Aku Teraniaya!

Dua hari lepas, Soleh.Net telah disuspend oleh pihak hosting. Aku dituduh menjalankan aktiviti tidak bermoral, iaitu phishing site.

Pihak hosting melemparkan tuduhan kepadaku dengan sewenang-wenangnya, tanpa memeriksa terlebih dahulu. Aku agak kecewa dengan tindakan mereka.

Padahal server mereka yang dihack oleh orang luar. Pada awalnya Google dapat kesan, kemudian terus maklum kepada pihak penyedia hosting, siap dengan bahan bukti.

Kalau aku yang jadi mereka, aku tak suspend dulu. Sebaliknya aku akan klik dulu pada bukti-bukti yang disertakan dan lihat dulu sekali imbas apakah justifikasi yang boleh kita berikan.

Sebab bila aku klik, terus dapat lihat phishing itu meniru laman web luar Malaysia, yang memang tidak ada kena mengena pun dengan kita semua.

Secara logik akalnya, tidak ada sebab untuk aku buat benda tu. Itu pun kalau aku memang pandai dalam bidang hack. Ini dah lah tak pandai, luar negara pulak tu. Hish, tak masuk akal langsung!

Bila kita report, diorang sengaja melambatkan proses nak up balik Soleh.Net. Bila ditanya, tak berjawab. Apa la nak jadi.

Moral of the story:

Jangan buat tuduhan melulu, buruk padahnya.
Jangan menganiaya orang yang tak bersalah, itu zalim namanya.

Sekian, wallahu a’lam.

Komentar

comments

Published by

ImamKhalid

Seorang bapa kepada 5 cahaya mata yang comel & manja. Pendiam tetapi penyayang. Gemar menulis perisian aplikasi web & sukakan sukan adrinalin. Connect with ImamKhalid on Facebook, Google+, Twitter and YouTube.

18 thoughts on “Aku Teraniaya!”

    1. Dunia tanpa sempadan tu takpe. Yang sedihnya, termasuk yang ini dah 3 kali kena suspend, siap owner hosting company kenal, kalau kat skolah cikgu panggil “budak bermasalah”.

      Padahal aku hanya menjadi mangsa, dan mereka terus membuat tuduhan melulu. Kalau cek sket, tak sampai 4 saat pun boleh nampak kebenaran. Tapi tulah, mereka yang berkuasa lah katakan… 🙁

    1. Woit lokiasred, tak perasan ko rupanya. Macam mana ko punya hosting, kena suspend gak ker?

      Memang aku pun bercadang nak tukar hosting. Sekarang dah dapat sponsor baru, tengah kowtim dengan dia.

      Tak lama lagi boleh tengok ruangan sponsor kat sebelah tu bertukar gambar hehehe 😉

  1. halu bru. br baca komen yg ko tinggalkan kat belog wordpress.com ajak jd penulis jemputan berbulan2 lepas. hehe. sori. sori terlewat bc ngan sori akoo bkn reti sgt nk tulis. huhu!

    ko nye kena suspend. aiyohhh. sakit ati. akoo nye hosting 150+ pun kena gok. nie skang nie db hancur lebur. mls akoo nk belog daaa.

    shaiiit. alamak. kat soleh.net nie leh ke mencarut :p

    1. Ai, siannyer ko, siap hancur DB lagi. Insya-Allah Soleh.Net akan dapat sponsor baru tak lama lagi.

      Tapi apa pun, ko memang sengaja ‘meletakkan soalan’ supaya aku membalas komen ko. Itu lah satu benda yang amat best dalam diri ko, yang membuatkan blog ko berjaya. Dan itu salah satu sebab aku menjemput ko.

      So, tanak join lagi ker? Sponsor baru dah nak sampai ni…

  2. :p tu la…imam..hosting dlm Malaysia ni..kalau yg biasa2 memang cmtu..duk kalut x kena gaya..sapa yg nak buat hack2 ni tul tak…

    sapa yg nak privacy dan company “ada otak” sikit leh beli dr luar cth
    US nya ..tapi agak mahal..tapi berbaloi..

    :p

    1. Yang kat Malaysia pun boleh, contoh macam ko punya internet-webhosting tu. Langgan dedicated, sure service hebat. Selagi ambik shared hosting, memang bermasalah. Cuma dalam kes aku ni, tak tahan sangat rasanya bila kena suspend tanpa usul periksa.

  3. support internetwebhosting memang bagus 24/7..cuma last kes aritu..yg dwon 1 minggu..uptime biasa ja..company ni..ni duk cari company lain tgh hold/suspend site ni..

    tapi tu la..compare dgn hosting lain ..internet webhosting ni support dia memang bagus..cepat reply..senang deal..

    :p

  4. Salam imam..
    patutla ada skali tu nak masuk xboleh..asyik refresh2 je tapi tetap xtau boleh masuk…rupanya ada masalah…sabar2…

Leave a Reply to ImamKhalid Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.