2015 – Tahun Baru Dengan Permulaan Yang Indah

Tahun 2014 sudah pun berakhir, tahun yang saya rasa banyak pahit berbanding manis.

Satu demi satu perkhabaran derita kita terima. Setapak lagi melangkah ke tahun baru 2015, bumi Malaysia diuji lagi dengan banjir besar.

Pun begitu, kita masih mampu mengukir senyuman di saat hiba. Kerana kita semua yakin dan akur akan kebesaran dan kekuasaan Tuhan Yang Maha Agung, Allah s.w.t. Continue reading 2015 – Tahun Baru Dengan Permulaan Yang Indah

Anda Ada Pilihan – Kuasa Memilih Di Tangan Anda!

Semalam saya ada bertanya tentang objektif kerja. Anda bekerja untuk apa? Adakah anda bekerja untuk bekerja?

Jika anda tergolong dalam kumpulan ini, anda mungkin terlupa yang sebenarnya anda ada pilihan.

Anda ada pilihan.

Dengan kata lain anda mesti memilih untuk berkuasa dalam membuat pilihan.

Walau sebesar mana risiko, walau sesukar mana cabaran, walau sekuat mana dugaan, pilihan tetap di tangan anda! Continue reading Anda Ada Pilihan – Kuasa Memilih Di Tangan Anda!

Bekerja untuk Bekerja – Adakah Anda Dalam Situasi Ini?

Anda bekerja untuk apa? Adakah anda bekerja untuk bekerja? Perhatikan di manakah anda.

Tekanan bila kita bekerja untuk bekerja.

Pelbagai sebab orang bekerja. Ada yang bekerja untuk duit, ada yang bekerja untuk masa depan, ada yang bekerja untuk makan, ada yang bekerja untuk isi masa lapang, dan sebagainya.

Kebanyakan orang bekerja untuk duit. Tapi dalam banyak-banyak orang bekerja, yang paling malang ialah golongan yang bekerja untuk bekerja. Saya harap anda tidak tergolong dalam golongan ini. Continue reading Bekerja untuk Bekerja – Adakah Anda Dalam Situasi Ini?

Sihat Untuk Beramal Di Jalan Yang Diredhai Oleh Allah s.w.t

Firman Allah s.w.t

Firman Allah s.w.t:

Surah Adz-Dzariyat ayat 56
“Tidak Aku ciptakan jin dan Manusia melainkan hanya untuk beribadah kepada-Ku.” (Surah Adz–Dzariyat ayat 56)

Ayat ini sudah cukup untuk memastikan kita sentiasa sihat untuk beramal soleh kepada-Nya Yang Maha Esa.

Insya-Allah diharap Soleh.Net turut menyumbang (walaupun kecil) kepada pembentukan yang seimbang dalam usaha untuk terus membantu umat Islam beramal soleh sepanjang hayat.

Marilah bersama kita menyumbang, teruskan memberi. Continue reading Sihat Untuk Beramal Di Jalan Yang Diredhai Oleh Allah s.w.t

Tahun baru 2009: apa matlamat kalian?

Tahun baru 2009: apa matlamat anda?
Sudahkah kalian mengatur strategi untuk mencapai matlamat? — Gambar hiasan

Hampir sebulan aku tidak menulis, kerana kesibukan tugas yang tidak terhingga. Rasanya tidak pernah sesibuk ini. Mungkin ramai yang sudah bosan menanti entri baru yang tak kunjung tiba. Aku mohon maaf atas situasi yang tidak disengajakan ini.

Bersempena dengan pagi yang mulia ini, izinkan aku menghadiahkan sekeping ucapan tahun baru buat kalian:

Selamat Tahun Baru 2009! Semoga tahun baru memberi lembaran baru bagi kita untuk menyuntik semangat baru yang lebih istiqamah dan wasatiah kepada kita semua, amin…

Apakah matlamat yang ingin kalian capai pada tahun ini? Adakah matlamat kalian seperti berikut: Continue reading Tahun baru 2009: apa matlamat kalian?