Naik taraf butang Negaraku!

Makluman Pengguna WP
Makluman Pengguna WP

Maaf, entri ini untuk makluman para blogger WordPress. Jika anda hanya nampak bahasa Jerman, dinasihatkan agar tidak meneruskan pembacaan.

Baru-baru ini aku mendapat ilham untuk memudahkan proses paparan dan juga proses naik taraf butang Negaraku!.

Itu pun setelah Eddie NH membentuk rekabentuk butang baru untuk plugin ini melalui SembangKomputer.com.

Apa yang aku perasan, ramai yang berkenan dengan rekabentuk butang baru. Akan tetapi ada juga yang tidak mahu sebarang perubahan terhadap butang asal sedia ada.

Dari situ aku mendapat satu idea, mengapa tidak diberikan pilihan kepada pemilik blog WP itu sendiri, kan lebih baik.

Setelah menggodek-godek sedikit sebanyak koding PHP, dan bermain dengan beberapa prosedur Subversion WP Plugin, akhirnya dapat juga aku memuat naik dan simpan plugin ini di WordPress.org untuk tujuan hos dan statistik.

Jadi, bagi sesiapa yang sedang menggunakan plugin Negaraku! ini, sila naik taraf secara automatik dari panel admin anda.

Bagi yang belum pernah menggunakannya, sila muat turun versi terbaru (1.1.0) dari WordPress.org.

Semoga dapat memberi manfaat kepada semua para blogger Malaysia.

Sekian, wallahu a’lam.

Komentar

comments

Published by

ImamKhalid

Seorang bapa kepada 3 cahaya mata yang comel & manja. Pendiam tetapi penyayang. Gemar menulis perisian aplikasi web & sukakan sukan adrinalin. Connect with ImamKhalid on Facebook, Google+, Twitter and YouTube.

50 thoughts on “Naik taraf butang Negaraku!”

  1. leceh la plugin ni.. kalau tinggalkan margin tu kosong nanti dia tak kuar..

    aku dah la tak tau macam mana nak adjust margin tu.. lama gile aku nak set jadikan dekat main page kuar yang compact punya dekat bottom left.. asik2 kuar kat top je.. yang dekat post dah setel..

    aku panggil direct pon macam tak kuar je.. panggil guna ni pon dia kuar text je.. xkuar pape…

    1. Psst, aku dah baiki ralat yang ko bagi tau. Sila naik taraf, dan uji sekali lagi. Kalau ada lagi, sila maklum.

      Terima kasih, maaf atas segala kesulitan yang dihadapi. 😉

    1. Updated, tapi macam mana nak WP bagi notifications ek? Aku tak jumpa laa solutionnya… 🙁

      P/s: Mintak pendapat sket bro, kalau aku nak Google wp update notify ni, nak guna keyword apa ek? Puas ku cari, namun tidak juga kutemui…

    1. Sebab tu lah aku buat. Aku tak jumpa plugin ni kat WP.org, susah nak upgrade bila ada pembaharuan.

      Satu yang aku pelajari, sistem WP.org sangat istimewa, kerana dilengkapi pengawal versi bagi plugin kita. Jadi secara automatik kerja kita menjadi terancang dan tersusun.

      Lagipun, plugin ni bukan untuk NH sorang. Ramai yang selesa menggunakannya, yang menjadikan plugin ini memerlukan kepelbagaian.

      Nampak gaya, plugin ini ada masa depan (chewah!) 😀

    1. Dalam update 1.1.2 ni, plugin akan cari option negaraku. Kalau belum ada, dia akan set to default, so keluar button besar di atas sebelah kanan, dan button kecil di bawah sebelah kiri.

      Untuk sebarang perubahan, sila ke Settings » Negaraku! Options. Turun ke Top Button Settings dan/atau Bottom Button Settings. Setkan sebagaimana yang anda mahukan.

      Kecil atau besar, kiri atau kanan, main page sahaja atau single sahaja atau kedua2nya sekali, atau terus disable mana2 button.

      Selamat men-setting! 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *