Misi mencari pengganti pentadbiran Soleh.Net

Salam semua,

Ada satu pengumuman penting—Saya terpaksa berundur dari Soleh.Net, kerana tidak sempat mengemaskini blog ini secara konsisten.

Memandangkan Soleh.Net masih ditaja selama 1 tahun lagi, sukacita ingin  saya tawarkan kepada sesiapa yang berminat untuk menyambung perjuangan Soleh.Net secara PERCUMA.

Selama 3 tahun Soleh.Net berada di awangan blog & internet, dan pernah mencapai Alexa ranking ke-80,000 laman web seluruh dunia, ke-2,000 laman web seluruh Malaysia meninggalkan Abu Saif dan UZAR, serta pernah menjadi tempat rujukan agama dan kesihatan yang popular.

Pendapatan bulanan yang tinggi dan konsisten adalah suatu kejayaan Soleh.Net dalam arena blog. Namun segalanya semakin menurun dek kesibukan tugas yang tidak dapat dielakkan.

Sepanjang Soleh.Net di bawah pimpinan saya, banyak kenangan pahit manis dilalui. Yang positif banyak, yang negatif pun ada.

Saya pernah dikutuk dan dicemuh oleh beberapa pihak, dek kekurangan saya sendiri. Saya maklum bahawa yang mengutuk saya itu tentunya seorang “alim” yang berisi, ilmu penuh di dada, yang mungkin ilmunya tidak mahu dikongsi bersama orang lain.

Saya juga maklum ilmu saya terlalu cetek untuk melayakkan saya berkongsi dan berbincang tentang apa-apa isu yang diketengahkan oleh masyarakat setempat.

Kepada yang pernah “menegur” kelemahan dan kekurangan diri saya, terima kasih saya ucapkan. Saya doakan agar insan mulia itu dapat menyumbang sesuatu kepada masyarakat, jauh lebih baik dari saya, dengan ilmu yang penuh di dada itu.

Sesiapa yang berminat untuk memiliki Soleh.Net, sila tulis di ruangan komen di bawah atau email kepada admin [a] soleh.net. Maklumkan justifikasi anda, apakah objektif, misi dan visi tersendiri jika pemilikan Soleh.Net bertukar ke tangan anda.

Permohonan dibuka dari tarikh entri ini ditulis hingga 1 Ogos 2009. Semua permohonan akan saya nilai untuk diberi kelayakan memilikinya.

Kriteria yang diperlukan ialah:

  1. minat,
  2. berpengetahuan,
  3. amanah, dan
  4. bertanggungjawab.

Sekiranya terdapat ramai yang berkelayakan, saya mungkin akan buka lelongan. Bakal pemilik akan diberi tempoh percubaan 3 bulan sebelum dilepaskan terus secara mutlak. Apa yang saya harapkan hanyalah supaya Soleh.Net sentiasa memberi manfaat kepada pembacanya.

Sebarang pertanyaan juga boleh diajukan melalui ruang komen di bawah. Sehingga berjumpa lagi di lain waktu. Wallahu a’lam.


Komentar

comments

Published by

ImamKhalid

Seorang bapa kepada 5 cahaya mata yang comel & manja. Pendiam tetapi penyayang. Gemar menulis perisian aplikasi web & sukakan sukan adrinalin. Connect with ImamKhalid on Facebook, Google+, Twitter and YouTube.

34 thoughts on “Misi mencari pengganti pentadbiran Soleh.Net”

    1. Memang sayang, tapi lebih sayang kalau tidak digunakan secara optimum. Lagipun aku bukan nak lepas macam tu jer, aku nak pengganti yang betul2 berkemampuan menyambung perjuangan aku…

  1. assalamualaikum….
    saya mendoakan soleh.net akan mendapat pengganti pentadbir yang berwibawa dan berpengetahuan setanding imam khalid…setidak-tidaknya lebih baik dari saya…kerana saya belum yakin saya boleh sebaik imam khalid..tahniah!

    1. Terima kasih atas sokongan Puan Rokiah Yusof. Saya hanya insan kerdil, tidak layak untuk ditandingi.

      Cuma harapan saya, biarlah Soleh.Net ini benar2 soleh, didukung oleh orang2 soleh, untuk dibaca oleh insan yang mencari peribadi soleh dalam diri seperti saya.

      Wallahu a’lam.

  2. aduh…sayang la wei..apa kata ko interview jer orang2 baru…tp ko still admin…add jer orang jd author..tp ko still kena approve post diorang…ok aper ?

    1. Cadangan yang baik, aku pernah terfikir, tapi komitmen aku amat tipis untuk merealisasikan cadangan itu.

      Ko nak jadi salah seorang penulis Soleh.Net? Apa kata aku add ko, pastu kita jadikan Soleh.Net ni tempat pengumpulan isu2 agama dan kesihatan.

      Sambil tu ajak lagi ramai2 untuk menulis di Soleh.Net. Hasil kutipan bahagi sama rata atau ikut percentage komitmen, bergantung kepada persetujuan semua penulis. Apa kata ko Yam?

  3. Assalamualaikum warahmatullah

    Wahai sahabat,
    kehidupan dunia yang sementara waktu ini kadang-kadang terpaksa kita harungi dalam kancah yang amat berat dan amat jarang kita laluinya dengan mudah. Memang benarlah bahawa kita tidak dihamparkan dengan permaidani merah dalam kita berusaha membawa Islam ke hadapan tetapi ia penuh dengan ranjau dan bebanan. Apatah lagi pada waktu-waktu terkini, di mana kita dihimpit oleh “kembalinya Islam pada asal kedatangannya iaitu “asing/dagang’.

    Wahai sahabat,
    Ketabahan adalah merupakan sesuatu yang amat diperlukan dalam pengharungan kita ini. Tabah dan Sabar merupakan jalan terbaik untuk kita membentuk kejituan dalam diri kita, Sayangnya kekadang kita terlalai sehingga kita lupa pada tuntutan itu. Runtunan keperluan demi keperluan yang terpaksa kita hadapi menyebabkan kita akhirnya tidak dapat melaksanakan hasrat besar mengembalikan Islam pada dasarnya yang benar.

    Wahai sahabat,
    Bertahanlah, demi sesuatu yang besar. Berdoalah semuga Allah memberikan rahmat dan hidayahNya. Berdoalah semuga Allah menunjuki untuk kita jalan yang benar untuk kita laluinya. Sebagai seorang sahabat, itulah yang mampu untuk saya hulurkan sebagai sebuah pembentuk semangat.

    Marilah kita tanamkan dalam jiwa kita kekuatan bagi meneruskan perjuangan untuk menegakkan yang benar di atas kebenaran. Semuga suatu waktu nanti, apa yang kita bawakan ini akan dapat menjadi pemandu kita, pemandu kita tatkala seluruh manusia yang pernah hidup di atas muka bumi ini dihimpunkan.

    Jikalah sahabat perlukan bantuan saya dalam mencari buah fikiran, tentunya saya berlapang dada untuk memberi bantuan sekadar yang termampu.

    Semuga Allah tetapkan kita di atas jalanNya yang lurus.. Amin.

    1. Terima kasih atas nasihat panjang lebar ini. Mahukah saudara Man Manan menyumbang untuk Soleh.Net seperti rakan2 lain?

      Sekurang2nya dapat juga beramal, selain membantu perjuangan Soleh.Net.

      Jika berminat, hubungi saya, terima kasih.

    1. Sahabat, bukan nak jual, tapi nak bagi secara mutlak, untuk menyambung perjuangan Soleh.Net. Diharapkan agar penyambung jauh lebih hebat dari apa yang ada sekarang. Soleh.Net perlukan suatu transformasi.

      Peluang sebegini sukar dicari. Saya bukan mencari keuntungan, tetapi inginkan kualiti dari Soleh.Net, yang mampu menyebarkan ilmu serta kebaikan kepada semua orang. Sebab itu saya tidak memikirkan tentang JV.

      Apa lagi yang kamu semua perlukan? Semuanya telah ditaja secara penuh!

      Wallahu a’lam.

  4. saudara imamkhalid,

    saya terlewat dgr tawaran ni, masih adakah lagi tawaran seumpama ini. seperti saudara abbas, saya juga ingin menyumbang, tapi berikan saya satu ruangan yang saya boleh kupas..contoh seperti kesihatan berkenaan ubat-ubatan.. mungkin saya boleh menambah nilai web ini. untuk makluman, saya seorang ahli farmasi. 🙂 cuma nak saya bagitau, saya tak arif selok belok komputer..tp yang saya tahu, saya boleh sumbang risalah berkenaan bidang saya.. boleh sumbang pada masyakarat islam khususnya.

    1. Ya, masih ada dan sangat dialu2kan. Kalau boleh sumbangan itu biarlah menarik minat pembaca untuk berinteraksi dengan penulis. Saya akan set satu akaun untuk saudara dan saudara boleh mula login dan mula menulis. Kalau tak faham mana2 part dalam blogging ni, boleh tanya saya.

      1. Imam..mcm mana saya boleh emel pada imam untuk imam prove kan artikel saya?..dah 4 artikel dah saya karang ni…:) tp still pending review lagi. Ke ada button lain kena saya klik untuk publish kan dia. Ajar kan?

  5. salam..sayangnyeee…sblm imam brundur,nk mnta pndpt skit la…sy ade bf..die ajak kawen but sy serba salah sbb sy tkut future x mnjamin bab dia keje biase je dn dia pn bkn dr family yg senang..sy bkn nk jd materialistik but fikirkn future nanti cmne..leh bg pndpt? e-mail me ea..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.