Tips Penjagaan Semasa Berpantang

Tips Berpantang

Selepas bersalin, kita mesti menitikberatkan penjagaan semasa berpantang. Biasanya mengikut adat orang melayu, tempoh berpantang ialah selama 40 atau 44 hari. Saya sendiri daripada anak pertama lagi berpantang 44 hari.

Dalam tempoh 44 hari ini, kita mesti menjaga pantang larang lepas bersalin. Nampak leceh dan tidak logik, tetapi sebenarnya bertujuan untuk menjaga kesihatan dalaman dan luaran kita sendiri.

Di entri ini, saya ingin berkongsi bagaimana saya berpantang. Selepas bersalin, saya terus sahaja memakai bengkung walaupun belum pulang ke rumah lagi. Selagi saya tidak memakai bengkung, selagi itu saya tidak akan makan. Selepas pulang ke rumah, saya sangat sibuk menguruskan bayi dan diri sendiri. Continue reading Tips Penjagaan Semasa Berpantang