Diberi betis nak peha!

Terdapat segelintir pengomen blog-blog agama (seperti Abu Saif dan UZAR) diibaratkan seperti “diberi betis nak peha”, yang menyebabkan komen mereka tidak dilayan.

Soleh.Net juga tidak terkecuali dalam menghadapi masalah ini. Apabila berlaku proses perkongsian ilmu, ada saja yang seolah-olah mahu menguji kehandalan si pekongsi ilmu.

Diberi betis nak peha!
Bersyukurlah, jangan jadi ibarat diberi betis nak peha - Gambar sekadar hiasan.

Apabila sudah ada kitab, ditanya pula bab mana. Apabila diberitahu bab mana, ditanya pula muka surat berapa.

Tidak adakah perasaan malu dengan tindakan sedemikian? Tidak adakah inisiatif menelaah sendiri yang memangkin pengisian ilmu yang lebih efektif?

Bukan saya tak tahu atau tidak mahu memberitahu, tetapi ini bukan caranya untuk menuntut ilmu.

Mengapa? Kerana sekiranya diberitahu muka surat berapa, pasti akan dibaca muka surat itu sahaja, manakala yang lainnya diabaikan.

Sedangkan semuanya berkait antara satu dengan yang lain. Pemahaman akan terpesong tanpa proses yang betul.

Hakikatnya, perbuatan ini tiada motif lain melainkan hendak menguji kehandalan si pekongsi. Padahal dengan perbuatan ini jelas menimbulkan perasaaan riak dan takabbur.

Golongan sebegini bukan tidak tahu akan dosa besar yang menanti, tetapi alpa dengan ilmu yang ada pada dirinya. Langsung digunakan untuk ‘bermegah cara halus’.

Sedangkan untuk mendalami sesuatu ilmu, kita wajib memahami terlebih dahulu struktur ilmu yang hendak kita pelajari.

Ibarat orang komputer, mesti faham struktur komputer sebelum masuk arena pengaturcaraan atau rangkaian, mahupun keselamatan.

Ibarat jurutera, mesti kenal angka, matematik dan fizik, sebelum merancang struktur bangunan pencakar langit.

Ibarat akauntan, mesti memahami prinsip akaun sebelum memegang kalkulator di sebelah belakang kaunter bank.

Pendek kata, apabila berniat membuat sesuatu, sekali pun sesuatu kebaikan, jika tidak kena pada caranya, lebih baik ditinggalkan. Dibimbangi jatuh kepada berdosa,

Ada kalanya saya sedih dengan golongan berilmu yang tidak beramal ini. Apa yang mereka fikirkan ialah kewajipan mereka menegur itu dan ini.

Sedang mereka tidak sedar, syaitan dan nafsu itu sentiasa berbisik kononnya kita di pihak yang benar dan orang lain itu salah semuanya, tanpa kita sedari.

Tepuk dada, tanya iman. Wallahu a’lam.

Komentar

comments

Published by

ImamKhalid

Seorang bapa kepada 3 cahaya mata yang comel & manja. Pendiam tetapi penyayang. Gemar menulis perisian aplikasi web & sukakan sukan adrinalin. Connect with ImamKhalid on Facebook, Google+, Twitter and YouTube.

43 thoughts on “Diberi betis nak peha!”

      1. Tak baik kita pandang negatif kat seseorang.Mungkin dia ikhlas tapi teruja sangat,sampai tak sedar tindakannya dah keterlaluan.Wallahu’Alam

        1. Kita akan tahu bila mana sudah masak tentang sesuatu itu. Pada mulanya perkataan “mungkin” itu sering menjadi penawar, tetapi bila dah terlalu banyak dan “menyekik” bunyinya, kita pun kenalah faham2 sendiri. Tak mahulah sampai orang nampak kita ni lembab sangat. Wallahu a’lam.

    1. Ko memang kejam dowh!

      Aku bukannya apa, macam sengaja nak menjatuhkan seseorang, atau saje nak tunjuk pandai, atau saje nak orang tau yang orang lain tak sehebat dia.

      Tak seronoklah buat kerja bila ada duri dalam daging atau gunting dalam lipatan. Erk, betul ker peribahasa aku nih?

  1. x per imam..biar kan mereka..apa yg kau buat ni baik…byk org ada ilmu agama ni angkuh..bila ada org nak memberi ilmu..cm imam.maybe org2 ni dengki kot..tapi apa pun saya harap all the best ya..

    1. Terima kasih.

      Sebenarnya perkara sebegini sedikit sebanyak memberi peringatan kepada kita, bila kita di atas jangan lupa orang di bawah. Bila kita banyak ilmu, jangan sesekali menjadi angkuh.

      Kadang2 kita pun tak sedar yang kita telah bertindak angkuh terhadap seseorang. Oleh itu terjadinya perkara2 sebegini kadangkala memberi peluang kepada kita untuk muhasabah diri.

      Setiap yang berlaku itu ada hikmahnya.

  2. imam..aku doakan site kau.ni..ada potensi..cara kau ni bagus..x mcm org “alim” yg lain tu..terlalu radikal sgt aku tgk..keep on the good work..

  3. sesetengah ahli politik kita pun ada yg mcm nie. Suka ambik 2-3 ayat je, lepas tuh, tafsir ikut sedap mulut sendiri. Akibatnya, ayat2 yg asalnya berniat baik, jadi tak elok dek sbb org2 mcm nih

    1. Inilah dunia akhir zaman, yang mesti kita harungi biar pahit biar kejam biar penuh kepalsuan.

      P/s: Marilah sama2 doakan agar kita semua sentiasa di jalan yang benar, insya-Allah.

    1. Erm, tak nak lah bagi seposen kat ko. Nanti kalo aku bagi, mesti aku akan secara automatiknya akan suruh ko pegi main jauh2. Nanti hilanglah sorang pengomen setia blog aku 😛

    1. Begitulah yang aku maksudkan dalam entri di atas (UZAR = Ustaz Zaharuddin Abd Rahman).

      Abu Saif pun tak kurang hebatnya ditanya oleh orang2 sebegini, yang bagi aku tidak bertanggungjawab dan jahil.

  4. Itu bukan lagi peha, dah nak sampai dada tu.
    Aku fikir-fikir balik, pertanyaan yang seperti menguji itu biasanya ada niat kurang baik di sebaliknya. Tak tahu ingin diapakan manusia jenis ini.
    Yang sudah dihidangkan, belum lagi disantap, sudah diminta makanan yang lainnya.

    p/s: Fave It ini sudah macam satu fenomena. Boleh bro ceritakan apa faedahnya terhadap blogger? Seperti Digg kah? Kebaikan SEO?

    Entri terkini blog SangPelangi.. Awak dari negeri mana?

    1. Tujuan aku, supaya kita (aku dan pembaca) tidak terjebak dengan gejala yang tidak sihat ini. Yang tak sedar2 tu, memang sukar untuk disedarkan.

      P/s: Fave It memang seperti Digg, tapi made especially for Malaysian bloggers.

      SEO benefits mungkin amat kurang, tapi kebarangkalian mudah dilihat oleh blogger lain itu adalah lebih tinggi berbanding tidak menggunakannya.

  5. alamak.. terkena batang hidung sendiri. especially pat, berilmu tapi tak beramal tu… =P

    Bercakap tentang ilmu pada awal entri ni tadi.. kebanyakkan manusia sekarang suka sesuatu yang mudah. Pasal tu la semua nak tanya tanpa perlu berusaha nak mencari sendiri.. Mungkin kecintaan kepada ilmu dah tak ada..

    Entri terkini blog nono.. Something to ponder upon…

  6. Dalam perbincangan ICT, sekiranya ada pertanyaan ala2 ‘diberi betis nak peha’, akan dijawab dengan satu perkataan iaitu ‘Google’ 🙂

    rasanya samalah jugak mcm perbincangan agama… takkan la segala2nya nak ditunjuk sehinggakan langsung tiada inisatif sendiri daripada si penanya

    Terdapat juga segelintir pengomen yang sengaja mencabar kredibiliti pemberi ilmu dengan bertanyakan sumber yang sahih. Pendapat saya, kalau larat layan… layan. Kalau boleh, ditinggalkan saje.

    1. Dalam entri ini, memang saya tujukan kepada segelintir pengomen yang sengaja mencabar kredibiliti pemberi. Pelbagai cara digunakan kononnya untuk “menjatuhkan” seseorang.

      Di mana2 komuniti terdapat golongan seperti ini, dari masjid, sekolah, pejabat, dsb, sehinggalah ke tanah Arab sekali pun. Kadangkala kita hanya perlu akur dengan dugaan seperti ini, dan bertindak sewajarnya, seperti yang saudara faezil katakan itu, kalau larat layan, layan. Kalau tak sanggup, abaikan saja… 😉

      Wallahu a’lam.

  7. kata org tua-tua dulu, kalo nak cari ilmu kenalah berguru..jgn belajar dari buku semata-mata. dibimbangi kalo2 penghayatan dan pemahaman kita nanti diselangi dengan bisikan syaitan lebih lebih lagi ilmu agama. oleh itu, kita kena ada double check dengan ustaz atau guru agama. supaya lagi paham dan berada dilandasan yang betul.. wallahualam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *