Kalsium Untuk Wanita

Tugas hakiki saya sebagai Guru pelawat Agama bukan sahaja sekadar mengajar di masjid-masjid, bahkan jika ada jemaah saya yang ingin mengadakan bacaan Yasin, sayalah yang akan mengepalainya.

yasin

Semalam, saya baru sahaja selesai mengepalai bacaan Yasin untuk Cik De, salah seorang jemaah saya yang bakal menunaikan ibadah umrah pada hari Ahad ini. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar.

Semasa sesi menjamu selera, Cik De mengetuk-ngetuk lututnya dengan gumpalan tangan dan kemudian menggempal-gempalkan jari jemarinya.

Saya perhatikan tingkah laku Cik De yang berulang-ulang. Seperti biasa, saya memang selalu mengambil berat akan jemaah-jemaah saya.

“Kenapa Cik De, sakit tangan ke?”

Tanya saya.

“Ya Ustazah, banyak hari dah sakit ni, semakin menjadi-jadi. Lutut sakit-sakit, tulang rasa sengal-sengal, sejuk jer. Malam-malam tak boleh tidur sebab selalu cramp (simpul biawak). Tangan dan kaki selalu kebas-kebas, macam tak terasa bila berpijak atas lantai. Ahad ni dah nak pergi Mekah dah, harapnya kesihatan mengizinkanlah.”

Balas Cik De panjang lebar.

“Cik De kena pergi klinik & dapatkan nasihat doktor, nanti doktor bagi ubat.”

Saya berikan cadangan.

“Cik De dah pergi dah. Doktor cakap kurang kalsium, doktor suruh minum susu. Cik de tak suka minum susu, rasa nak muntah jer.”

“Oooo… Kalau doktor dah kata macam tu, Cik De ambiklah kalsium. Kalsium ni tak semestinya kena minum susu.”

Dipendekkan cerita, Cik De terus kirimkan saya belikan kalsium seperti yang saya cadangkan untuknya. Semestinyalah saya belikan kalsium dari jenama Shaklee untuknya! Sukanya dia bukan main lagi.

Kenapa Saya Pilih Kalsium Dari Shaklee?

1. Mudah ditelan – Hanya telan 4 tablet sebelum tidur setiap malam. Tidak berasa kapur seperti kebanyakan pil kalsium jenama lain.

2. Baik untuk tulang – Wanita yang berusia 40 tahun ke atas sangat disarankan mengambil kalsium yang mula berkurangan setelah mencecah usia ini.

Pada usia ini, wanita perlu mendapatkan kalsium dari sumber luar sebagai penghalang dari terjadinya tulang rapuh, sengal-sengal tulang dan osteoporosis.

4. Memelihara otot jantung – Jumlah kalsium yang cukup dapat membantu pengucupan jantung setiap waktu dengan lancar.

5. Menguatkan gusi dan gigi yang sihat – Ia dapat mengurangkan masalah gusi berdarah dan bengkak. Untuk wanita berusia yang sudah tiada gigi, juga memerlukan gusi yang kuat untuk menampung bebanan gigi palsunya.

7. Memberi tidur yang lena – Apabila mendapat tidur yang berkualiti, organ-organ tubuh anda akan mendapat rehat yang secukupnya dan kesannya anda akan setiasa dalam mood yang baik, bertenaga dan bermaya. Ia juga dapat mengelakkan penyakit insomia selain dapat melawaskan pembuangan najis pada keesokan paginya.

8. Mengawal tekanan darah – Kalsium yang mencukupi dalam tubuh dapat menurunkan tekanan darah tinggi. Ia sesuai diberikan kepada pesakit darah tinggi, di samping mengambil juga Garlic untuk masalah darah tinggi ini.

9. Mengurangkan kebas-kebas tangan dan kaki – Selain daripada pengambilan pil kalsium, disarankan supaya sentiasa memakai selipar atau alas kaki semasa berpijak pada simen & batu. Ia amat disarankan kepada warga tua dan wanita hamil dalam membantu menghilangkan rasa kebas-kebas tangan dan kaki.

10. Melancarkan pergerakan anggota badan – Tiada yang lebih bermakna selain dari dapat melakukan pergerakan dalam solat dengan sempurna. Untuk pergerakan dalam solat, saya cadangkan Ostematrix diambil bersama Advanced Joint Health Tablet.

Ostematrix

Pagi ini saya akan hadiahkan Ostematrix kepada Cik De, mudah-mudahan Cik De dapat melakukan ibadah umrah dengan lancar dan sempurna di tanah suci nanti.

Anda sebagai anak, apa salahnya menghadiahkan Ostematrix kepada ibu anda yang mungkin mengalami masalah seperti Cik De?

Ada Sebarang Kemusykilan?

Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan, ringan-ringankanlah jari untuk berdiskusi melalui ruangan komen Facebook di bawah ini, semoga menjadi manfaat kepada pembaca lain.

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan, konsultasi & khidmat nasihat PERCUMA!

Akhir kata, jangan ketinggalan tips sihat untuk beramal! Langgan Soleh.Net terus ke email anda, ianya PERCUMA! Klik sini.

Anda juga boleh follow terus melalui NetworkedBlogs!

Habiah binti Abd Kadir
014.810.7259
Shaklee Independent Distributor
www.facebook.com/mamabasicsupplement

Komentar

comments

Published by

Habiah

Ibu kepada 3 orang cahaya mata yang comel & manja. Proaktif, berintegriti & lantang bersuara. Cintakan kesihatan semulajadi. Suka menghabiskan masa bersama keluarga. Connect with Habiah on Facebook and Google+.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.