KESILAPAN PEMBERIAN UBAT

Saya ada menerima komen berkenaan peranan pharmacist dalam pemberian/ dispensing ubat kepada pesakit.. Berikut adalah senarai kesilapan yang seseorang ahli farmasi akan cuba elakkan daripada terjadi. Jom, mari kita baca n timba ilmu sedikit 🙂 :-

Definisi:

Kesilapan yang mengakibatkan pesakit mendapat ubat yang tidak sepatutnya atau salah dosnya, frekuensinya atau cara pengambilannya. (Durgin JM et al., AJHP 1971) Continue reading KESILAPAN PEMBERIAN UBAT

Menangani Stress… Bersediakah anda?

STRESS @ KETEGANGAN

Stress @ ketegangan adalah sebarang jenis tekanan yang mempengeruhi kehidupan seharian anda. Kesan ‘stress’ mungkin baik ataupun buruk adalah bergantung kepada reaksi anda terhadap ‘stress’ yang dihadapi.

DARI MANA DATANGNYA ‘STRESS’

Stress mungkin berasal daripada rumahtangga, tempat kerja, keadaan kesihatan ataupun sikap diri anda sendiri.

BAGAIMANA BADAN ANDA BERTINDAKBALAS TERHADAP “STRESS’

  • Rerambut badan menegak
  • Berpeluh
  • Anak mata membesar
  • Mulut kering
  • Paru-paru menjadi lemah
  • Otot badan menjadi
  • Jantung berdenyut dengan cepat dan kuat
  • Tekanan darah meningkat
  • Kandungan gula meningkat
  • Darah membeku dengan cepat
  • Penghadaman terhenti

Continue reading Menangani Stress… Bersediakah anda?

Salam perkenalan….

Salam kepada semua pembaca setia Soleh.Net

Seperti yang anda semua maklum, Soleh.net merupakan satu wadah untuk kita memperoleh ilmu yang bermanfaat disamping dapat bertukar-tukar pendapat sesama kita. Tidak ketinggalan juga untuk kita kenal mengenal sesama kita yang sememangnya saudara seagama dunia akhirat. InsyaAllah.

Tujuan saya menulis entri ini adalah hanya untuk memperkenalkan diri saya. Sebenarnya selepas membaca web ini mahu diberikan kepada pengendali baru, saya terpanggil untuk menyumbang untuk kebaikan kita bersama. Mungkin isu yang saya akan kupas bukan berorientasikan agama tetapi lebih kepada yang lebih santai dan kesihatan. Saya seorang ahli farmasi berdaftar dan masih bekerja dengan kerajaan.

Saya merasakan mungkin ini adalah peluang yang saya tunggu-tunggu selama ini kerana saya juga berminat dalam penulisan terutamanya blog. Sebagai insan yang tidak mahu terlepas dari arus teknologi, saya juga pernah membuat blog sendiri tetapi memang bukan semudah yang disangka untuk mengekalkannya hit sepanjang masa. Oleh yang demikian, saya rasa bertuah untuk dapat bersama warga penulis di Soleh.net untuk memulakan era baru atau transformasi ke arah kebaikan yang lebih bermanfaat. InsyaAllah.

Sekian dulu buat masa ini. Saya juga mengalu-alukan isu yang semua pembaca mahu saya kupas terutamanya berkenaan ubat-ubatan dan khidmat kaunseling. Jika tida, saya akan menghasilkan entri mengikut kapasiti yang telah saya rancangkan. Terima kasih. 🙂

Anda Mahu Jadi Kaya???

Salam kepada semua..

Untuk entri kali ni saya cuba nak bawa anda pembaca yang setia di Soleh.Net untuk berfikir sejenak apakah matlamat hidup kita di dunia?.. Ramai yang akan mengatakan matlamat hidup mereka untuk jadi kaya, senang lenang, kereta besar, wang ringgit yang banyak dan juga isteri 2 3 org. hehe. Ada yang mengatakan hidup mereka didunia ini hanyalah untuk mencari keredhaan supaya boleh memasuki syurga dengan cepat tanpa melalui azab api neraka.

Berbalik kepada topik kali ini, saya telah didatangi oleh sahabat yang mengajak untuk memulakan bisness. Bisness apa? saya tak pasti. Bila diminta untuk dia menerangkan, dia enggan tetapi insist saya untuk berjumpa dengan ‘kawan’ dia yang ‘sudah berjaya’. Sememangnya saya kurang gemar pendekatan yang sebegini. Daripada perbualan saya dengan dia, dia sering menceritakan kejayaan kawan-kawan lain yang telah join bisness tersebut. Antara soalan yang diutarakan kepada saya adalah.. ‘Kau tau mau ke hantar mak ayah ko pegi haji?’‘apa matlamat hidup ko..xkan nak mcm ni je kais bulan makan bulan…kita kena ada sumber pendapatan yang kukuh supaya boleh bantu bangsa dan agama kita’…. Itu antara ungkapan dia. Semestinya kita akan rasa tercabar bila diutarakan soalan sebegitu, lebih2 lagi soal nak menghantar mak ayah pegi haji. Sudah tentulah kita mengkehendakkan yang sedimikian rupa. betul x? Continue reading Anda Mahu Jadi Kaya???

20 Tips Pengambilan Ubat Yang Berkesan

Salam kepada pembaca dan peminat setia Soleh.Net.

Hari ini saya terasa terpanggil untuk post satu entri penting untuk kita mendapat rawatan yang betul dan tepat. Dewasa ini kebelakangan ini sering saja saya berjumpa dengan pakcik2 dan makcik2 yang tahap kesihatannya masih belum bertambah baik walaupun dos dan ubat telah ditinggikan atau digandakan. Dimana silapnya ya??? Cuba kita belajar dari apa yang terdapat dlm entri kali ini. Ayuh.

Setiap rawatan yang diberi oleh seseorang doktor kepada pesakitnya senantiasa diharapkan dapat mendatangkan hasil yang positif. Walaubagaimanapun, kejayaan sesuatu rawatan itu bukan hanya terletak kepada hebat atau mahalnya sesuatu ubat itu. Namun, ia juga bergantung kepada kepatuhan (compliance) kita terhadap cara pengambilan ubat yang betul dan juga usaha kita untuk mengelakkan kesilapan daripada berlaku.

Oleh yang demikian,  semasa kita di dalam tempoh pengambilan sesuatu ubat, terdapat beberapa perkara yang perlu kita jadikan amalan bagi mendapatkan manfaat yang lebih daripada ubat-ubatan yang kita ambil.

Di sini dikongsikan 20 petua mengambil ubat yang anda boleh ikuti: Continue reading 20 Tips Pengambilan Ubat Yang Berkesan