PRK P.36 KT: Panas yang “belum berbahang”

Inikah yang digembar-gemburkan bakal memanaskan keadaan?
Siapakah si tuah yang bakal menjadi pemimpin pilihan ramai?

Bagi yang kabur sewaktu membaca tajuk di atas, biar aku terangkan. Ia berbunyi begini:

Pilihan Raya Kecil Parlimen P36 Kuala Terengganu, panas yang belum berbahang.

Proses Penamaan Calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) P.36 Kuala Terengganu telah pun berlangsung dengan jayanya 6 Januari 2009 yang lalu. Ramai yang sudah maklum akan tarikh bakal bersejarah 17 Januari 2009 tidak berapa lama lagi.

Pada mulanya, ramai yang menyangka PRK kali ini bakal membawa suatu suasana yang penuh kehangatan. Namun sehingga ke hari ini, belum nampak apa-apa isu yang hangat dan menimbulkan kontroversi besar di antara tiga penjuru, iaitu BN, PAS, dan Bebas.

Apa yang timbul hanyalah perkara-perkara remeh yang sudah lapuk dan tidak menimbulkan sebarang kepanasan mahupun kemarahan mana-mana pihak. Itulah yang dirasai penduduk setempat pada ketika ini.

Begitu juga dengan pihak SPR, amat selesa dengan kedudukan semasa. Pada mulanya, timbul beberapa persoalan tentang bilangan pemilih berusia 100 tahun ke atas yang dikatakan melebihi seribu orang. Setelah diperiksa, ternyata hanya tuduhan palsu pemanas keadaan.

Hanya 46 orang sahaja pemilih 100 tahun ke atas yang berdaftar dan layak mengundi di Kuala Terengganu untuk PRK kali ini. Nak tahu sumbernya, sila dapatkan buku daftar pemilih yang digunakan untuk PRK kali ini di pejabat SPR berhampiran, dan buat analisa anda sendiri.

Cuaca panas yang tidak berbahang ini bagaimanapun memberi kesan yang kurang baik kepada pihak media. Tiada isu, tiadalah berita. Tiada berita, tiadalah kerja. Tiada kerja, tak berasaplah dapur. Begitulah set minda sesetengah pihak media.

Kerana itu, yang nyata kuat membawa kepanasan ialah sesetengah pihak media tersebut, yang bagiku secara terang-terangan sedang berlaku tidak adil dan bersikap berat sebelah dalam meuar-uarkan sensasi PRK yang sedang berlangsung ini.

Bukan niat aku untuk menghentam mana-mana pihak. Tetapi di zaman moden ini, semua pihak terutama umum, sudah mula membuka mata dengan tidak menerima bulat-bulat apa yang disajikan oleh media utama. Ramai yang gemar membuat penilaian dan analisa sendiri dari pelbagai sumber media, utama dan alternatif.

Oleh itu pihak media utama harus mula bersikap telus dan berkecuali, seperti yang semakin jelas dipraktikkan oleh SPR. Tidak perlu lagi menabur fitnah-fitnah kerepot yang memalukan.

Justeru, aku cuma mengharapkan pihak media memainkan peranan dengan lebih profesional dan beretika, bukan seperti sekarang yang aku kira tidak bermaruah dan tidak bertamadun.

Wallahu a’lam. Apa kata anda?

Komentar

comments

Published by

ImamKhalid

Seorang bapa kepada 5 cahaya mata yang comel & manja. Pendiam tetapi penyayang. Gemar menulis perisian aplikasi web & sukakan sukan adrinalin. Connect with ImamKhalid on Facebook, Google+, Twitter and YouTube.

10 thoughts on “PRK P.36 KT: Panas yang “belum berbahang””

  1. tetapi aku rasa semua orang tahu ‘PENGUNDI HANTU’ tidak pernah wujud dlm pilihanraya negara kita. kalau ada pun itu bukan pengundi hantu sebagaimana yg di war-warkan, itu hanyalah gimit politik sesetengah pihak. aku pun tak paham bagaimana orang yg berkhidmat dgn SPR, sanggup mengatakan ‘pengundi hantu’ itu wujud, aku rasa orang2 seperti ini mmg jahil dgn selok belok penjalanan pilihan raya.

    cuba tuan imam terangkan sedikit sebanyak tentang ini, org IT mesti lebih arif dan memahaminya. hehe..

    1. Pertama sekali, terima kasih atas komen dan pertanyaan itu.

      Kedua, sebut betul2 – gimik, bukan gimit.

      Ketiga, orang IT tiada kena mengena dengan hal ini. Cuma apa yang boleh aku katakan di sini, orang yang dilantik berkhidmat dengan SPR, yang mengatakan sebegitu, boleh jadi disebabkan beberapa faktor. Antaranya:
      1. Kejahilan diri tentang “product knowledge”;
      2. Memang berniat jahat dan berhati busuk;
      3. Percaya khabar angin, malas membuat analisa sendiri dengan sumber sah yang ada; dsb.

      Oleh itu apa yang aku harapkan, semua pihak terutama petugas yang dilantik ini harus menjalankan tanggungjawab dengan betul dan mengikut peraturan, dengan suci hati, tegas, berdisiplin dan berkecuali.

      Insya-Allah spekulasi “Pengundi Hantu” tidak lagi menjadi bahan fitnah yang berterusan dan berpanjangan.

      Wallahu a’lam.

    1. Sebenarnya dah boleh nampak dengan mata kasar, siapa yang menang, berdasarkan keadaan rakyat di Kuala Terengganu sekarang.

      Cuma yang aku kurang pasti ialah hasutan kuat badan2 berkuasa yang tidak bertanggungjawab, yang mungkin boleh mengakibatkan kemenangan bertukar tangan.

      Nauzubillahiminzalik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.