati juga dalam diri anda, dan tidak perlu dipaksa lagi.

14. Banyakkan bahan bacaan tentang solat
Kerapkan diri anda membaca kisah-kisah nikmat solat untuk membangkitkan semangat. Baca juga tentang dosa meninggalkan solat untuk membangkitkan rasa takut pada Allah s.w.t. Moga-moga dilimpahi rahmat dan keberkatan oleh-Nya.

    Kesimpulan
    Jika topik ini dirasakan tidak berkaitan dengan anda, ingatlah: Hari ini mungkin bukan hari anda. Esok lusa tiada siapa yang tahu. Diharap dapat dijadikan panduan kita bersama.

    Sama-samalah kita saling memperingati sesama Islam.

    Wallahu a’lam.

    P/s: Ada lagi tips-tips lain? Apa kata anda?

    Komentar

    comments

    Published by

    ImamKhalid

    Seorang bapa kepada 5 cahaya mata yang comel & manja. Pendiam tetapi penyayang. Gemar menulis perisian aplikasi web & sukakan sukan adrinalin. Connect with ImamKhalid on Facebook, Google+, Twitter and YouTube.

    44 thoughts on “Panduan memulakan solat setelah lama meninggalkannya”

      1. Bila dah sedar yang solat itu WAJIB, maka solat lah
        tanpa pengira tempat dan suasana.
        Kita solat KERANA ALLAH, bukan kerana takut diejek kawan
        atau lain lain sebab.

        1. Sikit sebnyak sy dpt panduan dan belajar…dan amat berguna bg sy.
          Selain dr ini ada juga panduan lain…utk anak2 sy.

    1. salam ustaz,

      Saya nak bertanya :

      Sewaktu berdoa selepas solat saya mulakan dgn :- Ya Allah Ya Rasullullah Ampun kan dosa hamba ini.. Ya Allah Ya Rasullullah terimalah solat hamba mu ini.. etc.. etc.. etc.

      Soalan nya :

      Adakah cara saya betul.. kita meminta daripada Allah kan.. adakah bila saya menambah Ya Rasullullah.. adakah indirectly saya seperti mensetarafkan Allah dgn Rasullullah.. saya tak bermaksud demikian..
      astafirullah..

      bantu ustaz..

      1. Saya bimbang cara tersebut salah dari segi cara dan aqidah. Lebih baik ditinggalkan. Kenapa harus minta ampun dengan Rasulullah? Sungguh tidak wajar rasanya. Wallahu a’lam.

    2. asmkm ustaz…

      di sini saya ada pertanyaan….saya sekarang berusia 27 tahun, start sembahyang berumur 13 tahun….

      sepanjang 14 tahun nie saya banyak meninggalkn solat…sampai tak ingat berape banyaknyer….tetapi alhmdllah sejak akhir2, dengan izinNYA saya sudah mula insaf, mula takut dan mula mendirikan solat.

      persoalanya ustaz, seperti yg kita tahu, solat yg ditingalkn wajib diqada, tetapi dlm kes saya nie, saya tak boleh ingt berapa banyak solat yg telah ditinggalkan…

      harap ustaz dpt membantu dan menerangkan kepada saya…

      sekian terima kasih…

      1. Pasang niat dan azam untuk qada’ semua solat yang telah ditinggalkan, serta mohon bantuan dari-Nya.

        Kemudian, mulakan solat 2 kali setiap waktu, iaitu satu untuk solat tunai dan satu lagi ialah solat qada’.

        Lakukan selama sekurang2nya 14 tahun, insya-Allah terqada’ semua solat yang telah ditinggalkan.

        Mula2 memang berat, tapi lama kelamaan akan menjadi tabiat. Walau sampai ajal sebelum habis bayar hutang sekalipun, Allah tahu anda berusaha untuknya. Wallahu a’lam.

    3. Saya ada belajar satu tips dari rakan baik saya.

      Ingatlah yang solat itu janji kita kepada Allah dan perlu ditunaikan. jika kita tak suka orang yg tak menepati janji, jadi itulah apa yang Allah akan rasa. walau sesibuk mana pun kerja dunia, tapi ingatlah kerja dengan Allah mesti ditunaikan. baik di awalkan dari di lambatkan. insyaAllah tak kan tercicir lagi. jika kita selalu sembahyang akhir waktu, fikirlah, sempat ke doa kita diangkat malaikat untuk merentasi 7 langit? maka rugi dan kosonglah solat kita jika tidak kesampaian.

    4. salam..???ustaz….
      soalan saya….sedang sya solat qada asar’…tiba2 ada makmum masbur…jadi adakah solat qada saya ini sah..???soalan kedua…apakah pula solat fardu asar makmum masbur ini sah..???
      harap balas….
      terima kasih..

    5. Salam, artikel yang sangat baik. Tak dinafikan ramai sekali umat Islam di Malaysia hari ini yang tidak menunaikan solat. Meskipun belajar sehingga peringkat tertinggi, diploma, degree, master, phd, mempunyai pekerjaan yang sangat bagus, golongan profesional, jurutera, doktor, ahli politik, peguam, jurutera teknologi maklumat, jurutera rangkain, pegawai-pegawai, mampu berfikir dengan baik namun tidak menunaikan solat.

      Mohon copy paste artikel ini ya untuk dimuatkan ke KelasQuran.blogspot.com. Semoga mesej ini sampai kepada semua. Kepada sahabat-sahabat yang masih tidak mengerjakan solat, inilah masanya untuk berubah. Semoga kita semua diberkati oleh Allah S.W.T.

    6. Salam,saya ada satu amalan yang biasa saya lakukan iaitu, mencatat setiap kali solat apa yang saya kerjakan,saya buat dalam bentuk jadual.subuh,zuhur,asar ,maghrib ,isyak dan jumaat,saya tick kalau saya buat,saya tanda kan merah jika tertinggal.dan saya post mortem setiap kali hari ahad,dan saya post mortem bulanan,lepas tu baru saya qada’ solat di akhir bulan.boleh ke macam tu ustaz?
      saya tak dapat nak qada serta merta…dan saya tahu demi masa manusia dalam kerugian…saya cuba apa yang patut meningkatkan ibadah.

    7. Salam brother. MashaAllah, a very nice article indeed. I admit I have missed a lot of my prayer. 🙁 Astaghfirullah.. but Alhamdulillah Allah is guiding me. May Allah guide you all to the truth, the right path. 🙂 Oh visit my blog if you sisters/brothers want to. 😉 And oh inshaAllah I will share this to some of my friends and I will put the original source which is this web of course. 😛 LOL..

    8. Assalamu’alaikum,

      Buat mereka yang pernah meninggalkan solat atau malas bersolat dan sedang bermujahadah memperbaiki solat anda…bagaimana nak tahu masalah malas solat anda telah selesai…?

      Anda akan tahu masalah anda malas solat itu telah selesai apabila hati anda sudah mula rasa resah-gelisah apabila lambat mengerjakan solat setelah masuk waktu, bila tertinggal solat atau terbabas waktu anda akan terasa seperti mahu menangis ataupun seperti ada beban yang berat menimpa kepala, apabila jiwa anda ternanti-nanti kerinduan akan waktu solat yang seterusnya, dan bila kesemua aktiviti harian diatur menurut waktu solat…

      Ingatlah, solat adalah waktu ‘pertemuan khusus’ denganNya didalam kehidupan harian anda…hanya beberapa minit waktu yang diluangkan akan menghasilkan pelbagai anugerah dariNya yang tidak terkira di dunia dan akhirat apabila dilakukan dengan hati yang ikhlas, minda yang khusyu’ dan jiwa yang ‘hidup’…

      Jikalau kita sanggup menghabiskan duit dan meluangkan masa yang panjang mencantikkan kediaman rumah kita dengan perabot-perabot dan hiasan-hiasan indah, mengapa tidak gunakan motivasi begitu untuk memperindahkan dan mencantikkan lagi solat kita?

      1. assalammualaikum: sy baru memulakan hidup baru dan bertaubat pd Allah ..sy tlh bnyk meninggalkan solat wajib sblum ini..hampir stiap hari sy tdk bersolat…bagaimanakah sy hendak menggantikan smua solat2 sy yg lps?..bagaimanakah sy mengetahui qada’ sy sudah di slesaikan spenuhnya?

    9. salam ustaz…saye nak tanye la…saye tak pasti pertanyaan saya nie da terdapat dalam komen atau belum…
      saye terdengar di tv rancangan tanyalah ustaz yang mana ustaz berkenaan menyatakan yang kita wajib mangqadakan solat yang sengaja yang ditinggalkan..dan skang baru la saye tahu walaupun selama mana waktu nya wajib diqadakan…sebelum nie saye tahu juga boleh diqadakan tapi saya ingat hanya solat pada hari itu sahaja…
      soalan saya disini ustaz…boleh tak kalau kita qada solat tu lebih dari sekali dalam 1 waktu..saya ada baca komen diatas ustaz ada terangkan (membalas komen sesorang) qada 1 waktu setiap kali masok waktu…seandainya ditinngal 14 tahun kemudian diqada 14 tahun memang da abes qada kan -insya allah- tapi seandainya tidak sempat umur mencecah 14 tahun bagaimana..ini lah maksud pertanyaan saya…boleh qada lebih dari sekali stiap masok waktu atau tidak…

      terima kasih ustaz..

      1. Nak qada’ seribu kali pun boleh, atas kemampuan la. Kalau qada’ banyak pun, kalau tak konsisten, tak siap jugak. Tapi kalau qada’ sekali setiap waktu, kurang membebankan dan biasanya dapat dilaksanakan dengan konsisten.

        Seperkara lagi, bukan wajib qada’ solat yang sengaja ditinggalkan sahaja, malah yang tak sengaja pun wajib qada’.

        Jangan dirisaukan tentang sempat atau tidak, kerana jika kamu qada’ seribu kali sehari pun, belum tentu juga sempat. Habis atau pun tidak bukan urusan kita, tetapi urusan Allah s.w.t sahaja. Yang penting kita buat selagi ada nyawa.

        Wallahu a’lam.

    10. salam ustaz…

      maknanya sekarang saya boleh mengqadakan 2 waktu setiap kali solat la kan…jadi bagai mana caranya?harap ustaz bagi 1 contoh waktu sahaja…harap sekali dapat beri dengan niat…

      kalau bahasa melayu saye ade baca kat atas tu…kalau bahasa arab nye

    11. salam ustaz sy nk tau…dlm mase sy qada’ solat ni.bleh x sy buat solat sunat? sbb sy pnah dgr klo yg wajib xdihabiskn xbleh buat solat sunat…bleh smp hukum haram.btul ke ustaz? abistu smp ble2 sy xdpt la buat solat sunat ustaz…mksud sy smp nk abiskn yg qada’ tu.kdng2 sy ske buat qiamulail..tp ble dgr hukum cmtu..mcm mnakutkn plak ustaz.

      harap bantu..trime kasih

    12. Salam ustaz…saya pernah bnazar utk melakukan solat,tetapi smpi skg saya belum tunaikan krn belum bsedia!soalannya skg,adakah niat saya masih dapat di terima allah sekiranya saya dah bsedia utk mgerjakan solat.wasalam…

    13. salam ustaz.. Sy berumur 16 tahun. Sy mula datang uzur ketika umur 10 tahun. Dlam mase 6 tahun ni, ad mase yg sy solat, ad mse yg x solat. Kiranya dlm sehari mst ad yg x legkap. Kalau sy ikut care ustaz, qada kan solat 1 kali dlm 1 wktu sepanjag 6 thun ni, mknenye akan ad solat sy yg terlebih. Boleh ke ustaz? Sebab sy sndry x tau da brape byk sy tggalkan. Harap ustaz dpt segera membantu. Wassalam

    14. tips sgt berguna..saya sgt sedih kerana sejak saya mengenali sekumpulan rakan pada setahun lepas, sy suda tidak tunaikan solat..tiap kali saya ingin solat pasti di buat tak endah..tmpat untuk solat dibentang toto untuk belingkar kat situ..pernah skali nk solat, pernah di suruh ketepi…sedih sgt2..n skrg sy suda menjauhi mereka kerana meninggalkan solat diri rasa tidak tenang dan sering menghadapi masalah..alhamdulillah kawan2 yg skarang sentisa mengingati diri untuk solat.

    15. Salam Ustaz…saya dalam sehari hanya boleh dapat sembahyang subuh & isyak termasuk qada’ yg kedua2 waktu kerana tertinggal waktu muda2 dulu, manakala yg lain waktu saya hanya boleh qada’ selepas pulang dari kerja. Pertanyaan saya ialah sebelum saya tunai sembahyang isyak selepas pulang dari kerja, boleh kah saya tunaikan sembahyang qada’ zohor, asar, magrib & isyak yg tertinggal dulu, kemudian qada’ zohor, asar, magrib yg tertinggal waktu kerja siang hari tadi, akhir sekali baru lah saya tunaikan sembahyang wajib isyak pada waktu & hari sebenar nya.

      Terima kasih Ustaz.

    16. saya mau tanya, apakah ada hadits tentang qodo’ slat, sya prnh membaca hadits, ini haditsnya “barangsiapa mengqadakan solat… maka akan disiksa 80 thun d’neraka”
      enth bnr apa tdk e hadis itu, tpi sekurang-kurangnya begitu coz sya lupa

    17. ASALAMUALAIKUM…….USTAZ, SAYE NAK TANYE SKIT ,CONTOHNYA BULAN LEPAS SAYE TINGGAL EMPAT HARI SOLAT , BERSAMAAN DENGAN 20 WAKTU SOLAT, JADI ,SAYE NAK QADA SOLAT APE DULU ? SAMADA SOLAT YANG MULA-MULA SAYA TINGGAL, ATAUPUN SOLAT YANG TERAKHIR SAYE TINGGAL.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.